Monday, January 26, 2009

GONG XI FAT CHOY

SALAM...

sempena tahun baru cina ni aku nak ucapkan selamat menyambutnya kepada semua kawan2 yang beragama budha yang menyambutnya. aku hanya ada seorang kawan cina iaitu robert tee. ini pun cina yang dah murtad....apa tidaknya cakap cina pun dia tak tahu. hari rabu 28.1.2008 dia ada jemput aku ke rumah terbukanya.....aku akan hadir...

ada cerita kelakar yang aku nak kongsi.....ceritanya begini, dah lama aku tak naik bas...so hari tu aku pun naik la bas untuk ke muar. berjalan kaki dari rumah tunggu bas, setengah jam kemudian dapatlah naik bas. aku tak terus ke melaka sebaliknya turun di kandang sebab biasanya ada bas dari pekan kandang ke muar. setelah tunggu bas di kandang selama satu jam maka lalu lah bas menghala ke muar.tanya punya tanya driver rupanay bas tersebut hanya berhenti di merlimau....turun di merlimau rupanya tiada bas menghala ke muar. so tanya teksi, pun tak ada ke muar semuanya ke melaka. setelah tunggu sehingga jam 7 terpaksalah aku call isteri untuk ambil aku kat merlimau....isteri yang ada di muar masa tu terpaksalah turun merlimau untuk balik semula ke melaka....dah le dia sesat terpaksalah aku mengeteh dulu sementara tunggu dia sampai. terfikir aku susah juga naik bas sekarang ni.kena pulak tak tahu jadual perjalanan bas......bila aku fikirkan balik semula gelak besar aku....tapi itulah pengalaman....menarik juga pengalaman ini.

apa pun selamat menyambut tahun baru cina dan berhati-hatilah sebab gerhana dah muncul.lazimnya bila gerhana bencanalah yang bakal menyusul....harap tak berlaku apa2 di malaysia yang tercinta ini.....

1 comment:

Anonymous said...

Kelakarla kisah u naik bas. i plak tersesat sebab dah malam...memang bleh buat ketawa...