Thursday, July 24, 2008

KEHIDUPAN, IMPIAN DAN HARAPAN....KU

Alhamdulillah aku bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini. Aku dibesarkan di dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. mak abah aku dari golongan petani. aku tidak ingat sewaktu pembesaran aku. walaubagaimanapun pernah aku bertanya pada org tua tentang kesusahan mereka pada waktu dahulu. pada masa dulu abah bekerja sebagai penoreh getah. bukan menoreh di kebun sendiri sebaliknya menoreh di kebun kepunyaan orang di bawah naungan FELDA. rasanya 20 tahun dia menoreh di situ. menurut ceritanya semasa itu anak ramai, pendapatan pula bukan sekadar cukup makan tapi tidak cukup untuk menyara anak yang semakin membesar. gaji diambil sebulan sekali, sementara menunggu cukup bulan barang keperluan seperti beras dan sebagainya diambil di kedai koperasi secara hutang. cukup bulan ditolak gaji, diceritakan bahawa pada masa itu bila cukup bulan dan tolak hutang hanya berbaki RM5 hingga RM6 shj. pada masa itu abah menyatakan bahawa, nak minum teh di kedai pun kena berkira. Sehinggakan dalam satu bulan hanya 2 atau 3 kali shj minum teh di kedai. apa nak buat kerana nak membesarkan anak2. Dengan menunggang basikal digagahkan jugak menoreh walaupun jaraknya lingkungan 20 KM. seingat aku, pernah aku mengikutnya ke kebun. aku rasa jauh sangat kebun tu. walaupun demikian bila aku mengikut ke kebun aku akan dibelikan oleh abah roti canai dan minum air yang dibawa dari rumah. pada waktu petang abah akan ke kebun untuk menjalankan kerja2 membersihkan kebun sendiri yang ditoreh oleh mak. Dengan menggunakan cangkul abah akan membersihkan pokok keladi gatal yang banyak tumbuh meliar di kebun. begitulah rutin harian abah seingat aku.
mak juga menoreh seperti abah. walaubagaimanapun mak menjalankan kerja mengandam pengantin. kerja ini dilakukan bil kak tompok ada banyak tempahan. jauh mak mengandam, kadangkala sehingga malam baru balik. tapi aku kagum kerana mak cekal. Dengan berbasikal mak dengan sabar ke rumah yang diarahkan. kadangkala pagi mak menoreh dan petang pergi mengandam.....malam baru sampai rumah. kami adik beradik selalu tunggu mak balik sebab ada berkat dan telur pengantin. Berkat adalah istilah bagi makanan yang diberikan oleh tuan rumah. setelah menunaikan fardhu haji mak menghentikan kegiatan mengandamnya.
walau dalam kesusahan itu mak dan abah tidak mengabaikan pelajaran anak2. aku masih ingat mak akan tunggu akak aku azizah(nuk) utk study sampai pagi. abah pulak follow nuk g sekolah pagi2 sampai simpang kampung dan seterusnya naik bas. oleh kerana rumah kami jauh dan nuk bersekolah di muar maka jam 6.30 pagi dah keluar naik basikal ke simpang kampung lebih kurang 2 km jauhnya. abah lah orang yang setia menemankannya dalam kegelapan malam 2.
aku belajar tak berapa pandai pada masa itu. semasa sekolah rendah, darjah 1 aku dihantar oleh abah dengan basikal ke sekolah. setelah itu aku ke sekolah sendiri. aku ingat abah ada satu basikal tua yang dipanggil basikal jaguar, ada batang ditengah basikal tu. org kata basikal yang ada batang adalah basikal jantan. bila sekolah menengah aku bersekolah di sekolah menengah bukit gambir. aku ke sekolah naik basikal dengan kawan2. pagi aku menoreh getah, petang aku ke sekolah. keputusan spm aku tak lah berapa baik. aku hanya mendapat pangkat 2. oleh kerana pengaruh kawan2 masa remaja aku kurang menarik. seawal tingkatan 2 aku dah mula keluar malam. abah marah, tapi oleh kerana kedegilan dan keangkuhan aku aku tak peduli. maklumlah masa tu remaja, sentiasa shj memberontak. kerana kebodohan aku, maka aku tak begitu berjaya. selepas spm aku kerja kebun. selama lebih kurang setahun aku kerja kampung seperti meracun, petik kelapa sawit dan menoreh. maklumlah masa tu lepas spm rasa bebas bila dah tak sekolah...aku tak belajar ke mana2..mak abah pun dah tak boleh buat apa..akhirnya bila aku melihat kejayaan kawan2 aku rasa kecilnya diri ini. aku ambil keputusan untuk mengambil STPM di sekolah swasta iaitu sekolah pendita. 2 tahun aku di sana akhirnya aku berjaya mendapatkan sijil penuh STPM. keputusan aku tak lah baik sangat tapi cukup makan untuk aku masuk maktab perguruan.
Aku menghabiskan masa 2 tahun di maktab perguruan dan kemudian posting di JB. 5 tahun di JB aku balik mengajar di muar, SK Kesang Tasek. ........

