Sunday, January 3, 2010

URAP YANG AMAT MENYELERAKAN...





Masakan jawa memang diketahui mempunyai khasiat dan menu yang pelbagai. bertitik tolah dari situ aku telah menghasilkan satu masakan tradisional jawa untuk makan tengahari. inilah masakan tradisional yang dipanggil URAP telah berjaya aku hasilkan berdasarkan resepi yang diperolehi dari mak aku. penyediaannya amat mudah dan tidak perlu digoreng, rebus atau sebagainya. ianya hanya dihasilkan dari pucuk tumbuhan dan sedikit garam, lada, bilis dan sebagainya. bila dimakan rasanya amat sedap dan sebagai pembuka selera. baunya yang harum menjadikan sesiapa yang memakannya pasti nak lagi.

dulu aku hanya makan sahaja, tak pernah terfikir nak buat sendiri. tapi entah macamana masa balik kampung tergerak pulak nak buat sebab bahan2nya tersedia di kampung. untuk makluman, bahan2 yang berupa pucuk tumbuhan ini mak aku jual di pasar tani bukit gambir, jadi aku ambil kesempatan ambil sikit dan cuba buat dan alhamdulillah hasilnya seperti di dalam gambar. kepada sesiapa yang cuba nak buat tiada bahan bolehlak ke kampung den dan boleh dapat dari mak den di kampung.

berikut adalah resepi yang diturunkan oleh mak den, kalau ada yang berhajat nak cuba boleh la cuba yeeee

rempah : garam, lada cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, kunyit dan biji kencur...ditumbuk

bahan2 : pucuk ubi, daun kencur, daun tengek burung dan kelapa....dihiris dan digaul dengan rempah.

cuba la ye....untuk makluman mak den kato urap ni adalah makanan orang2 jawa......

akan datang.....cara2 buat KETEWOL....

TAHUN BARU 2010 DAN TAHUN 2009 BERLALU


Tahun baru akan tetap datang bila masanya sampai. serentak dengan itu maka bertambahlah usia kita setahun lagi. masih teringat suatu waktu dulu kita berlari, bermain parit, main lastik dan sebagainya. namun semua itu telah kita tinggalkan dengan bertambahnya usia kita. kalau dulu kita tidak segan silu untuk tidak memakai baju dan seluar namun kini tidak lagi, kalau dulu basikal menjadi tunggangan kit namun kini tidak lagi. itulah hakikat yang berlaku....perkara yang satu ketika dulu biasa bagi kita, namun dengan pertambahan usia perkara yang biasa kita lakukan kini tidak lagi.

banyak peristiwa yang aku lalui sehingga umur mencecah 40 tahun ini. suka, duka, gembira, cemas dan sebagainya. kalau nak dicerita satu persatu nescaya tidak tertulis oleh tinta namun diringkaskan, hidup aku semakin terancang dan bahagia....alhamdulillah. aku telah dapat apa yang aku hajati dan aku gambarkan selama ini dalam erti yang lebih luas. kerjaya, cita2 dan harapan rasanya dapat dikecapi dengan suasana gembira....tq allah, tq handai dan taulan.

Harapan semoga tahun 2010 akan membawa lebih sinar kebahgiaan dan kegembiraankepada aku dan keluarga. kalau tidak keterlaluan jika dikatakan azam seterusnya adalah menjauhkan diri dari sifat hipokrit. sesungguhnya sifat inilah yang menjadikan manusia sentiasa hanyut dalam dunianya sendiri. kualiti hidup haruslah seiring dengan kualiti ilmu yang diperolehi hari ke hari kerana sesungguhnya ilmu itu luas dan semestinya diperolehi dari hari ke hari melalui apa yang kita hadapi. Semoga 2010 akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Monday, December 21, 2009

MENUNGGU KELAHIRAN BAYI


Perasaan yang bercampur baur...gembira, suka, duka, takut dan sebagainya. sebagailazimnya perasaan itu seringkali bermain di fikiran....mungkin inikah perasaan yang dihadapi oleh semua manusia apabila menunggu kelahiran pertama bayi mereka.

harapan aku semoga bayi yang bakal lahir akan berada di dalam keadaan baik, sihat, sejahtera dan comel. apa pun rasanya tidak sabar melihat bayi yang bakal lahir kerana telah menunggu selama 40 tahun.....tua dah aku ni...hehehe....Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini terutama kepada isteri yang sentiasa sabar dan tabah.

insyallah jika tiada masalah menurut doktor isteriku akan melahirkan anak pada sekitar pertengahan januari....kepada yang membaca blog ini doakanlah semoga semuanya selamat.....doa semua rakan dan taulan saya harapkan.

Wednesday, December 9, 2009

SEPILOK

merupakan satu tempat yang sinonom dengan orang utan. berkunjung ke sana seperti melawat the lost world. seronok jugak ke sana....apa pun perjalanan yang meletihkan....

Saturday, November 21, 2009

MOTOSIKAL HONDA CBX750



inilah jenis motosikal yang aku impikan sekarang. buatan honda dan berkapisiti 750cc. harganya agak mahal, kalau baru rasanya menjangkau rm50k. setelah aku belek2 dalam internet harga second hand dalam lingkungan rm16k hingga rm18k itu pun tahun 1994. kalau ada sesiapa yang berminat nak jual atau tertahu sape nak jual beritahu la ye...apa pun aku mesti pakai motosikal ini satu hari nanti....

Tuesday, November 10, 2009

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN....

Pada 12 -13 nov yang lalu, satu majlis pembukaan untuk satu kursus anjuran bersama uitm dan btpn melaka telah diadakan. gambar ini diambil sempena dengan majlis tersebut. jadi dah alang2 dok depan aku pun berposing sakan le. gambar ini diambil aku pun tak tahu bila ketikanya. jurukamera untuk majlis ini adalah zaidi jaafar, seorang pegawai PKg dari PKG kampong Gelam....apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis pada hari tersebut. rata2 cikgu yang menghadiri program tersebut berpuashati dan gembira kerana layanan yanhg memuaskan dan tempat penginapan yang amat baik iaitu di EVERLAY RESORT, TG. Keling.

Thursday, October 29, 2009

KEM MEMBACA 1MALAYSIA


Alhamdulillah, majlis pelancaran kem membaca 1malaysia peringkat negeri akan dijalankan pada 30 oktober 2009. majlis ini akan disempurnakan oleh yb. dato yaakob bin mohd amin EXCO pelajaran negeri melaka. majlis ini dijalankan di sk bukit baru, melaka. btpn melaka (aku kerja di sini) merupakan tulang belakang majlis ini. unit aku iaitu unit psp diberi kepercayaan menghendel majlis dengan kerjasama pihak sekolah dan jabatan pelajaran melaka.
semasa sesi rehesal terdapat kecacatan di sana sini. alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan baik. gambar di atas adalah bos sedang memberi tunjuk ajar kepada aku. terima kasih kepada bos kerana sudi menjenguk aku semasa raptai penuh dijalankan. aku jugak nak ucap terima kasih kepada tulang belakang aku iaitu pn. norhafiza, en.abu naim, tn. hj. khalib dan shuhani hassan. terima kasih juga kepada krew pa sistem dan krew penerbitan. sesungguhnya mereka inilaha yang berusaha memastikan program berjalan lancar.
semoga majlis akan berjalan seperti yang dirancang
akhirnya SALAM 1MALAYSIA......