Monday, December 15, 2008

ALTIS ke JB



Assalamualaikum..

hujung minggu lalu 14 dis 2008, aku berkesempatan ke JB. tidak banyak tempat dilawati hanya ke rumah nazri(abang). sesampai di sana jam 7.30 malam terus ke danga bay untuk menikmati hidangan mee rebus....sedap. nazri belanja kami semua makan. aku ke sana ber-4 iaitu aku sendiri, noni, mak dan abah.

kami bertolak dari muar agak lewat kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan di melaka. sebelum balik muar sempat singgah ke rumah senah kerana ada kenduri sempena anaknya yang khatam quraan dan dapat 5 A UPSR.

alhamdulillah kali ini perjalanan kami tidak mengambil masa yang lama dan kurang meletihkan kerana memandu kereta yag boleh dikatakan selesa. perjalanan dari tol pagoh ke JB hanya menggambil masa 1 jam. sempat juga aku tanya abah,"penat tak bah?", dengan selamba dia menjawab, "tak".

bermalam di JB sempat jugak aku ke dewan badminton untuk melihat game di sana. sempat juga tengok nazri dan sahak bermain. mereka semua hebat di gelangang. smash yang tajam dan pukulan2 yang padu.

Terima kasih juga pada nazri, linda dan keluarga kerana telah menyediakan makanan yang lazat. permintaan aku dan noni untuk mereka masak asam pedas ikan mayong dan goreng ikan keli ditunaikan. masakan linda amat menyelerakan. walaubagaimanapun kami makan tengahari berikutnya kerana pada malam hari perut dah kekenyangan dengan makan mee rebus. abah suka makan mee rebus di danga bay. aku tengok dia makan berselera dan habis semangkuk....alhamdulillah.

kami balik pada petang ahad. bertolak dari JB jam 2.00 petang. jam 3.45 sampai di bukit gambir setelah berhenti rehat di macap. cadangan mak nak ke air hitam tapi dibatalkan dalam perjalanan kerana hujan. dalam pada itu perjalanan kami diiringi dengan hujan dari jb hingga ke yong peng. singgah di bukit gambir untuk beli ikan masin untuk dibawa ke melaka. namun ikan masin yang dihajati oleh noni tiada maka dapatlah ikan masin tamban....ok lah jugak.

alhamdulillah perjalanan kami selamat dan rasa seronok jalan2 ke jb...insyallah akan ke sana lagi lain kali.......

Saturday, December 6, 2008

IMPIAN MENJADI KENYATAAN



Tenggal 29 november 2008 sabtu, tercatatlah sejarah dimana kami telah menggunakan sebuah kereta baru yang telah lama diilhamkan pembeliannya. pesanan dibuat pada isnin 25 nov 2008 dan setelah segalanya selesai maka pada 29 nov sahlah kereta tersebut menjadi milik kami.....hehehe, alhamdulillah

seronok rasanya bila memandu kereta baru yang mana aku tak pernah merasa memiliki kereta baru walaupun telah menggunakan 3 buah kereta sebelum ini. kereta pertama aku dulu toyota LE kemudian wira dan akhir sekali iswara aeroback. walau apa pun sedih rasanya bila kereta iswara yang telah 7 tahun aku gunakan tiba2 terpaksa aku tinggalkan keseorangan di kedai.

hari ini genaplah seminggu aku gunakan TOYOTA ALTIS. maka pada hari ini juga ianya telah diservis kerana telah mencapai 1000 perbatuan. kira dah lepas pantang maka bolehlah aku memecut....insyallah kalau ada trip ke utara lagi aku tidak ketinggalan....kiranya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah la....hahaha.

sempat juga aku bawa abah bersiar2 g ngeteh minggu lepas. abah juga sempat membacakan doa sebelum dia keluar dari kereta untuk memohon keberkatan dan keselamatan aku, keluarga dan kereta itu sendiri.

dulu aku pernah menulis di blog ini tentang kereta ini di bawah tajuk MAMPUKAH...., alhamdulillah setelah beberapa ketika aku dapat memilikinya......

walau apa pun terima kasih kepada isteri atas pengorbanan bersama........

......selapas ini kami ingin berangan2 memiliki sebuah 4WD atau suzuki swift.......MAMPUKAH....

Sunday, November 9, 2008

3 MINGGU BERLALU


salam semua.....

alhamdulillah setelah 3 minggu menjalankan kerja2 di BTPN sebagai penolong pengarah nampaknya semua berjalan lancar. segala arhan dapat dilaksanakan. dan alhamdulillah 5 orang yang berada di bawah jagaan juga sentiasa memberikan kerjasama yang amat baik. gambar di sebelah menunjukkan mesyuarat pertama yang dihadiri setelah 2 hari bertugas semula di btpn melaka.....

namun pada peringkat awal, badan agak letih sedikit kerana ingin menyesuaikan kembali keadaan di mana sebelum ini balik sekolah jam 3 petang terus tidur...bila kerja waktu pejabat ni agak penat sikit. namun smuanya dapat diatasi sekarang.

rasanya tahun depan keadaan agak lebih mencabar kerana berdasarkan perancangan dan mesyuarat yang diadakan banyak aktiviti yang akan dilaksanakan. harap semua akan dapat diatasi dan ditangani....insyallah....walaubagaimanapun biasanya penilaian akan dijalankan selepas seratus hari...

oleh kerana kesibukan kerja maka blog tak sempat diupdate...bukan shj tak sempat diupdate nak buka blog pun tiada masa.....tapi malam ini gagahkan juga untuk menulis dari hang tuah mall, melaka.

rasanya sekian dulu....idea x ada daaaaa

Sunday, October 19, 2008

KEMBAKI BERTUGAS DI BAH. TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA


SALAM.....

pada tanggal 18 sept 2008 yang lalu, aku memulakan tugas di smk bukit baru sebagai guru akedemik. perpindahan aku adalah kerana kenaikan pangkat. jujur kata, pada awal menjejakkan kaki ke sekolah semula agak kekok dek kerana dah kurang lebih 4 tahun meninggalkan sekolah. namun aku tiada pilihan maka teruskan mengajar. aku ditugaskan untuk mengajar di tingkatan 1,2 dan 3. matapelajaran yang diajar adalah bahasa melayu, moral dan seni. selama beberapa minggu aku di sana aku rasa selesa dengan suasana di sekolah. ramai kawan-kawan yang membantu antaranya cikgu herman, cikgu aslah dan ramai lagi. yang paling menarik adalah cikgu jamal yang mempunyai hobi baru iaitu memancing....pernah aku mengikutnya memancing pada bulan ramadhan lalu. cikgu herman pulak baik hati dan peramah orangnya, dia selalu sibuk dengan up trend high carge. cikgu aslah pulak adalah tempat aku membuat rujukan. cikgu mustafa pulak adalah juru foto profesional. cikgu rashid pula sentiasa dengan sikapnya yang solo dan bravo....

sempena ramadhan kami guru2 dari smk bukit baru mengadakan kunjungan pada waktu malam. seronok sangat aku sempat join ke rumah cikgu samsul dan cikgu kalis. yang menariknya mereka menyediakan makanan yang memang sedap2. contohnya rumah cikgu samsul makan asam pedas dan rumah cikgu kalis makan otak2....terima kasih cikgu.......

sehinggalah pada 17 Okt yang lalu aku dikejutkan dengan makluman daripada PAR bahawa jam 2.30 diminta hadir ke jabatan kerana pengarah ingin berjumpa. bila dengar tu dalam hati berdetik, aku ada buat salah ke?.namun seperti yang dijanjikan aku berjumpa pengarah pada masa yang diarahkan. sesampai aku di dalam bilik pengarah, ramai telah ada di sana (8 orang)semuanya) sedang mendengar brefing pengarah. aku pun duduk bersebelahan salah seorang daripada tetamu yang hadir.

alangkah terkejutnya aku bila dimaklumkan bahawa aku diarahkan kembali bertugas di BTPN Melaka berkuatkuasa pada 16 Okt 2008 sebagai penolong pengarah. Aku tak terkata dan hampir tidak percaya....walau apa pun aku redha. bila terpandang surat arahan dan jawatan aku berdetik di dalam hati,"apakah terpikul dengan tugas yang berat ini". apa pun aku kena teruskan perjuangan dan pula pengarah pelajaran melaka berpesan, "saya tidak mahu dengar arahan ini ditolak".