.........akan bersambung.

Wednesday, July 23, 2008

SCHEDULE, KEBIASAAN DAN BUDAYA

pada hari semalam aku sempat menghadiri satu program jabatan. aku sama2 dengan penilai pertandingan pusat sumber cemerlang kebangsaan ke sk simpang empat, alor gajah, melaka. sesampainya di sekolah tersebut kami telah dihidangkan dengan persembahan gurindam dan macam2 lagi persembahan. penilaian dijalankan dari jam 10 pagi berlarutan sehingga jam 3 petang. jenuh jugak rasanya menunggu panel tapi ape boleh buat...dah kerja. seronok juga bila tiba part makan2. sedap masakan kampung dengan asam pedas dan tempoyak....dah la tu sempat jugak diaorang jamu durian..maklumlah musim durian sekarang. semasa di sana sempat jugak aku berbual2 dengan cikgu dan menanyakan itu dan ini. cikgu sekarang walaupun sekolah rendah semuanya dah graduate....apa pun tahniah. aku rasa rimas bila tanya cikgu2 skema shj jawapannya. kira macam nak jawab tu control je. tapi aku peduli ape...belasah je le. masalah bila hadiri majlis mcm ni adalah bila nak isap rokok. aku terpaksa g kat tandas guru bila nak merokok.... hehehe.
Dalam minggu ini juga aku dah selesaikan renew cukai jalan keta walaupun banyak masalah. keta aku telah disenarai hitam oleh jpj. bila aku dapatkan maklumat rupanya aku pernah kena saman di bustand muar pada disember lepas. terpaksalah aku bayar sama rm80.00 utk realese black list tu. apa nak kata...tapi x pe aku dapat rm650..enjoyyyyy. Tahniah juga kepada wife aku kerana telah selesai melangsaikan hutang keretanya walaupun berhadapan dengan kesukaran dengan bank yang banyak ragamnye. bank ni pun satu hal, sana polisi lain sini polisi lain. tahu la pinjam duit dia, tapi cubalah jangan menyusahkan orang...anyway sabarlah wahai isteriku...

minggu lepas balik kampong, harapan nak makan durian tercapai. dapatlah bawa balik dalam 10 biji. oleh kerana tiada siapa nak makan durian tu maka aku pun belah semuanya dan buat gula durian. jenuh juga mengodak durian yang dicampurkan dengan gula perang di dalam kuali. tapi hasilnya aku pun suka, dimakan dengan roti sangat sedap.

aku mempunyai hobi tengok rancangan yang bermaklumat terutamanya berita. makin aku tengok hari demi hari banyak benda yang tak kena dalam dunia ini. dalam negar, luar negara semuanya sama shj. kesimpulan yang aku dapat buat, orang yang pandai kelentong dan manipulasi sesuatu masalah orang lain akan jadi senang. tapi tak fikirkah mereka ini dosa dan pahala bagi yang islam tu. kalau kafir tu sementah lah mereka tu kafir memang nak menipu je...aku makin takut dengan dunia sekarang. entahlah....apakah kita perlu jadi org yang hanya bercakap tentang kesalahan orang lain untuk membetulkan diri kita walaupun kita ni tak betul???. masalahnya orang lain tahu yang kita bercakap tentang benda tak betul...tapi ada satu sindrom angguk.....hentahlah...harap tuhan dapat cekalkan hati terutamanya aku dan isteri serta keluarga dan orang2 yang hampir dengan aku.

