Wednesday, January 27, 2010

MENJANGKAU USIA 12 HARI

alhamdulillah semuanya selamat setakat hari ini. begiilah keadaan haniz bt. hafiz dalam usia 12 hari. banyak cabaran yang dilalui setakat ini, alhamdulillah dengan rahmat allah semuanya dapat diatasi. dengan pengalaman yang sedikit menjaga bayi aku dan isteri harungi semuanya.

agak suspend jugak tempohari bila nurse(misi) yang datang kerumah mengarahkan supaya di bawa ke klinik untuk buat ujian sakit kuning. kali pertama pergi ke klinik bacaannya adalah 13.6, nurse yang merawat meminta dibawa semula. 2 hari selepas itu, ujian dilakukan semula namun alhamdulillah bacaan darah turun ke paras 8.

semoga semua dapat mendoakan semoga haniz akan sentiasa sihat walafiat. sekarang tengah berperang dengan ruam di sana sini......

Saturday, January 16, 2010

EXCLUSIVE STORY FOR THE YEAR 2010





Setelah proses berjalan selama 9 bulan dan lebih kurang 40 minggu akhirnya kandungan yang dikandung oleh wife Noraini Yacob selamat dilahirkan pada 15 jan 2010 jam 11 pagi.

Dimasukkan ke wad 14, hospital pakar sultanah fatimah muar, johor pada 13 januari 10, jam 11 pagi. pada 15 jan 10, lebih kurang jam 7.20 pagi beliau dimasukkan ke dewan bersalin untuk proses seterusnya. pangilan telefon terakhir aku terima dari beliau pada jam 7 pagi dan aku sampai di hospital, muar dari melaka jam 7.30 pagi dengan purata kelajuan kelsa 140km/h.

setelah menunggu selama 4-5 jam akhirnya aku dipanggil oleh nurse yang bertugas untuk mengazankan bayi. pertama kali melihat bayi sendiri dan berseorangan aku gementar dan terpaku. aku seolah2 tak tahu nak buat apa...alhamdulillah seketika aku kembali normal dan dapat mengazan dan ikamah dengan lancar. alhamdulillah semuanya selamat dan sewaktu mengazankan mata aku bertentangan dengan matanya sambil tangisannya terhenti seketika. tangisan bayi bergema semula setelah laungan azan dan ikamah ditamatkan.....huh..

tiada kata yang dapat digambarkan cuma apa yang aku boleh katakan ...GEMBIRA.. terima kasih kepada taulan,handai dan semuayang telah mendoakan dari sebelum mengandung hingga bayi selamat dilahirkan....insyallah doa semua hanya tuhan yang mampu membalas. ucap selamat dan tahniah dari saudara mara dan kawan2 aku amat hargai dan terharu...apa pun sehingga kini semuanya selamat dan berjalanlancar..terima kasih kepada my isteri NORAINI YACOB yang tabah dan cekal di dalam menjalani proses mengandung, bersalin dan insyallah berpantang.

apa pun setelah bergelar bapa aku tetap memerlukan nasihat dari rakan2 dan taulan, bapa, metua dan sebagainya untuk memberi tunjuk ajar dalam bab2 bapa lek ekkkkk........

Thursday, January 14, 2010

FASA AKHIR KANDUNGAN DAN PROSES KELAHIRAN


Pada hari ini 13 Januari , Noraini(noni) telah mendaftar masuk ke wad bersalin hospital muar untuk proses seterusnya iaitu bersalin. pendaftaran masuk berlaku pada jam 11 pagi dan terus dimasukkan ke wad menunggu. Keadaan ini berlaku kerana tanda2 kelahiran telah terdapat.

pendaftaran masuk telah dilakukan oleh bapa beliau kerana aku bekerja dan hanya dapat melawat pada jam 3 petang di wad 14. keadaannya normal seperti orang lain yang nak bersalin. sehingga jam 8 malam difahamkan bahawa darah yang keluar semakin bertambah. harap proses kelahiran berjalan lancar dan tiada komplikasi berlaku.

bila ditanya perasaannya bagaimana, dia berkata agak gementar bila masanya hampir tiba. walau apa pun semoga segalanya akan selamat dan kembali normal. bila ditanya bagaimana perasaan aku, aku hanya mampu berkata gembira dan sedikit gementar untuk bergelar BAPA.