setelah selesai jamuan dan sebagainya aku pun terus ke BTPN Melaka untuk melapor diri. berjumpa pula dengan KPP BTPN (b0s). di sana aku dibrief lagi, antara yang disebutkan adalah tahniah dan sebagainya. satu perkara yang menarik KPP menyatakan,"mulai hari ini, hujung minggu pegawai telah ditarik balik". bermakna dengan status yang ada pegawai boleh dipanggil pada bila2 masa termasuk cuti hari minggu....sekali lagi aku tersentak....

aku harap allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. untuk itu pada rabu 22 okt 2008, aku akan mula bertugas di BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

Thursday, October 16, 2008

PMR 2008


sekarang ni peperiksaan PMR sedang berjalan. bila peperiksaan ni maka keadaan sekolah agak tenang. mana tidaknya, sekurang2nya semua pelajar tingkatan 3 dikurung di dalam dewan peperiksaan. oleh itu sebahagian masalah disiplin selesai.

walau apa pun ada jugak sedikit faedah pada aku. dengan tingkatan 1 dan 2 yang dicutikan, lapang lah sikit masa mengajar aku. kebetulan pulak aku mengajar tingkatan 1 dan 2, jadi banyaklah masa free aku....hehehe. jadi sempatlah aku menulis ni.

minggu depan peperiksaan akhir tahun akan bermula. semasa peperiksaan dijalankan memang rehat sebab hanya jaga periksa je, tapi lepas periksa ada pening sikit sebab nak tanda kertas. tanda kertas ni kalau objektif tak ada lah susah sangat tapi kalau karangan tu ada malas sikit la...

HARI RAYA

malam ini kami merancang untuk ke rumah cikgu samsul di pengkalan minyak, melaka. tuan punya badah telah diberi notis untuk itu. insyallah sau rombongan cikgu lelaki dari smk bukit baru akan ke rumah cikgu samsul jam 8.30 malam ini. dengan ungkapan "tak payah susah", harap2 dapat lah makan yang sedap2 at least nasi baryani ke, mee bandung ke.....hehehe.

malam sebelum tu rumah cikgu aslah aku tidak dapat ikut kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.walaubagaimanapun aku difahamkan bahawa ianya berjalan seperti yang dirancang. apa2 pun SELAMAT ARI RAYA kepada semua cikgu di sini.

SINGAPURA

kepada noraini (wife) yang berangkat ke singapura hari ini, selamat diucapkan. kalau kat sana tangkap le gambar dan muatkan ke dalam blog untuk dikongsi bersama pengalaman menarik di sana.....

Tuesday, October 14, 2008

MOTOSIKAL BARU



inilah motosikal yang baru aku beli. oleh kerana motosikal ini yang harganya paling murah, maka aku mengambil keputusan membelinya.

motosikal inilah yang aku gunakan untuk ke sekolah tiap2 hari. oelh kerana jalan ke sekolah selalu jem maka aku pun buat keputusan untuk menggunakan motosikal sebagai medium untuk ke sekolah. kalau naik kereta aku terpaksa keluar dari rumah jam 7 pagi, tapi dengan motosikal ini aku ke sekolah jam 7.20 pagi.

dibeli 4 hari sebelum raya..... masa baru beli tu kemaruk aku dibuatnya. satu melaka aku round, kira habis jugak la minyak satu tangki...

masa beli tu dapat la satu helmet. helmet tu steng dan aku bagi kat wife untuk digunakan. yang menariknya dia lebih ingatkan helmet dari ingat aku....hahaha.....

Monday, October 13, 2008

KENANGAN DI PENGHUJUNG RAYA


inilah gambar kenangan beramai2 hari raya yang dapat dirakamkan. gambar yang berlatarbelakangkan rumah di bukit gambir dan sebuah motosikal dan basikal ini dirakamkan semasa azizah dan keluarganay nak balik ke penang pada raya ke-4.

terkilan jugak sebab gambar di rumah mertua kat muar tak sempat ambil sebab lupa. dah semua bergaya dengan baju raya sampai terlupa nak ambil gambar beramai2. apa nak buat raya 2008 dah berlalu. nampaknya tunggu tahun depan pulak lah nak bergambar beramai2 di muar...insyallah.

apa pun raya ni cukup menarik dengan suasana hari raya yang suka dan duka....dengan raya berdua yang lebih bermakna tahun ini, aku rasakan ianya sesuatu yang indah yang tidak pernak aku rasa sebelum ini......terima kasih kepada semua terutama kepada wife NORAINI BT YACOB.

Thursday, October 9, 2008

PENGALAMAN MENGAJAR DI SEKOLAH

pada tanggsal sebelum puasa, kalau tak silap 18.9.08 aku memulakan tugas semula sebagai guru akedemik di SMK Bukit Baru, Jalan Istana, 75450 Melaka. Kembalinya aku ke sekolah adalah bersama dengan 4 rakan lain yang sama2 bertugas di BTPN MElaka dahulu. namun semua ditempatkan di sekolah yang berbeza, maka tercampaklah aku seorang di sekolah ini. perpindahan ini adalah atas sebab kenaikan pangkat.

pada hari pertama mengajar aku berasa janggal jugak, namun tidak aku hiraukan kerana dah tuntutan tugas. walaubagaimanapun aku bernasib baik kerana ada seorang guru yang aku kenal iaitu cikgu isa yang merupakan rakan semasa aku bertugas di PKG kg. gelam dulu. aku masuk ke bilik guru, namun di situ tiada seorang pun yang aku kenal. aku tebalkan muka untuk berbual dengan mereka. tapi alhamdulillah mereka melayan segala pertanyaan aku dengan baik.

dengan pengalaman mengajar lepas (10 tahun) aku melangkah masuk ke dalam kelas. jadual waktu dibekalkan menjadikan panduan untuk masuk ke dalam kelas. aku diarah mengajar 20 waktu dalam seminggu dan setiap satu waktu 40 minit perlu dihabiskan. antara matapelajaran yang aku diarahkan mengajar adalah BM, Seni, moral tingkatan 1,2 dan 3. kelas yang diajar adalah tidak berbeza dengan kelas semasa aku mengajar pada masa lalu cuma pelajar kali ini adalah lebih dewasa dan matang.

"selamat pagi cikgu" adalah ungkapan pertama yang aku dengar dan insyallah kalau aku tidak pencen di sekolah, inilah ungkapan yang akan aku dengar sehingga aku pencen nanti. masuknya aku di kelas telah ditanya oleh seorang pelajar, "cikgu ni guru pelatih ke?"...aku menjawab tidak, saya guru baru di sini. aku terus memulakan pengajaran seperti biasa....

hari demi hari aku mula dapat semula rentak mengajar. sehingga ke hari ini aku rasa prestasi semakin baik berbanding hari pertama. pelajar semakin menghormati aku. apa tidaknya aku kini telah mula membawa rotan ke kelas terutamanya kelas memengah rendah. aku juga diberi panduan oleh guru2 lama tentang ilmu menundukkan budak. bukan ilmu apa pun cuma ilmu rotan je...hehehe.

......akan bersambung.
**ditulis dari bilik guru smk bukit baru.

Tuesday, October 7, 2008

AKU KEMBALI

setelah sekian lama blog aku ini terbiar, maka pada hari ini bermulalah satu lagi episod blog. insyallah akan aku titipkan cerita2 yang menarik berlaku pada diri aku. kehilangan seketika kerana masalah internet dan komputer.......

sama2 lah kita berblog semula........