....sekian lah ye...harap faham ape yg aku tulis..kalau x faham buat2 faham je dah le......kan kita ada budaya hangguk.....he3

Friday, July 18, 2008

HARAPAN YANG MENGUNUNG AGAR SELAMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera. gembira rasanya melalui minggu ini. kenapa aku berkata demikian.....sebelum minggu ini tiba wife aku kerap menyatakan bahawa beliau demam pada waktu malam. sehingga di penang pun badannya panas pada waktu malam. entah kenapa aku pun tak tahu. namun demikian apabila buat test untuk kehamilan tidak menunjukkan tanda2 hamil....namun pada hari selasa yang lalu apabila membuat pemeriksaan di columbia hospital, Dr. Intan mengesahkan bahawa my wife hamil...kegembiraan tidak terkata kerana akhirnya aku berpeluang untuk menimang cahayamata...insyallah. Semoga kandungan yang dikandung akan sentiasa baik, sihat dan kekal sehingga sembilan bulan.
Insyallah pada bulan Ogos nanti aku akan buat kenduri kesyukuran di bukit gambir sempena berita gembira ini...insyallah. perbincangan telah dibuat ngan mak dan abah tentang perkara ini. pada kesempatan ini juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada nazri yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini...jadi kami akan buat kenduri dua dalam satu.
kepada yang membaca blog ini sudikanlah balik pada bulan ogos ni ye.....


Friday, July 11, 2008

PENYELIAAN DAN SELAMAT TINGGAL



pada minggu ini aku sibuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan untuk kajian tindakan BTPN Melaka. Kajian tindakan ni kira macam kita buat tesis di universiti la. cumanya kajian tindakan ni lebih simple dan ringkas. contohnya macamana nak tingkatkan pengunjung di perpustakaan sekolah. maka buatlah aktiviti. dalam menjalankan aktiviti tu ambil rekod kehadiran sebelum dan selepas. kalau dad penambahan pengunjung tu maknanya program tu berjaya. benda2 ni didokumenkan dan itulah yang dikatakan kajian tindakan secara ringkas dan mudah lah.
minggu lepas aku beri kursus dan bengkel kat cikgu2. so minggu ni buat di teacher centre (PKG) tu yang aku kena selia tu. bukan ape sekadar nak pastikan cikgu2 ni datang dan buat apa yang patut. so masa ucapan akhir tu aku berucap lah...aku ucap lah hape2. aku juga terangkan kat cikgu2 macamana nak layari blog dan sebagainya lah. minggu depan ada satu lagi seliaan dan lepas tu selesai cuma jalankan kerja2 pemantauan je lah. alhamdulillah aku ada 3 org fasi yang sangat berwibawa. fasi ni di kalangan guru2 pakar. mereka lah yang memandu guru pengkaji ni. aku menjalankan kerja2 penyeliaan dan keurusetiaan je. so itulah antara keja aku kat sini
insallah dalam masa terdekat ni kalau tak ada masalah aku akan tinggalkan lah keja2 ni. mungkin aku akan ke sekolah...tak tahu post ape lagi. tadi bos ada jumpa aku. perjumpaan kali ini disertai oleh 3 orang pegawai lain. dia mintak aku cakap so aku pun cakap. antara lain apa yang aku cakap adalah TQ kat bos kerana memberi kepercayaan kat aku untuk menjalankan kerja2 di sini. aku ulang balik apa yang bos cakap kat aku 2 tahun lalu iaitu "kalau dalam kemarahan sorokkan, sembunyikan marah". bila aku cakap gitu bos pun terperanjat sebab aku masih ingat lagi ape yang dia cakap..sebenarnya itulah yang aku amalkan di sini selama ini...kalau nak ikutkan hot tempre memang lah kat sini keja ....menguji kesabaran..so akhir sebelum keluar bilik bos, dia katakan pada aku "secara jujurnya u are the best semasa di PKG waktu itu, and i rasa i buat pilihan yang tepat". aku terharu dengar ucapan bos tu.......tapi kembang jugak aku. aku melalui 2 bos dan secara jujurnya aku katakan bos aku ni lah yang profesional pada pandangan mata aku. dia tahu apa yang dia buat. walaupun pelaksana macam aku ni perit tapi aku bangga mempunyai bos seperti dia...dia adalah tn. hj. mohd nor bin abu, kpp btpn melaka.

Wednesday, July 9, 2008

TERIMA KASIH





terima kasih kepada wife kerana ikut sekali ke penang

terima kasih kepada mak dan abah kerana turut serta ke penang
terima kasih kepada azizah paijo kerana melayan kami dengan baik sekali

terima kasih kepada ina dan tika kerana ikut kami makan laksa
terima kasih kepada kakitangan pkg sungai limau khasnya dan btpn kedah amnya

dan terima kasih kepada semua...

