Monday, September 8, 2008

HARI PERTAMA MELAPOR DIRI

seperti yang dinyatakan sebelum ini di mana aku akan kembali mengajar ke sekolah. maka hari ini terlaksanalah perkara tersebut. pada hari ini isnin, 8 september 2008, aku telah melaporkan diri di SMK bukit baru sebagai guru akedemik DG41 kategori pengurusan dan profesional.

aku sampai ke sekolah agak lewat, kira2 jam 9 pagi. telahan aku bahawa hari ini ada perhimpunan dan aku tak mahu bertembung dengan perhimpunan bila sampai di sekolah. sampai di sekolah orang yang pertama aku jumpa adalah JAGA. walaupun aku tahu di mana letaknya pejabat tapi atas dasar hormat organisasi aku tanya di mana pejabat. dengan sopan dia menunjukkan arah pejabat dengan ibujari yang terletak di atas jari jemari.

sesampai di pejabat, aku berdiri sebentar dengan memandang sekeliling. aku perhatikan semua kerani dan budak pejabat yang ada memandang sesama sendiri.....mungkin tertanya2 siapa mamat ni. dengan tergesa2 seorang kerana datang mendapatkan aku. "ada masalah encik". sambil memandangnya aku berkata, "tiada masalah, cuma saya nak mendaftar sebagai guru di sini. jadi dengan siapa saya harus berjumpa?". dengan menarik nafas legia dia berkata, "tunggu sebentar ye encik". agaknya mula2 dia ingat aku ni somebody kot.....aku tergelak dalam hati bunyinya begini..hahahahaha.

akhirnya aku ditemukan dengan GPK 1 sekolah tersebut. maka bermula lah perbualan aku dan banyak perkara yang kami bincangkan. akhirnya aku minta tangguh untuk mula mangajar pada minggu hadapan iaitu 15 Sept 08. mengikut perbincangan awal aku akan ditempatkan mengajar untuk tingkatan 1 dan 2 untuk subjek BM dan moral serta ada lah subjek teknologi. kemudian aku dikenalkan dengan ketua kerani untuk keperluan perjawatan....alhamdulillah Azman nama kerani tu amat membantu tentang keperluan yang harus ada. satu soalan dari azman yang menarik minat aku, "hisap rokok tak?". Dengan selamba aku jawab, "tentulah hisap. "bagus, bertambah ahli kelab" katanya.

selasai urusan, aku meninggalkan sekolah pada jam 11 pagi terus balik rumah dan berehat. ptg aku kembali bertugas di BTPN Melaka sehinggalah minggu depan......

perasaan pada masa ini bercampur baur...gembira, gementar dan sebagainya sebab aku dah lama tinggalkan sekolah.

3 comments:

Anonymous said...

mesti u gemuruh yelah masuk sek balik..i suka sebab u ada cuti panjang nanti...masuk kadet polis lae...

Anonymous said...

Dah naik pangkat upanya.... ok la tu... tapi kali ni mengajar budak2 beso mesti la different kot... anyway selamat mengajar... taun depan boleh la wish 'selamat hari guru' dah lama x wish kat ko.....

Anonymous said...

Tahniah dan selamat menjalankan tugas sebagai seorang pandidik yang di hormati dan di segani.Insyaallah