Monday, September 8, 2008

HARI PERTAMA MELAPOR DIRI

seperti yang dinyatakan sebelum ini di mana aku akan kembali mengajar ke sekolah. maka hari ini terlaksanalah perkara tersebut. pada hari ini isnin, 8 september 2008, aku telah melaporkan diri di SMK bukit baru sebagai guru akedemik DG41 kategori pengurusan dan profesional.

aku sampai ke sekolah agak lewat, kira2 jam 9 pagi. telahan aku bahawa hari ini ada perhimpunan dan aku tak mahu bertembung dengan perhimpunan bila sampai di sekolah. sampai di sekolah orang yang pertama aku jumpa adalah JAGA. walaupun aku tahu di mana letaknya pejabat tapi atas dasar hormat organisasi aku tanya di mana pejabat. dengan sopan dia menunjukkan arah pejabat dengan ibujari yang terletak di atas jari jemari.

sesampai di pejabat, aku berdiri sebentar dengan memandang sekeliling. aku perhatikan semua kerani dan budak pejabat yang ada memandang sesama sendiri.....mungkin tertanya2 siapa mamat ni. dengan tergesa2 seorang kerana datang mendapatkan aku. "ada masalah encik". sambil memandangnya aku berkata, "tiada masalah, cuma saya nak mendaftar sebagai guru di sini. jadi dengan siapa saya harus berjumpa?". dengan menarik nafas legia dia berkata, "tunggu sebentar ye encik". agaknya mula2 dia ingat aku ni somebody kot.....aku tergelak dalam hati bunyinya begini..hahahahaha.

akhirnya aku ditemukan dengan GPK 1 sekolah tersebut. maka bermula lah perbualan aku dan banyak perkara yang kami bincangkan. akhirnya aku minta tangguh untuk mula mangajar pada minggu hadapan iaitu 15 Sept 08. mengikut perbincangan awal aku akan ditempatkan mengajar untuk tingkatan 1 dan 2 untuk subjek BM dan moral serta ada lah subjek teknologi. kemudian aku dikenalkan dengan ketua kerani untuk keperluan perjawatan....alhamdulillah Azman nama kerani tu amat membantu tentang keperluan yang harus ada. satu soalan dari azman yang menarik minat aku, "hisap rokok tak?". Dengan selamba aku jawab, "tentulah hisap. "bagus, bertambah ahli kelab" katanya.

selasai urusan, aku meninggalkan sekolah pada jam 11 pagi terus balik rumah dan berehat. ptg aku kembali bertugas di BTPN Melaka sehinggalah minggu depan......

perasaan pada masa ini bercampur baur...gembira, gementar dan sebagainya sebab aku dah lama tinggalkan sekolah.

Friday, September 5, 2008

DARI PUTRAJAYA KE SHAH ALAM



pada minggu lalu sebelum puasa aku berkesempatan pergi jalan2. bukan ape sekadar dah lama tak jalan2. aku bertolak dari seremban bersama wife jam 3 petang. destinasi aku yang pertama adalah putrajaya. best jugak lepak kat depan masjid putra sambil makan jagong yang dibawa dari rumah....selesai 1 bab

lepas tu aku jalan2 lah sekitar putrajaya..sampailah kedai mamak, terus berhenti dan macam biasa minum teh tarik dan roti canai. yg x menariknya dah la tak ada orang makanan pulak tak sedap. nasib baiklah bini aku belanja.

selesai makan jalan2 lah aku sekitar perumahan di putrajaya. sambil tersesat akhirnya jumpa jugak kawasan perumahan...pusing punya pusing melihat rumah2 yang ada aku cakap kat bini aku "best jugak kalau kita beli rumah kat cni". tapi aku terkejut bila bini aku kata harganya mencecah rm300k...itu yang paling murah. hahaha x pe lah x jadi beli sebab aku rasa saving aku cuma ada rm2.00 je dalam bank....hahaha. cuma satu yang menarik kat perumahan d putrajaya yang benar menarik minat aku adalah kawasan kejiranan/perumahan yang tidak mempunyai pagar.aku cukup minat betul dengan konsep perumahan mcm 2.

jam 6.30 petang aku tinggalkan putrajaya terus ke shah alam. sampai rumah ani jam 8.00 malam setelah sesat ntah kat mana aku pun tak tahu. sampai rumah ani aku tengok berita...selesai tengok berita g makan kat kawasan sekitar. ada satu benda yang menarik berlaku....ifan dan dina boleh la dikatakan ceria. sampai d kedai duduk order dan nak makan lah. bila nak makan baca doa. dina ditugaskan baca doa. dengan cerianya dia baca doa dan selesai terus makan. dalam dua tiga suap dia makan tiba2 dia ngantuk. tiba2 dia lemah dan terus tidur dengan beralaskan lengan.aku heran, dia ketawa2 tiba2 tidur....sampai sekarang aku fikir macamana g2 ek...bini aku kata budak memang macam tu.....agaknya dia dah ngantuk sangat daaaaa.

balik makan tengok drama melayu...selesai cerita melayu jam 12.00 aku pun berangkat balik. dlm perjalanan balik nampak bungapi...ingat nak tengok, pergi la menghala ke dataran shah alam. sampai d sana detik merdeka pun selesai....aku terperangkap dalam jen sampai kol 1 pagi. dah la g2 nak cari jalan keluar ke highway pulak tak jumpa, kira sesatlah.....kol 2 pagi baru jumpa jalan kuar......kol 3 lebih baru sampai rumah d seremban.........

.....itulah catatan perjalanan merdeka.....hidup melayu....eh salah, hidup apit....mentega..mentega...mentega.

**tel sara dia tak angkat, kalau dia baca jawab le kenapa x angkat.....aparah*#$+^@!

Wednesday, August 27, 2008

MY THE ONLY ONE WIFE

photo captured at air keroh d' village resort with the cute car.....

Monday, August 25, 2008

TAK DAPAT BAWAK DAPAT DUDUK JADI LE

Hahaha....minggu lepas nazri datang rumah bawak motor. maka sempat le aku duduk kat moto tu. dalam tak berbaju aku suruh bini aku tangkap gambar. apa kata orang tak dapat bawak tapi dapat duduk berposing kat moto tu pun jadi le. insyallah satu hari nanti aku nak beli moto besar......hehehehe

MERAIKAN

Sepanjang minggu lepas banyak perkara yang berlaku. kebanyakkannya menyeronokkan. ini semua berlaku selepas kesedihan yang berlaku sebelum itu.

Pada minggu lepas aku telah dikunjungi oleh nazri. kebetulan beliau di dalam tugas di melaka jadi sempat dia singgah ke rumah aku dan kebetulan jugak anak beliau ada di rumah kenol. sempat jugak lah berborak dengan dia dan kebetulan pulak dia datang dengan motosikal polis jadi sempat aku berposing atas moto tu.

menarik bercerita tentang perjalanannya. dengan menunggang motosikal polis beliau dan kumpulannya menjelajah johor, negeri 9 dan melaka.

pada malamnya sempat juga kami beramai2 pergi makan ikan bakar di serkam bersama dengan abang mohdas.

Wednesday, August 6, 2008

KEGUGURAN

Salam sejahtera....dengan rasa berat hati aku menerima dan seterusnya ketentuan allah. pada hari ini 6 ogos 2008 disahkan oleh doktor di GH melaka bahawa niraini (wife) aku telah mengalami keguguran. sekarang beliau berada di wad A1 katil 4 dan dalam keadaan stabil. beliau akan menjalani "cuci" sepatutnya pada petang ini tapi menurut doktor, ianya ditangguh sehingga esok. dimasukkan ke hospital pada semalam doktor menasihatkannya supaya berehat dan tidak melakukan banyak pergerakan.

aku rasa sedih tambah lagi bila berbual dengan beliau, bergenang airmatanya.sambil menasihatkannya supaya bersabar sebenarnya aku jugak turut bersedih. walau apa pun aku berharap agar beliau dapat bersabar sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala...insyallah semuanya ok.

Mungkin lusa beliau akan keluar dari hospital. aku bercadang untuk terus bawanya balik ke kampung di bukit gambir, muar. mungkin 2 hari selepas itu akan dibawa pula ke kampung beliau di Muar.

kepada semua kawan2, saudara mara, adik beradik dan related yang datang melawat dan memberi sokongan moral aku bagi pihak beliau mengucapkan ribuan terima kasih. semoga doa kalian semua akan menguatkan lagi semangat beliau untuk hari2 yg seterusnya.........sama2 lah kita doakan beliau supaya cepat sembuh....