Pada hujung minggu yang lepas aku ke pulau pinang. bertolak dari kampong jam 4 peteng dan sampai di seremban jam 5.00 petang. bertolak dari seremban jam 6.45 petang dan sampai di penang sekitar jam 12.30 pagi setelah 3 kali berhenti untuk minum di r&r.

Seronok ke penang dengan but kereta penuh dengan durian, nenas, pisang dan macam2 lagi. itulah adat orang tua bila berkunjung ke rumah anak2. sesampai di sana tuan rumah dah tido kerana menjangkakan aku akan sampai sekitar jam 3.

macam biasa bila tiba waktu pagi aku dan abah g ngeteh kat kedai mamak belakang rumah keesokkan harinya dengan noni pun ikut sekali. pagi 2 kami g mengeteh walaupun dekat dengan berkereta mini cooper. seronok jugak jugak perasan macam orang pandang je. dengan wang parking 30 sen kami enjoy minum teh.

petang kami jalan2 di sekitar pantai yang menghadap pulau jerjak. lama tak g penang rasanya seronok tengok orang ramai di situ. sempat lah bergambar dan ambil angin sikit. lepas tu makan laksa. dengan harga entah berapa ringgit aku pun tak tahu, laksanya emmm sangat sedap sehinggakan noni ajak makan lagi keesokannya. petang tu kami gasak kereta sara, kelisa.

hari ahad, abah g periksa mata. aku pun cadang mula2 tu nak jalan2 d penang je. bila dah bawak perdana V6 rasa tak best pulak dekat2. aku dan noni pun seberang jambatan terus menghala ke kedah. sampai di kedah tengok ada budak sekolah, barulah aku perasan bahawa ahad kedah x cuti. so telefon kawan btpn kedah..nak dijadikan cerita mereka berada di pkg sungai limau, ya. aku terus ke pkg tersebut. sesampai disana aku dismabut meriah oleh kawan2 yang sedang berkursus kajian tindakan. Azhari kenalkan aku pada pegawai2 di sana....kami sembang dan akhirnya mereka paksa aku makan tengahari...nak tak nak terpaksalah makan...kenyang, alhamdulillah...anyway TQ azhari dan rakan2 di sana...sesungguhnya sikap baik anda akan aku kenang sampai bila2.

Pagi kami nak balik 2 aku rasa sayu jugak. mak ngan abah terlihat jugak kesedihannya. apa pun kami terpaksa balik, dengan hati yang berat kami bersalaman dan terus meninggalkan penang dengan seribu cerita dan kenangan. 5 minit perjalanan mak teringat begnya tertinggal, patah balik ambil beg mak sempat suruh nuk keratkan pokok selasih, untuk d tanam katanya. selepas itu jam 6.45 aku terus tinggalkan penang. dalam perjalanan abah banyak diam dan mak aku lihat dari cermin termenung pandang pemandangan luar. Agaknya sedih atau mengenangkan kisah masa kami semua adik beradik kecil dulu....sayu aku melihatnya....yang pasti masa tetap berlalu dan kenangan itu tetap akan wujud dari hari ke hari dan semalam tak akan kembali. kami sampai di rumah bukit gambir jam 2.00 petang.....

balik cari durian dapat satu kereta sorong..kira tak habis makan lah...jam 6.00 petang balik melaka untuk kemas2 kan apa yang patut dan bertolak ke seremban jam 10.00 malam.

Apa pun terima kasih pada semua terutama mak ngan abah.....
aku bangga telah melaksanakan niat untuk bawa mak dan abah ke penang....insyallah bulan 12 akan singgah di penang untuk ke langkawi...

Tuesday, July 1, 2008

MELAYU,BUKU DAN AKU

Sekarang ni tiada cerita yang menarik. aku sekadar menjalani hidup seperti biasa. dengan kesibukan yang kian mencengkam sepanjang minggu ini aku rasa masa untuk update tidak menyebelahi aku. walau apapun sekarang ni aku masih memikirkan dan berminat untuk menulis tentang melayu. aku sekarang sedang mengumpul bahan yang berkaitan. Insyallah satu masa bila x sibuk dan selesai research aku akan tulis. Sekarang ni aku sedang baca buku yang agak menarik iaitu PENGURUSAN MATSUSHITA. apa yang boleh aku kata buku ini amat menarik untuk dikongsi ceritanya. Seorang manusia berbangsa jepun yang mempunyai perwatakan dan daya jaya yang jauh bezanya dengan orang melayu.....aku akan ulas apa yang akan aku baca...insyallah.