Friday, July 31, 2009

MELAWAT NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG


Minggu lepas 23.7.2009 aku berkesempatan melawat kelantan bersama rakan2 dari jabatan pelajaran melaka. perjalanan yang memenatkan ini walaubagaimanapun disusuli dengan seronok bilak melihat kawan2 berbelanja sakan. mana tidaknya ada yang beli periuk, kuali dan sebagainya. kiranya dulu dan sekarang tiada bezanya.

rombongan adalah atas tiket penanda arasan sukan jabatan pelajaran melaka. seramai 70 orang terlibat dari kalangan guru, pegawai dan juga staf sokongan.

nak tahu oleh kerana perjalanan bermula pada hari jumaat maka ramailah yang tak sembahyang jumaat....nak katakan semua lah. sesampai di kelantan kami mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak, badminton, bolajaring dan bowling. aku menyertai permainan bowling menentang jpn kelantan dan kami memenangi perlawanan itu.

walaupun perjalanan balik amat memenatkan namun kami selamat sampai ke negeri hang tuah semula pada jam 2.30 pagi isnin....dan oleh kerana kepenatan maka pada isnin tu aku cuti.....