Saturday, January 10, 2009

DATANG DAN PERGI....

Alhamdulillah kit telah selamat mengakhiri tahun 2008...kini menjelma 2009. Berbagai peristiwa pastinya telah berlaku..suka, duka dan tidak kurang yang kecewa. 2007 hidup aku penuh dengan kedukaan, namun 2008 ceria kembali dengan kehadiran isteri tercinta...alhamdulillah. semoga apa yang dilalui tidak akan berulang kembali.

pastinya banyak pencapaian telah diperolehi. samada ianya secara sengaja atau tidak. apa pun semuanya adalah kehendak ilahi.2008 aku dinaikkan pangkat sebanyak 2 kali. pertama pada januari dan seterusnya julai. aku bersyukur dengan ketentuan ini..mungkin berkat doa orang-orang yang hampir dengan aku.

alhamdulillah aku gembira dengan keluarga sekarang.pertama kali dalam sejarah kami sekeluarga dapat berkumpul bersama dalam satu percutian ke Langkawi. banyak kenangan yang amat manis untuk dikenang. dengan percutian tersebut juga maka banyak masalah telah selesai....masalah tanah dan sebagainya, pendeknya muafakat membawa berkat dan yang paling menarik adalah tabung keluarga telah wujud.semoga dengan komitmen ini akan menjadikan ianya lebih bermakna dan bermanfaat.....amin.

2008 memberikan aku sesuatu yang tidak dijangka. pertama kali juga dalam hidup aku menggunakan kereta baru.walaupun impian yang lama terpendam namun ianya dimakbulkan tuhan pada tahun 2008....alhamdulillah......

selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009/1430. harapan semoga impian yang dirancang akan terlaksana...antara impian yang utama adalah
1. membeli sekeping tanah
2.berusaha mendapatkan anak
3.memperbaiki kualiti hidup
4.meningkatkan simpanan tunai.

semoga 2009 akan lebih bermakna bagi diriku

1 comment:

Anonymous said...

ALHAMDULILAH....dan insyallah semua yang di hajatkan menjadi realiti... amin..