Tuesday, June 9, 2009

HUJUNG MINGGU

selamat.....

alhamdulillah sekarang aku ada sedikit masa untuk update blog ni..
hujung minggu lepas masa agak padat. banyak perkara yang kena diselesaikan. antara yang menarik adalah pergi jemputan. 2 jemputan yang aku hadiri. pertana ke rumah cikgu rosdi...menarik dimana anaknya telah diijabkabulkan dengan anak kepada ustaz ashari yang dulunya ketua pertubuhan al-arqam. difahamkan bahawa ia adalah isteri kedua. anak dia ni dulu masa aku kenal masih berhingus lagi..tapi sekarang dah besar panjang...itulah kehidupan yang lama diganti yang baru...orang yang dulunya muda kini semakin berusia dan digantikan pula dengan budak remaja....adat putaran hidup.

jemputan kedua ke rumah abang jais di simpang 5. majlis dilangsungkan pada sabtu 7 jun 09. ramai jugak yang aku jumpa seperti
-denan
-abg hussin
-khiril kawan lama aku rupanya menantu abg jais
dan ramai lagi.

yang menariknya nazri sempat mendendangkan sebuah lagu jamal pada majlis tu. aku memang tabik kat nazri sebab dapat membawakan lagu jamal dengan baik.sebagaimana yang diketahu lagu jamal memang bernada tinggi.

lepas balik dari kenduri kawin kami semua ke sungai rambai, rumah lek alus. sambil menziarahi dia yang sakit sempat juga aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada atin yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. difahamkan dia bertemu jodoh dengan teman lelaki lamanya....itulah kuasa jodoh.

kol 4 petang aku balik melaka....alhamdulillah perjalanan pada hujung minggu tidak membosankan tambahan pula ditemani isteri tercinta...noni.