Monday, August 4, 2008

BROTHER

NAZRI...itulah nama yang diberikan kepada abang aku. sekarang rasanya dia enjoy dengan hidupnya. bekerja sebagai anggota polis dan bertugas di johor bahru. lama jugak dia jadi polis, rasanya semenjak aku di bangku sekolah menengah lagi. aku masih ingat selepas dia tamat latihan di PULAPOL dia ada belikan aku sepasang baju. rasanya aku syka pakai baju tu masa tu...aku pakai sehingga baju tu buruk dan akhirnya aku gunakan buat basahan gi menoreh.

seingat aku setelah tamat latihan dia ditugaskan di kulim, kedah. pernah aku ke sana beberapa kali. semasa aku belajar di kedah dulu, aku ada pinjam motosikalnya(yamaha SS, PCD....dan moto tu dah hilang) dan dialah yang membawakan motosikal aku (yamaha sports) ke utara.....Terima kasih. kemudian dia bertugas di langkawi, kedah. semasa dia di sana aku juga pernah ke bereknya dan semasa itu dia masih bujang.

Selepas di langkawi, dia bertugas di johor bahru.kebetulan sebelum dia ke jb, aku dah sedia mengajar di sana. sebelum dia pindah sempat aku catkan dan repairkan kuartesnya. seingat aku aku dengan dialah yang cat berek tu hingga larut malam. pada ketika aku rasa seronok tolong dia. aku masih ingat masa tu beli barang2 hardware dan cat semua dengan menggunakan motosikal RXZ aku. beposaklah angkat barang2 yg dibeli....tapi itulah kenangan yang terpahat. aku sempat tumpang di berek dia di JB lama jugak...lebih kurang setahun. masa tu jiha dan herman masih kecil.aku masih ingat, setiap kali balik dari kerja aku belikan anak dia jajan dan kadang aku bawa mereka jalan2 dengan nenaiki motosikal. aku juga pernah kena demam campak kat berek tu...., pendeknya banyak cerita kat berek tu. terima kasih juga kat linda kerana jaga makan minum aku waktu tu.

Namun sekarang itu semua telah lebih 5 tahun berlalu. sekembali aku mengajar aku jarang ke jb, akhir sekali aku ke jb adalah semasa kenduri kahwin rumah rahim. aku singgah di berek tu. bila aku ke sana macam2 kenangan lalu yang aku fikirkan...suka, duka, sedih, gembira semua teringat kembali. sekarang herman dan jiha dah besar, mereka mungkin tidak mengingati adanya aku satu masa dahulu. sekarang juga NAZRI dah ada perniagaan kecil2an, hidup mereka sekeluarga dah semakin senang berbanding dulu rasanya. satu perkara aku masih ingat, dulu linda ada jual baju dan sebagainya melalui jualan katalog, lepas aku kenalkan perniagaan tu pada dia,aku tak pasti berapa lama dia meniaga lepas tu...tapi apa pun TAHNIAH kerana atas kecekalan mereka semua aku dapat lihat kejayaan dan kesenangan mereka. sekarang NAZRI dah naik pangkat....semoga rezeki mereka akan bertambah...

waktu kanak2 dan remaja aku bersama NAZRI agak kurang menarik. aku kurang bercakap dengan beliau. banyak masa aku tak habiskan bersama walaupun aku adik beradik. kami sering bercanggah pendapat....mungkin kerana dia rasakan bahawa dia abang, jadi dia malas nak layan aku sangat. rasanya masa kecil aku nak menang dalam banyak perkara.....bertahun2 aku tak bertegur sapa dengan dia walaupun aku duduk serumah. sekarang baru aku rasa betapa ruginya aku kerana keegoan aku.aku masih ingat lagi semasa dia nak tinggalkan kampong untuk ke training polis pun aku tak bersalaman dengannya malah aku tiada di rumah masa tu.....entahlah banyak betul kesilapan dan kesalahan aku dulu....apa pun pada kesempatan ini aku memohon maaf lah pada ko NAZRI. apa kan daya masa tak akan boleh diputar kembali.

apa pun hari ini aku bahagia dengan kehidupan aku dan adik beradik........semoga kebahagiaan ini akan kekal selama2nya....khas kepada NAZRI dan keluarga, semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki dan dilindungi allah.....

......sedih jugak bila ingat kisah lama...percaya atau tidak air mata aku mengalir sambil menulis tulisan ini.......

Thursday, July 24, 2008

KEHIDUPAN, IMPIAN DAN HARAPAN....KU

Alhamdulillah aku bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini. Aku dibesarkan di dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. mak abah aku dari golongan petani. aku tidak ingat sewaktu pembesaran aku. walaubagaimanapun pernah aku bertanya pada org tua tentang kesusahan mereka pada waktu dahulu. pada masa dulu abah bekerja sebagai penoreh getah. bukan menoreh di kebun sendiri sebaliknya menoreh di kebun kepunyaan orang di bawah naungan FELDA. rasanya 20 tahun dia menoreh di situ. menurut ceritanya semasa itu anak ramai, pendapatan pula bukan sekadar cukup makan tapi tidak cukup untuk menyara anak yang semakin membesar. gaji diambil sebulan sekali, sementara menunggu cukup bulan barang keperluan seperti beras dan sebagainya diambil di kedai koperasi secara hutang. cukup bulan ditolak gaji, diceritakan bahawa pada masa itu bila cukup bulan dan tolak hutang hanya berbaki RM5 hingga RM6 shj. pada masa itu abah menyatakan bahawa, nak minum teh di kedai pun kena berkira. Sehinggakan dalam satu bulan hanya 2 atau 3 kali shj minum teh di kedai. apa nak buat kerana nak membesarkan anak2. Dengan menunggang basikal digagahkan jugak menoreh walaupun jaraknya lingkungan 20 KM. seingat aku, pernah aku mengikutnya ke kebun. aku rasa jauh sangat kebun tu. walaupun demikian bila aku mengikut ke kebun aku akan dibelikan oleh abah roti canai dan minum air yang dibawa dari rumah. pada waktu petang abah akan ke kebun untuk menjalankan kerja2 membersihkan kebun sendiri yang ditoreh oleh mak. Dengan menggunakan cangkul abah akan membersihkan pokok keladi gatal yang banyak tumbuh meliar di kebun. begitulah rutin harian abah seingat aku.
mak juga menoreh seperti abah. walaubagaimanapun mak menjalankan kerja mengandam pengantin. kerja ini dilakukan bil kak tompok ada banyak tempahan. jauh mak mengandam, kadangkala sehingga malam baru balik. tapi aku kagum kerana mak cekal. Dengan berbasikal mak dengan sabar ke rumah yang diarahkan. kadangkala pagi mak menoreh dan petang pergi mengandam.....malam baru sampai rumah. kami adik beradik selalu tunggu mak balik sebab ada berkat dan telur pengantin. Berkat adalah istilah bagi makanan yang diberikan oleh tuan rumah. setelah menunaikan fardhu haji mak menghentikan kegiatan mengandamnya.
walau dalam kesusahan itu mak dan abah tidak mengabaikan pelajaran anak2. aku masih ingat mak akan tunggu akak aku azizah(nuk) utk study sampai pagi. abah pulak follow nuk g sekolah pagi2 sampai simpang kampung dan seterusnya naik bas. oleh kerana rumah kami jauh dan nuk bersekolah di muar maka jam 6.30 pagi dah keluar naik basikal ke simpang kampung lebih kurang 2 km jauhnya. abah lah orang yang setia menemankannya dalam kegelapan malam 2.
aku belajar tak berapa pandai pada masa itu. semasa sekolah rendah, darjah 1 aku dihantar oleh abah dengan basikal ke sekolah. setelah itu aku ke sekolah sendiri. aku ingat abah ada satu basikal tua yang dipanggil basikal jaguar, ada batang ditengah basikal tu. org kata basikal yang ada batang adalah basikal jantan. bila sekolah menengah aku bersekolah di sekolah menengah bukit gambir. aku ke sekolah naik basikal dengan kawan2. pagi aku menoreh getah, petang aku ke sekolah. keputusan spm aku tak lah berapa baik. aku hanya mendapat pangkat 2. oleh kerana pengaruh kawan2 masa remaja aku kurang menarik. seawal tingkatan 2 aku dah mula keluar malam. abah marah, tapi oleh kerana kedegilan dan keangkuhan aku aku tak peduli. maklumlah masa tu remaja, sentiasa shj memberontak. kerana kebodohan aku, maka aku tak begitu berjaya. selepas spm aku kerja kebun. selama lebih kurang setahun aku kerja kampung seperti meracun, petik kelapa sawit dan menoreh. maklumlah masa tu lepas spm rasa bebas bila dah tak sekolah...aku tak belajar ke mana2..mak abah pun dah tak boleh buat apa..akhirnya bila aku melihat kejayaan kawan2 aku rasa kecilnya diri ini. aku ambil keputusan untuk mengambil STPM di sekolah swasta iaitu sekolah pendita. 2 tahun aku di sana akhirnya aku berjaya mendapatkan sijil penuh STPM. keputusan aku tak lah baik sangat tapi cukup makan untuk aku masuk maktab perguruan.
Aku menghabiskan masa 2 tahun di maktab perguruan dan kemudian posting di JB. 5 tahun di JB aku balik mengajar di muar, SK Kesang Tasek. ........

