Friday, July 31, 2009

MELAWAT NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG


Minggu lepas 23.7.2009 aku berkesempatan melawat kelantan bersama rakan2 dari jabatan pelajaran melaka. perjalanan yang memenatkan ini walaubagaimanapun disusuli dengan seronok bilak melihat kawan2 berbelanja sakan. mana tidaknya ada yang beli periuk, kuali dan sebagainya. kiranya dulu dan sekarang tiada bezanya.

rombongan adalah atas tiket penanda arasan sukan jabatan pelajaran melaka. seramai 70 orang terlibat dari kalangan guru, pegawai dan juga staf sokongan.

nak tahu oleh kerana perjalanan bermula pada hari jumaat maka ramailah yang tak sembahyang jumaat....nak katakan semua lah. sesampai di kelantan kami mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak, badminton, bolajaring dan bowling. aku menyertai permainan bowling menentang jpn kelantan dan kami memenangi perlawanan itu.

walaupun perjalanan balik amat memenatkan namun kami selamat sampai ke negeri hang tuah semula pada jam 2.30 pagi isnin....dan oleh kerana kepenatan maka pada isnin tu aku cuti.....

Tuesday, June 9, 2009

HUJUNG MINGGU

selamat.....

alhamdulillah sekarang aku ada sedikit masa untuk update blog ni..
hujung minggu lepas masa agak padat. banyak perkara yang kena diselesaikan. antara yang menarik adalah pergi jemputan. 2 jemputan yang aku hadiri. pertana ke rumah cikgu rosdi...menarik dimana anaknya telah diijabkabulkan dengan anak kepada ustaz ashari yang dulunya ketua pertubuhan al-arqam. difahamkan bahawa ia adalah isteri kedua. anak dia ni dulu masa aku kenal masih berhingus lagi..tapi sekarang dah besar panjang...itulah kehidupan yang lama diganti yang baru...orang yang dulunya muda kini semakin berusia dan digantikan pula dengan budak remaja....adat putaran hidup.

jemputan kedua ke rumah abang jais di simpang 5. majlis dilangsungkan pada sabtu 7 jun 09. ramai jugak yang aku jumpa seperti
-denan
-abg hussin
-khiril kawan lama aku rupanya menantu abg jais
dan ramai lagi.

yang menariknya nazri sempat mendendangkan sebuah lagu jamal pada majlis tu. aku memang tabik kat nazri sebab dapat membawakan lagu jamal dengan baik.sebagaimana yang diketahu lagu jamal memang bernada tinggi.

lepas balik dari kenduri kawin kami semua ke sungai rambai, rumah lek alus. sambil menziarahi dia yang sakit sempat juga aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada atin yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. difahamkan dia bertemu jodoh dengan teman lelaki lamanya....itulah kuasa jodoh.

kol 4 petang aku balik melaka....alhamdulillah perjalanan pada hujung minggu tidak membosankan tambahan pula ditemani isteri tercinta...noni.

Thursday, May 14, 2009

PULANG KE MELAKA


ESOK 14 mei 09 maka tamatlah mesyuarat di kedah ini. esok akan bertolak balik ke melaka jam 3 petang dengan penerbangan malaysia airline. insyallah sampai di KLIA jam 4.30 petang dan jangkaan sampai melaka pada jam 6 petang.

terus balik ke melaka kerana perjalanan adalah melalui jabatan dan dengan kenderaan jabatan dari KLIA. sepanjang berkursus di sini agak menarik jugak. dapat kawan baru...tapi sebenarnya yang datang adalah muka2 yg biasa aku lihat. dalam mesyuarat kali ini pelbagai keputusan yang dicapai tapi yang pasti kerja aku semakin bertambah.

semasa di kedah ni sempat melawat ke sebuah sekolah dengan ahli mesyuarat. biasalah bila ke sekolah, sambutannya memang di luar jangkaan. padahal kitaorang hanya melawat nak penuhkan aktiviti shj. kami melawat ke SMK Bandar sungai petani. biasalah bila tiba disambut oleh pengetua dan barisan guru2 sekolah.....anyway thanks to all of school staff kerana memberi kami layanan kelas satu walaupun dalam kesuntukan masa. insyallah kami terhutang budi dengan pentadbiran sekolah...jamuan yang disediakan sedap sangat sebab semua sedang lapar.

walaupun aku belum sampai ke pejabat, tapi pegawai aku dah call menyatakan pada isnin aku akan ke KL untuk mesyuarat postmotem NILAM mulai jam 2.00 petang. apa boleh buat..agenda negara. pada minggu depan juga agenda aku penuh dengan mesyuarat.....minggu depan agak sibuk.

so rasanya esok balik aku nak rehat betol2. balik tido cukup2 dan jumaat keja dalam keadaan yang segar...petang jumaat wife akan balik ke melaka....semoga berhati2 semasa memandu.....ingat yangtersayang....kalau letih rehat dulu yek.

Monday, May 11, 2009

MENJALANKAN AGENDA NEGARA


hari ini aku memulakan tugas awal minggu dengan menghadiri mesyuarat di kedah. mesyuarat penyelarasan BTP-BTPN-PTPB-PKG yang bermula dari 11-14 Mei 2009. mesyuarat ini pada dasarnya dihadiri oleh kakitangan btp dari seluruh negara. sampai awal jadi x de apa nak buat maka tertulislah catatan perjalanan ini. alhamdulillah ada talian tenet pulak...cantiklah.

antara lain mesyuarat ini akan membincangkan tentang penyelarasan kepada beberapa program seperti NILAM, PSS dan sebagainya yang berkaitan dengan unit PSP. sure balik mesyuarat ni mesti banyak keja punya....tapi apa boleh buat dah keja.....

Saturday, March 28, 2009

MENJALANKAN TUGAS NEGARA


bekerja di btpn melaka ni memang memenatkan. banyak kerja yang kalau tak disiapkan segera akan bertimbunlah kerja yang mendatang. apapun inilah kakitangan BTPN dan PKG tempat aku bekerja. sebenarnya aku bertugas di sekolah tapi dipinjamkan secara pentadbiran di btpn melaka. so sekarang ni kita gaji orang lain bayar tapi kerja kat tempat lain. aku sepatutnya mengajar di smk bukit baru...... insyallah tahun hadapan aku akan kembali ke sekolah demi untuk menyambung pelajaran dan membuka sedikit ruang untuk keluarga........aku....duduk hadapan tiga dari kiri