Tuesday, March 17, 2009

REPLANTING DAN KENANGAN



selamat kembali.....

aku merupakan anak seorang petani dan istilah yang lebih tepat lagi, anak seorang penoreh getah. pokok getah di belakang aku itulah yang telah membesarkan aku dan 5 beradik yang lain. dengan pokok getah itulah menjadikan aku seorang manusi yang berkerjaya sekarang. bila melihat pokok itu, terkenang aku semasa zaman sekolah aku dulu...di belakang rumah ini lah aku menghabiskan masa pagi jika tidak bersekolah. dengan upah rm1 aku menoreh untuk bekal ke sekolah. dulu aku bersekolah pada waktu petang, masa tu tingkatan 1 dan 2, sebelum ke sekolah aku akan menoreh setiap pagi.

sekarang pokok getah ini dah ditebang....yang tinggal hanya kenangan. ia akan digantikan dengan tanaman kelapa sawit. proses penebangan telah selesai dan kini dalam proses membakar ranting2 yang tinggal. abah telah tidak mampu melakukannya seorang....aku dan nazri kuatkan kudrat membantu...insyallah proses membakar siaplah dalam masa 2 minggu. selepas itu aku bercadang untuk memanam pisang dan tanaman kontan lain....

2 comments:

Anonymous said...

bila bakar tu terbangla suma abu sampai dalam umah mak..
Tapi yang seronoknya abah ngan mak sebab nampak lapang sikit belakang umah dan kemas.

Anonymous said...

bila bakar kayu dah jadi macam bangla....hitam legam tengah panas