.........akan bersambung.

Wednesday, July 23, 2008

SCHEDULE, KEBIASAAN DAN BUDAYA

pada hari semalam aku sempat menghadiri satu program jabatan. aku sama2 dengan penilai pertandingan pusat sumber cemerlang kebangsaan ke sk simpang empat, alor gajah, melaka. sesampainya di sekolah tersebut kami telah dihidangkan dengan persembahan gurindam dan macam2 lagi persembahan. penilaian dijalankan dari jam 10 pagi berlarutan sehingga jam 3 petang. jenuh jugak rasanya menunggu panel tapi ape boleh buat...dah kerja. seronok juga bila tiba part makan2. sedap masakan kampung dengan asam pedas dan tempoyak....dah la tu sempat jugak diaorang jamu durian..maklumlah musim durian sekarang. semasa di sana sempat jugak aku berbual2 dengan cikgu dan menanyakan itu dan ini. cikgu sekarang walaupun sekolah rendah semuanya dah graduate....apa pun tahniah. aku rasa rimas bila tanya cikgu2 skema shj jawapannya. kira macam nak jawab tu control je. tapi aku peduli ape...belasah je le. masalah bila hadiri majlis mcm ni adalah bila nak isap rokok. aku terpaksa g kat tandas guru bila nak merokok.... hehehe.
Dalam minggu ini juga aku dah selesaikan renew cukai jalan keta walaupun banyak masalah. keta aku telah disenarai hitam oleh jpj. bila aku dapatkan maklumat rupanya aku pernah kena saman di bustand muar pada disember lepas. terpaksalah aku bayar sama rm80.00 utk realese black list tu. apa nak kata...tapi x pe aku dapat rm650..enjoyyyyy. Tahniah juga kepada wife aku kerana telah selesai melangsaikan hutang keretanya walaupun berhadapan dengan kesukaran dengan bank yang banyak ragamnye. bank ni pun satu hal, sana polisi lain sini polisi lain. tahu la pinjam duit dia, tapi cubalah jangan menyusahkan orang...anyway sabarlah wahai isteriku...

minggu lepas balik kampong, harapan nak makan durian tercapai. dapatlah bawa balik dalam 10 biji. oleh kerana tiada siapa nak makan durian tu maka aku pun belah semuanya dan buat gula durian. jenuh juga mengodak durian yang dicampurkan dengan gula perang di dalam kuali. tapi hasilnya aku pun suka, dimakan dengan roti sangat sedap.

aku mempunyai hobi tengok rancangan yang bermaklumat terutamanya berita. makin aku tengok hari demi hari banyak benda yang tak kena dalam dunia ini. dalam negar, luar negara semuanya sama shj. kesimpulan yang aku dapat buat, orang yang pandai kelentong dan manipulasi sesuatu masalah orang lain akan jadi senang. tapi tak fikirkah mereka ini dosa dan pahala bagi yang islam tu. kalau kafir tu sementah lah mereka tu kafir memang nak menipu je...aku makin takut dengan dunia sekarang. entahlah....apakah kita perlu jadi org yang hanya bercakap tentang kesalahan orang lain untuk membetulkan diri kita walaupun kita ni tak betul???. masalahnya orang lain tahu yang kita bercakap tentang benda tak betul...tapi ada satu sindrom angguk.....hentahlah...harap tuhan dapat cekalkan hati terutamanya aku dan isteri serta keluarga dan orang2 yang hampir dengan aku.

....sekian lah ye...harap faham ape yg aku tulis..kalau x faham buat2 faham je dah le......kan kita ada budaya hangguk.....he3

Friday, July 18, 2008

HARAPAN YANG MENGUNUNG AGAR SELAMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera. gembira rasanya melalui minggu ini. kenapa aku berkata demikian.....sebelum minggu ini tiba wife aku kerap menyatakan bahawa beliau demam pada waktu malam. sehingga di penang pun badannya panas pada waktu malam. entah kenapa aku pun tak tahu. namun demikian apabila buat test untuk kehamilan tidak menunjukkan tanda2 hamil....namun pada hari selasa yang lalu apabila membuat pemeriksaan di columbia hospital, Dr. Intan mengesahkan bahawa my wife hamil...kegembiraan tidak terkata kerana akhirnya aku berpeluang untuk menimang cahayamata...insyallah. Semoga kandungan yang dikandung akan sentiasa baik, sihat dan kekal sehingga sembilan bulan.
Insyallah pada bulan Ogos nanti aku akan buat kenduri kesyukuran di bukit gambir sempena berita gembira ini...insyallah. perbincangan telah dibuat ngan mak dan abah tentang perkara ini. pada kesempatan ini juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada nazri yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini...jadi kami akan buat kenduri dua dalam satu.
kepada yang membaca blog ini sudikanlah balik pada bulan ogos ni ye.....


Friday, July 11, 2008

PENYELIAAN DAN SELAMAT TINGGAL



pada minggu ini aku sibuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan untuk kajian tindakan BTPN Melaka. Kajian tindakan ni kira macam kita buat tesis di universiti la. cumanya kajian tindakan ni lebih simple dan ringkas. contohnya macamana nak tingkatkan pengunjung di perpustakaan sekolah. maka buatlah aktiviti. dalam menjalankan aktiviti tu ambil rekod kehadiran sebelum dan selepas. kalau dad penambahan pengunjung tu maknanya program tu berjaya. benda2 ni didokumenkan dan itulah yang dikatakan kajian tindakan secara ringkas dan mudah lah.
minggu lepas aku beri kursus dan bengkel kat cikgu2. so minggu ni buat di teacher centre (PKG) tu yang aku kena selia tu. bukan ape sekadar nak pastikan cikgu2 ni datang dan buat apa yang patut. so masa ucapan akhir tu aku berucap lah...aku ucap lah hape2. aku juga terangkan kat cikgu2 macamana nak layari blog dan sebagainya lah. minggu depan ada satu lagi seliaan dan lepas tu selesai cuma jalankan kerja2 pemantauan je lah. alhamdulillah aku ada 3 org fasi yang sangat berwibawa. fasi ni di kalangan guru2 pakar. mereka lah yang memandu guru pengkaji ni. aku menjalankan kerja2 penyeliaan dan keurusetiaan je. so itulah antara keja aku kat sini
insallah dalam masa terdekat ni kalau tak ada masalah aku akan tinggalkan lah keja2 ni. mungkin aku akan ke sekolah...tak tahu post ape lagi. tadi bos ada jumpa aku. perjumpaan kali ini disertai oleh 3 orang pegawai lain. dia mintak aku cakap so aku pun cakap. antara lain apa yang aku cakap adalah TQ kat bos kerana memberi kepercayaan kat aku untuk menjalankan kerja2 di sini. aku ulang balik apa yang bos cakap kat aku 2 tahun lalu iaitu "kalau dalam kemarahan sorokkan, sembunyikan marah". bila aku cakap gitu bos pun terperanjat sebab aku masih ingat lagi ape yang dia cakap..sebenarnya itulah yang aku amalkan di sini selama ini...kalau nak ikutkan hot tempre memang lah kat sini keja ....menguji kesabaran..so akhir sebelum keluar bilik bos, dia katakan pada aku "secara jujurnya u are the best semasa di PKG waktu itu, and i rasa i buat pilihan yang tepat". aku terharu dengar ucapan bos tu.......tapi kembang jugak aku. aku melalui 2 bos dan secara jujurnya aku katakan bos aku ni lah yang profesional pada pandangan mata aku. dia tahu apa yang dia buat. walaupun pelaksana macam aku ni perit tapi aku bangga mempunyai bos seperti dia...dia adalah tn. hj. mohd nor bin abu, kpp btpn melaka.