Sunday, January 3, 2010

URAP YANG AMAT MENYELERAKAN...





Masakan jawa memang diketahui mempunyai khasiat dan menu yang pelbagai. bertitik tolah dari situ aku telah menghasilkan satu masakan tradisional jawa untuk makan tengahari. inilah masakan tradisional yang dipanggil URAP telah berjaya aku hasilkan berdasarkan resepi yang diperolehi dari mak aku. penyediaannya amat mudah dan tidak perlu digoreng, rebus atau sebagainya. ianya hanya dihasilkan dari pucuk tumbuhan dan sedikit garam, lada, bilis dan sebagainya. bila dimakan rasanya amat sedap dan sebagai pembuka selera. baunya yang harum menjadikan sesiapa yang memakannya pasti nak lagi.

dulu aku hanya makan sahaja, tak pernah terfikir nak buat sendiri. tapi entah macamana masa balik kampung tergerak pulak nak buat sebab bahan2nya tersedia di kampung. untuk makluman, bahan2 yang berupa pucuk tumbuhan ini mak aku jual di pasar tani bukit gambir, jadi aku ambil kesempatan ambil sikit dan cuba buat dan alhamdulillah hasilnya seperti di dalam gambar. kepada sesiapa yang cuba nak buat tiada bahan bolehlak ke kampung den dan boleh dapat dari mak den di kampung.

berikut adalah resepi yang diturunkan oleh mak den, kalau ada yang berhajat nak cuba boleh la cuba yeeee

rempah : garam, lada cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, kunyit dan biji kencur...ditumbuk

bahan2 : pucuk ubi, daun kencur, daun tengek burung dan kelapa....dihiris dan digaul dengan rempah.

cuba la ye....untuk makluman mak den kato urap ni adalah makanan orang2 jawa......

akan datang.....cara2 buat KETEWOL....

TAHUN BARU 2010 DAN TAHUN 2009 BERLALU


Tahun baru akan tetap datang bila masanya sampai. serentak dengan itu maka bertambahlah usia kita setahun lagi. masih teringat suatu waktu dulu kita berlari, bermain parit, main lastik dan sebagainya. namun semua itu telah kita tinggalkan dengan bertambahnya usia kita. kalau dulu kita tidak segan silu untuk tidak memakai baju dan seluar namun kini tidak lagi, kalau dulu basikal menjadi tunggangan kit namun kini tidak lagi. itulah hakikat yang berlaku....perkara yang satu ketika dulu biasa bagi kita, namun dengan pertambahan usia perkara yang biasa kita lakukan kini tidak lagi.

banyak peristiwa yang aku lalui sehingga umur mencecah 40 tahun ini. suka, duka, gembira, cemas dan sebagainya. kalau nak dicerita satu persatu nescaya tidak tertulis oleh tinta namun diringkaskan, hidup aku semakin terancang dan bahagia....alhamdulillah. aku telah dapat apa yang aku hajati dan aku gambarkan selama ini dalam erti yang lebih luas. kerjaya, cita2 dan harapan rasanya dapat dikecapi dengan suasana gembira....tq allah, tq handai dan taulan.

Harapan semoga tahun 2010 akan membawa lebih sinar kebahgiaan dan kegembiraankepada aku dan keluarga. kalau tidak keterlaluan jika dikatakan azam seterusnya adalah menjauhkan diri dari sifat hipokrit. sesungguhnya sifat inilah yang menjadikan manusia sentiasa hanyut dalam dunianya sendiri. kualiti hidup haruslah seiring dengan kualiti ilmu yang diperolehi hari ke hari kerana sesungguhnya ilmu itu luas dan semestinya diperolehi dari hari ke hari melalui apa yang kita hadapi. Semoga 2010 akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.