Monday, September 28, 2009

LEBARAN DI KAMPUNG HALAMAN

semua orang pasti gembira bila menyambut lebaran. tidak terkecuali aku...... alhamdulillah segala sambutan telah selesai. kunjung mengunjung telah selesai dilaksanakan.kalaupun tidak 100% namun sekurang2nya 50% sudah cukup baik.

lebaran tahun ini agak meriah bagi aku. beraya di kampung memang menyeronokkan. aku juga beraya di rumah mertua pada raya ke-2. kemeriahan lebih terasa bila raya tahun ini diiringi dengan keadaan isteri yang mengandung anak sulung....harap2 tahun depan kami akan beraya bertiga, rasanya lebih meriah.

sempat juga mengacau dodol pada tahun ini. sabtu sebelum raya kami sekeluarga mengacau dodol di bukit gambir. alhamdulillah berkat kesabarab semua sebanyak 5 kg dodol dapat dihasilkan. walaupun kerjanya agak memenatkan namun berbaloi bila hasilnya dapat dibahagi bersama. insyallah pada tahun hadapan kami sekeluarga merancang untuk hasilkan dodol untuk dijual....so sape yang nak tempah boleh tempah sekarang....hehehe..tempah beb...mesti puas hati punya.

malam raya ketiga kami sekeluarga mengadakan kenduri di rumah kakak noriah. sangat meriah dengan kehadiran ramai dari keluarga hj. paijo dan hj. ayub serta keluarga hj. jaslan. kami memangang kambing, ayam, ikan, kerang, sotong dan macam2 untuk dijamu bersama. suasana awalnya agak kelam kabut sebab masing2 berebut2 nak makan....apa pun alhamdulillah makanan cukup dan semua tetamu dapat makan.

aku merasakan raya tahun ini adalah yang paling meriah dalam hidup sepanjang 39 tahun yang lalu....insyallah pada tahun depan aku akan beraya sebagai seorang BAPA.

kepada semua pembaca blog aku ni, pada kesempatan ini aku ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan samada disengajakan atau tidak. minta halal segala makan dan minum dan doakan kesejahteraan aku.

kepada isteri, minta maaf sekiranya sepanjang raya aku ada membuat kseilapan. semoga ikatan akan berpanjangan sepanjang hayat....

amin....dan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 2009