Wednesday, July 9, 2008

TERIMA KASIH





terima kasih kepada wife kerana ikut sekali ke penang

terima kasih kepada mak dan abah kerana turut serta ke penang
terima kasih kepada azizah paijo kerana melayan kami dengan baik sekali

terima kasih kepada ina dan tika kerana ikut kami makan laksa
terima kasih kepada kakitangan pkg sungai limau khasnya dan btpn kedah amnya

dan terima kasih kepada semua...

Pada hujung minggu yang lepas aku ke pulau pinang. bertolak dari kampong jam 4 peteng dan sampai di seremban jam 5.00 petang. bertolak dari seremban jam 6.45 petang dan sampai di penang sekitar jam 12.30 pagi setelah 3 kali berhenti untuk minum di r&r.

Seronok ke penang dengan but kereta penuh dengan durian, nenas, pisang dan macam2 lagi. itulah adat orang tua bila berkunjung ke rumah anak2. sesampai di sana tuan rumah dah tido kerana menjangkakan aku akan sampai sekitar jam 3.

macam biasa bila tiba waktu pagi aku dan abah g ngeteh kat kedai mamak belakang rumah keesokkan harinya dengan noni pun ikut sekali. pagi 2 kami g mengeteh walaupun dekat dengan berkereta mini cooper. seronok jugak jugak perasan macam orang pandang je. dengan wang parking 30 sen kami enjoy minum teh.

petang kami jalan2 di sekitar pantai yang menghadap pulau jerjak. lama tak g penang rasanya seronok tengok orang ramai di situ. sempat lah bergambar dan ambil angin sikit. lepas tu makan laksa. dengan harga entah berapa ringgit aku pun tak tahu, laksanya emmm sangat sedap sehinggakan noni ajak makan lagi keesokannya. petang tu kami gasak kereta sara, kelisa.

hari ahad, abah g periksa mata. aku pun cadang mula2 tu nak jalan2 d penang je. bila dah bawak perdana V6 rasa tak best pulak dekat2. aku dan noni pun seberang jambatan terus menghala ke kedah. sampai di kedah tengok ada budak sekolah, barulah aku perasan bahawa ahad kedah x cuti. so telefon kawan btpn kedah..nak dijadikan cerita mereka berada di pkg sungai limau, ya. aku terus ke pkg tersebut. sesampai disana aku dismabut meriah oleh kawan2 yang sedang berkursus kajian tindakan. Azhari kenalkan aku pada pegawai2 di sana....kami sembang dan akhirnya mereka paksa aku makan tengahari...nak tak nak terpaksalah makan...kenyang, alhamdulillah...anyway TQ azhari dan rakan2 di sana...sesungguhnya sikap baik anda akan aku kenang sampai bila2.

Pagi kami nak balik 2 aku rasa sayu jugak. mak ngan abah terlihat jugak kesedihannya. apa pun kami terpaksa balik, dengan hati yang berat kami bersalaman dan terus meninggalkan penang dengan seribu cerita dan kenangan. 5 minit perjalanan mak teringat begnya tertinggal, patah balik ambil beg mak sempat suruh nuk keratkan pokok selasih, untuk d tanam katanya. selepas itu jam 6.45 aku terus tinggalkan penang. dalam perjalanan abah banyak diam dan mak aku lihat dari cermin termenung pandang pemandangan luar. Agaknya sedih atau mengenangkan kisah masa kami semua adik beradik kecil dulu....sayu aku melihatnya....yang pasti masa tetap berlalu dan kenangan itu tetap akan wujud dari hari ke hari dan semalam tak akan kembali. kami sampai di rumah bukit gambir jam 2.00 petang.....

balik cari durian dapat satu kereta sorong..kira tak habis makan lah...jam 6.00 petang balik melaka untuk kemas2 kan apa yang patut dan bertolak ke seremban jam 10.00 malam.

Apa pun terima kasih pada semua terutama mak ngan abah.....
aku bangga telah melaksanakan niat untuk bawa mak dan abah ke penang....insyallah bulan 12 akan singgah di penang untuk ke langkawi...

Tuesday, July 1, 2008

MELAYU,BUKU DAN AKU

Sekarang ni tiada cerita yang menarik. aku sekadar menjalani hidup seperti biasa. dengan kesibukan yang kian mencengkam sepanjang minggu ini aku rasa masa untuk update tidak menyebelahi aku. walau apapun sekarang ni aku masih memikirkan dan berminat untuk menulis tentang melayu. aku sekarang sedang mengumpul bahan yang berkaitan. Insyallah satu masa bila x sibuk dan selesai research aku akan tulis. Sekarang ni aku sedang baca buku yang agak menarik iaitu PENGURUSAN MATSUSHITA. apa yang boleh aku kata buku ini amat menarik untuk dikongsi ceritanya. Seorang manusia berbangsa jepun yang mempunyai perwatakan dan daya jaya yang jauh bezanya dengan orang melayu.....aku akan ulas apa yang akan aku baca...insyallah.

Thursday, June 26, 2008

AKU PERNAH GAGAL


Pada minggu ini banyak perkara menarik dan tidak menarik yang dilalui. daripada kenaikan harga minyak hinggalah ke cerita2 remeh seperti cerita rakan2 tentang awek mawek ni. Sekarang ni rata-rata minum di kedai kopi semua orang bercerita pasal harga minyak dan kenaikan harga barang. Tidak kurang juga yang bercerita tentang politik...dan inilah yang dikatakan politik kedai kopi. Mereka ini bercerita mengalahkan ahli politik, Semuanya dikatakan tidak betul....Walau apa pun aku mengambil sikap berdiam diri tanpa sebarang komen, tapi kadang2 menarik juga mendengar celotah mereka ini.


Kesimpulannya harga barang terus naik dan begitu juga petrol terus melambung dengan tingginya. Masih aku ingat lagi satu ketika dulu harga petrol dunia cuma USD58.00 setong, masa tu orang kata harga barang mahal juga. Relatifnya jika dibandingkan dahulu dengan sekarang ceritanya sama sahaja. Oleh itu kita buatlah kerja kita, kalau rasa kurang duit buatlah kerja yang menambahkan pendapatan. Tentang politik....semua politik sama sahaja...so ayuh kita maju dan tingkatkan pencapaian terhadap apa yang kita lakukan.


Aku sekarang ini sedang belajar membuat perabot. Alhamdullilah satu ketika aku tanamkan niat untuk belajar benda2 begini kerana sesuai dengan minat aku bertukang so rasanya tuhan tunjukkan jalan dengan aku apabila aku kenal dengan pembuat kabinet. Jadi sekarang ni aku adakan masa untuk belajar (biasanya waktu malam) dengan tukang kabinet ni dan kebetulan pula tukang kabinet yang aku kenal ni tak lokek ilmu. Semua yang aku tanya dia dengan ikhlas menjawab dan secara tak langsung mengajar aku. biasanya aku tengok dia kerja dan tolong dia pada waktu malam. Daripada aku melepak di kedai kopi lebih baik aku buat kerja2 begini. Insyallah aku nak belajar hingga pandai dan satu hari aku akan buat perusuhaan sendiri.....


