Thursday, May 14, 2009

PULANG KE MELAKA


ESOK 14 mei 09 maka tamatlah mesyuarat di kedah ini. esok akan bertolak balik ke melaka jam 3 petang dengan penerbangan malaysia airline. insyallah sampai di KLIA jam 4.30 petang dan jangkaan sampai melaka pada jam 6 petang.

terus balik ke melaka kerana perjalanan adalah melalui jabatan dan dengan kenderaan jabatan dari KLIA. sepanjang berkursus di sini agak menarik jugak. dapat kawan baru...tapi sebenarnya yang datang adalah muka2 yg biasa aku lihat. dalam mesyuarat kali ini pelbagai keputusan yang dicapai tapi yang pasti kerja aku semakin bertambah.

semasa di kedah ni sempat melawat ke sebuah sekolah dengan ahli mesyuarat. biasalah bila ke sekolah, sambutannya memang di luar jangkaan. padahal kitaorang hanya melawat nak penuhkan aktiviti shj. kami melawat ke SMK Bandar sungai petani. biasalah bila tiba disambut oleh pengetua dan barisan guru2 sekolah.....anyway thanks to all of school staff kerana memberi kami layanan kelas satu walaupun dalam kesuntukan masa. insyallah kami terhutang budi dengan pentadbiran sekolah...jamuan yang disediakan sedap sangat sebab semua sedang lapar.

walaupun aku belum sampai ke pejabat, tapi pegawai aku dah call menyatakan pada isnin aku akan ke KL untuk mesyuarat postmotem NILAM mulai jam 2.00 petang. apa boleh buat..agenda negara. pada minggu depan juga agenda aku penuh dengan mesyuarat.....minggu depan agak sibuk.

so rasanya esok balik aku nak rehat betol2. balik tido cukup2 dan jumaat keja dalam keadaan yang segar...petang jumaat wife akan balik ke melaka....semoga berhati2 semasa memandu.....ingat yangtersayang....kalau letih rehat dulu yek.

1 comment:

Noni said...

Sekolah tu nampak besar dan kemas aje.
Penuhnya aktiviti u dari minggu ni sampai minggu depan. Tapi jgn stress dgn tekanan keje, take it slow and steady. Kalau ke KL, hati-hati.
Insyaallah i drive hati-hati laepun i amik half day walau bos blum sign lae. Malas nak tunggu kul 6pm sebab lama sgt.