Saturday, March 28, 2009

MENJALANKAN TUGAS NEGARA


bekerja di btpn melaka ni memang memenatkan. banyak kerja yang kalau tak disiapkan segera akan bertimbunlah kerja yang mendatang. apapun inilah kakitangan BTPN dan PKG tempat aku bekerja. sebenarnya aku bertugas di sekolah tapi dipinjamkan secara pentadbiran di btpn melaka. so sekarang ni kita gaji orang lain bayar tapi kerja kat tempat lain. aku sepatutnya mengajar di smk bukit baru...... insyallah tahun hadapan aku akan kembali ke sekolah demi untuk menyambung pelajaran dan membuka sedikit ruang untuk keluarga........aku....duduk hadapan tiga dari kiri

Tuesday, March 17, 2009

RUMAH DICELAH RIMBUNAN POKOK


inilah rumah yang tersergam indah di celah rimbunan pohon getah. di tempat inilah aku dilahirkan dan dibesarkan. kenangan suka duka terpahat di rumah ini. aku melihat segalanya di sini....

REPLANTING DAN KENANGAN



selamat kembali.....

aku merupakan anak seorang petani dan istilah yang lebih tepat lagi, anak seorang penoreh getah. pokok getah di belakang aku itulah yang telah membesarkan aku dan 5 beradik yang lain. dengan pokok getah itulah menjadikan aku seorang manusi yang berkerjaya sekarang. bila melihat pokok itu, terkenang aku semasa zaman sekolah aku dulu...di belakang rumah ini lah aku menghabiskan masa pagi jika tidak bersekolah. dengan upah rm1 aku menoreh untuk bekal ke sekolah. dulu aku bersekolah pada waktu petang, masa tu tingkatan 1 dan 2, sebelum ke sekolah aku akan menoreh setiap pagi.

sekarang pokok getah ini dah ditebang....yang tinggal hanya kenangan. ia akan digantikan dengan tanaman kelapa sawit. proses penebangan telah selesai dan kini dalam proses membakar ranting2 yang tinggal. abah telah tidak mampu melakukannya seorang....aku dan nazri kuatkan kudrat membantu...insyallah proses membakar siaplah dalam masa 2 minggu. selepas itu aku bercadang untuk memanam pisang dan tanaman kontan lain....