Semalam aku terbaca di akhbar tentang meninggalnya seorang manusia bernama Eric Chia. Semua orang kata dia ni jahat, penyeleweng dan sebagainya. Tapi pernahkan orang tahu akan kesusahan yang pernah dilaluinya. bagaimana dia boleh menjadi berjaya, bagaimana dia jatuh setelah keluar dari sistem keluarga dari singapura dengan sehelai sepinggang berjalan kaki ke JB. Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kesusahannya bangun dan seterusnya berjaya menjadi manusia yang hebat. So bacalah biografi beliau kita akan dapat pengajaran dari sana. Kesalahan beliau tetap diingati dan tercatat tapi belajarlah sesuatu tentang perkara yang baik dari beliau. aku masih belum mampu bangun seperti beliau.....


Akhirnya usahalah untuk berjaya kerana bukan senang nak senang tapi senang nak susah. Aku sentiasa berusaha dan berdoa kehadrat ilahi untuk berjaya dengan cara aku sendiri.......AMIN.

Monday, June 23, 2008

DURIAN


PADA hujung minggu yang lalu, seperti biasa aku tak ke mana-mana. biasa lah bila tak ke mana2 tu macam2 rancangan yang dirnacang dan dijalankan. antara yang aku lakukan adalah makan durian. Entah macamana aku teringin beno nak makan durian. jalan punya jalan sampai lah aku ke cincin yang terletak di daerah jasin. kawasan cincin ini bersempadan dengan tangkak. aku beli tak banyak tapi buahnya memang sedap. harga sekilo RM3.50. aku beli 4 biji dalam RM25.00. bawa balik aku makan sampai panas badan aku....rasa nak demam pun ada.......jadi kepada sesiapa yang nak makan durian sempena musim durian ni datanglah ke cincin. mesti puashati....

Thursday, June 19, 2008

KERETA


TOYOTA COROLLA ALTIS 1.6.......
..................................Mampukah?

Wednesday, June 18, 2008

PETRONAS DAN MINYAK


Malam tadi aku dan isteri berkesempatan menonton rancangan BERSEMUKA BERSAMA MEDIA yang disiarkan di TV3 dengan ihsan RTM. sebenarnya hanya siaran TV3 sahaja yang ditonton di rumah isteri di seremban sebab chanel lain x dapat, jadi tak ada pilihan kena tengok. Walau apa pun rancangan talk show ni cukup bagus. Banyak manfaat dan makluma didapati. keadaan ini menjadikan aku lebih faham akan kedudukan PETRONAS.
Maklumat diperolehi secara first hand di mana tetamu selaku yang menjawab soalan adalah Tan Sri Hassan Merican, pengerusi petronas. Cara beliau menjawab soalan daripada wartawan adalah meyakinkan dan aku tertarik dengan ungkapan akhir beliau di mana pekerja petronas yang berada di lautan menghantar email pada beliau dengan kata2 "kami berada jauh di lautan meninggalkan anak isteri tapi kenapa bila harga minyak naik kami dipukul".
Petronas membina negara, petronas membina kekuatan sendiri, petronas membantu anak bangsa....di Malaysia petronas terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi lain seperti EXXON MOBIL dan sebagainya... apa yang dikatakan petronas hanya mengeluarkan 60-65% daripada keluaran minyak negara. Jadi walaupun harga minyak naik petronas telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. petronas adalah komuniti perdagangan jadi ianya terikat dengan akta tubuh syarikat dan etika perdagangan. Kalau semua duit petronas nak digunakan termasuk keuntungannya, apa lagi yang petronas ada. Wajarkah pembangkang di pulau pinang meminta petronas membuat jambatan kedua pulau pinang hanya kerana keuntungan petronas. Kenapa tidak minta tauke2 besar untuk berkongsi keuntungan bagi membinanya. Mahukah tauke2 besar yang mendapat manfaat daripada kemakmuran ekonomi rugi. Semua orang, semua syarikat dan semua individu mahu untung. Kalau rugi semuanya menyalahkan kerajaan. KAlau rugi semua mahu petronas tanggung....
banyak maklumat yang aku dapat daripada menonton bersemuka bersama media malam tadi. Walaupun aku akui kenaikan harga minyak adalah tinggi namun aku bersyukur menjadi rakyat malaysia. Aku bangga PETRONAS adalah syarikat malaysia yang berjaya dan menjana 300,000 orang anak malaysia bekerja di bawahnya...di dalam hal ini aku tidak berminat untuk mencampur aduk kan dengan cerita politik. selama ini aku mendengar tentang petronas itu dan ini tapi sekarang aku benar2 faham.
TAHNIAH Tan Sri Hassan Merican, Tahniah PETRONAS dan terima kasih kepada isteri aku kerana setia menemani aku menonton TV malam tadi......

Tuesday, June 17, 2008

ALAS PERUT


Inilah sarapan aku hampir setiap pagi. Aku jarang bersarapan di rumah kerana lebih selesa dengan kehidupan ringkas. Biasanya bersarapan di rumah pada hari minggu shj.

Monday, June 16, 2008

HASIL KERJA TANGAN



Inilah hasil terbaru kerja tangan aku. ianya mengambil masa 2 hari untuk disiapkan...means sehari 1 kubor dapat aku siapkan. ianya terletak di tanah perkuburan Bukit Baru , Melaka. bahan2 adalah dari marble. pada asasnya ianya hanyalah tapak dan akan diletakkan kepok dan batu nisan..barulah sempurna buatannya. Menurut pengusaha pembuatan kubor ini harga binaan lengkap ini mencecah RM2000.00.....macamana cantk?...ada berani?

SUBSIDI CUKAI JALAN



Subsidi minyak yang diberi oleh kerajaan memanglah baik.Aku setuju sangat...tapi sampai bila ianya akan diberikan demi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah macam bapak aku. Lantaran itu pada sabtu lepas aku dan isteri menemani bapa aku untuk mengambil wang tersebut.
dua kali aku ke pejabat pos, waktu pagi aku pergi dengan abah tapi oleh kerana ramai orang aku pun balik. petang abah ajak pergi lagi, aku pun pergi lah. Sesampai di pejabat pos orang dah lengang tapi malangnya abah tak bawa kad pengenalan. Kerani pos tu pun bangang sikit....semua dokumen dibawa termasuk geran dan insuran tapi dia nakkkk jugak kad pengenalan. tiada pilihan aku pun balik untuk ambil kad pengenalan abah. Akhirnya aku dan isteri serta abah gembira sebab abah dapat keluarkan duit RM150.00 untuk motosikalnya. rnetetan daripada itu abah pun ajak kami mengeteh kat warong...setelah selesai minum rupanya abah nak belanja...maka dia pun bayar dan dia bagi aku RM10.00, belen ambik katanya....
aku rasa kerajaan harus meneruskan bayaran subsidi secara direct kerana orang kampong dan berpendapatan rendah macam abah gembira dengan keadaan itu....walaupun pada dasarnya harga minyak tetap mahal, tapi sekurang2nya terhibur hati orang kampung....
Apa pun harga minyak tetap mahalllllllllll......
aku nak tukar LNG GAS pada Julai nanti......
TQ kepada isteri aku kerana setia menemani aku sepanjang berada di kg hujung minggu lepas.....
BRAVO......

Tuesday, June 10, 2008

KOMEN



HELLO...

kepada sesiapa yang membaca blig ini silalah ringan2kan tangan untuk beri komen. komen membina boleh, komen kondem pun boleh...tadak hal punya..bertujuan untuk memperbaiki lagi blog ini.

sama2lah kita jadikan blog ini sebagai medan berdusksi terhadap apa sahaja topik perbincangan selaras dengan pengujudan blog....

Monday, June 9, 2008

RM2


semalam 8 Jun 2008, aku dan isteri ke merlimau. perancangan awalnya adalah untuk minum2. tapi oleh kerana tiada kedai yang sesuai maka aku pun pero ke kedai RM2 di pekan MERLIMAU. banyak kedai seperti itu di sana.aku dan isteri pun masuk lah ke salah sebuah kedai.dapat apa yang dicari dan antara yang dibeli adalah 4 atau 5 barang.

alangkah terkejutnya aku bila dapati barang yang sama yang dijual di suparmarket dengan harga RM7 atau RM8 dijual dengan harga RM2...tepuk dahi aku...bayangkan selama ini kita membayar harga lebih untuk barang yang hanya boleh didapati dengan harga RM2....

aku tulis ni bukan nak promosikan kedai 2 tapi hanya ingin memberitahu sesiapa yang membaca ini akan pilihan yang kita ada. dengan harga minyak dan barang yang dah melompat2 naiknya marilah kita sama2 fikirkan......kena jimat cermat beb. ini satu lagi istilah "jimat cermat" yang aku pelajari daripada isteri aku.....

so kalau nak beli barang2 pergilah ke pekan MERLIMAU.... disana banyak pilihan....... selamat berbelanja dan belanjalah banyak2....

Friday, June 6, 2008

When we design our cars.....

Cubalah bayangkan......apakah akan berlaku....bila?

AKU


Aku hanyalah orang biasa...........

HIDANGAN TRADISIONAL


Inilah hidangan tradisional yang dihidangkan semasa kenduri. ianya dihidangkan semasa kenduri pertunangan kak ya. pertunangan berjalan lancar namun ada sedikit kontrovesi...anyway semuanya telah selesai dengan baik dan muafakat..
aku sangat suka hidangan ini...hari tu aku makan banyak dan errrrkkkkk...

basikal







Basikal.....


inilah basikal yang digunakan sebagai alat pengangkutan utama oleh mak aku.dari aku lahir sampai hari ini inilah yang digunakannya..cuma bila dah tak boleh pakai akan diganti dengan basikal baru...itupun dia pakai second hand dari anak2nya punye...rasanya dah 5 ke 6 basikal digunakan semenjak aku kecil...dalam pada itu pernah juga terjadi basikalnya hilang dicuri pencuri. bila dia cerita kat aku basikalnya hilang, sambil melopong aku kata dalam hati aku "kesian basikal".

walaupun harga minyak naik namun mak aku tak pernah merungut sebab dia tak gunakan petrol untuk mengerakkan kenderaannya. cuma dia nasihat pada aku pakai keta jangan tak tentu hala...walaupun dia tak tahu bebanan kenaikan harga minyak....itulah kelebihan orang tua yang tak jemu2 menasihati org muda macam aku....


semoga basikal ini akan setia menemani mak aku..,,HIDUP BASIKAL......

USOP


budak....
Cuba perhatikan ape yang menarik pada budak ini. kalau diperhati sekali pandang memang dia sama dengan budak2 lain. tapi aku amat tertarik dgn dia. Y?
sedikit mengenai budak ni. budak ni aku x pasti nama dia sape tapi relate dgn aku la. bapanya bernama yusuf dan maknya kak ami. oleh kerana aku tak pasti namanya maka aku panggil dia "usop" je....
usop ni menurut maknya bercita2 naj jadi askar. tu yang aku kagum tu.kecik2 dah ada cita2 nak jadi askar berbeza ngan budak2 sekarang nak jadi doktor lah, peguam lah dan ntah ape2 lagi...usop x dia nak jadi askar macam bapak dia....good.
Ari tu aku g majlis pertunangan rumah atok dia...aku tergelak besar bila dia pakai kasut pua chu kang. bila dia pakai tu, nak jalan pun susah tapi dia berminat pakai kasut tu.ntah ape yang menarik kat kasut tu aku pun tak tahu......
itulah sedikit cerita usop.....hidup usop..teruskan cita2 tu.......USOP....

Thursday, June 5, 2008

KENDURI KAHWIN


pADA AHAD 1 mEI yang kepas aku dan isteri serta ke JB menghadiri satu majlis kenduri kahwin di bandar baru uda, jb. Majlis perkahwinan anak pertama saudaraku rahim sumari agak sederhana tapi meriah.

walaupun begitu aku agak keletihan kerana hari tersebut agak panas....singgah di ayer hitam ke rumah makcik salsah di felda ayer hitam. datang kerumak makcik salsah kerana menziarah beliau sempena anaknya yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Yang tragisnya kematian anak beliau adalah berlaku di hadapan rumah. difahamkan yang melanggar adalah orang indon yang hendak pergi menoreh. motosikal indon tu dipandu agak laju selain keadaan jalan yang menuruni bukit.....dalam keadaan parah anaknya dibawa ke hospital oleh saudara terdekat. Walaubagaimanapun oleh kerana keadaan yang agak parah di kepala akhirnya meninggal setelah tiga hari di hospital. Takziah diucapkan kepada makcik salsah...semoga roh anaknya dicucuri rahmat..

aku meneruskan perjalanan dari felda ayer hitam ke bukit gambir untuk menghantar emak dan abah. sampai di kampung jam 6 ptg.

pukul 7 ptg aku bertolak balik ke Melaka dan sampai di Syer Molek jam 8 malam....oleh kerana penat sangat maka tidurlah awal....Noni balik jam 6.45 pagi isnin. Terima kasih kepada isteriku Noraini yacob kerana setia menemani aku sepanjang perjalanan pada 1 jun 2006.....

Tuesday, May 27, 2008

......perjalanan pun bermula

kepada sesiapa yang tidak dapat menyaksikan akad nikh dijalankan pada hari tersebut...beginilah keadaannya(rakaman eksklusif). gemuruh rasanya tapi apa boleh keadaan ini perlu dilalui oleh semua pasangan. sebenarnya malu pun ada, tapi di dalam banyak keadaan mmalu mengatasi segalanya. itu la pasal bini aku selalu kata aku ni malu tak bertempat...ape boleh buat, walau apa pun itulah aku...

Thursday, May 22, 2008

SALASILAH KELUARGA


Inilah permulaan sealanya dalam hidup aku. Salasilah keluarga.... walaupun dibesarkan dalam kalangan keluarga yang tidak senang tapi aku tetap berbangga dengan diriku dan keluarga. Bapa dan emak aku seorang petani dan paling tepat lagi penoreh getah... tapi aku sangat hormat dengan mereka kerana dengan pendapat yang tidak seberapa mereka dapat membesarkan aku dan adik beradik dengan baik.....terima kasih ABAH....Terima kasih MAK.......dan terima kasih pada ADIK BERADIK aku.........Aku bangga menjadi anak kepada Hj. Paijo dan Hjh. Salamah.....

lokasi penghujng benua asia


tg. piai, pontian, johor

Manfaatkan BLOG


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rata-rata orang bercerita tentang blog ssekarang ni. ramai orang mengaitkan blog dengan politik. namun demikian aku kurang berminat tentang itu. aku lebih berminat untuk mengetengahkan bidang yang aku tahu. mungkin orang bertanya apakah kaitan gambar yang aku tunjukkan dengan apa yang aku tuliskan. jika itulah persoalan yang ditimbulkan, maka aku rasa itu persoalan yang baik....jika telah bersedia biarlah aku ceritakan apa yang ingin disampaikan
saya telah beberapa thun menjalankan kerja membuat binaan di tanah perkuburan islam. alhamdulillah walaupun panas dek terik mentari tapi saya rasa puas bila dapat menyiapkannya. disamping dapat sedikit ganjaran saya juga mendapat pahala daripadanya. apabila membuat "kepok" ni saya juga berasa insaf akan kebesaran ilahi kerana setiap manusia akan ke sini jua akhirnya. Macam2 perasaan timbul bila menyiapkan kerja menyiapkan "kepok"...seram, takut dan berdebar2 semuanya ada. Tapi alhamdulillah tuhan memberikan sedikit kekuatan dan ketabahan kepada saya. Alhamdulillah juga semua yang saya bina berjaya disiapkan dengan sempurna. Insallah saya akan teruskan kerja ini jika ada kekuatan diberikan oleh Allah swt.
kepada yang ingin membuat "kepok" kubor, batu nisan dan sebagainya bolehlah menghubungi melalui blog saya ini...insallah saya akan memenuhkan hajat seperti yang dihajati.

Wednesday, May 21, 2008

istimewa....


cuba perhatikan apakah istemewanya tempat dan gambar ini.....hakikatnya ada yang menarik pada gambar ini....

salam perkenalan

Blog ini merupakan blog yang baru dibina. oleh yang demikian jika ada sebarang kesilapan harap maaf.

harap maklum.......