Sunday, October 16, 2011

AIDILFITRI 2011

Aidilfitri merupakan hari yang ditunggu oleh semua umat manusia yang beragama ISLAM. Tidak terkecuali aku dan keluarga. Namun demikian kanak2lah yang paling merasai kegembiraan hari lebaran, tidak terkecuali anak aku NUR HANIZ BT. MOHAMAD HAFIZ. Walaupun belum erti sebenar hari lebaran namun daripada tingkahlakunya sudah menunjukkan kegembiraan itu

Tahun 2011 merupakan lebaran yang lebih bermakna bagi kami berdua. Sesungguhnya kami(aku dan isteri) merasa nikmat ini agak lewat namun ianya tetap memberikan makna yang mendalam buat kami berdua. Tahun 2011 ini juga menyaksikan gelagat dan telatah Haniz yang semakin ceria. Berlari ke sana, sini merupakan aktiviti yang paling digemarinya. Walaupun penat melayan namun kami cukup gembira, bahagia, teruja dan sebagainya.

Sesungguhnya inilah pemberian yang tidak ternilai buat kami, dengan usia menjangkau 1 tahun 7 bulan kami rasakan Haniz telah dapat mengetahu serba sedikit apa itu HARI RAYA AIDILFITRI.

Terima kasih kepada Hjh. Salamah Markam (mak/atok Haniz) dan Hj. Paijo b. Hj. Dahlan yang bersusah payah menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan pada lebaran 2011. Terima kasih juga kepada Hjh. Noriah Paijo yang telah menyediakan tempat bergambar kami sekeluarga. Terima kasih kepada Hjh. Hamidah Paijo, Azizah Paijo, Nazri Paijo, Haryani Paijo dan semua anak saudara/sepupu Haniz yang telah memberi duit raya.....

Terima kasih juga pada keluarga mertua serta keluarga....

Insyallah kita akan berjumpa pada Aidilfitri 2012.

Thursday, January 20, 2011

SAKLABAH DAN PENGOPERASIANNYA

pejam celik, pejam celik telah setahun SAKLABAH beroperasi. apa yang menariknya, kelahiran saklabah adalah seiring dengan kelahiran anak pertama kami iaitu NUR HANIZ. inspirasi pengisian SAKLABAH adalah daripada kelahiran Haniz. segala keperluan Haniz kami kongsikan bersama pelanggan kami. apabila kami membeli keperluan haniz maka itulah sebenarnya keperluan bayi dan kanak2. makanya kami membeli dalam kuantiti yang lebih untuk dikongsi bersama-sama. walaupun perkongsian ini melibatkan kos namun kami menjualnya dengan harga yang rendah berbanding dengan pasaran di luar.

kami mengamalkan amalan kejujuran dalam perniagaan. untuk itu kami memilih "kejujuran amalan kami", sebagai satu lambang keutuhan dan pengoperasian kami. kami sentiasa menjadikan ianya satu amalan dan keutamaan kami adalah pelanggan yang amat kami hargai. bagi kami pelanggan adalah orang yang perlu kami hormati walau pembelian melibatkan jumlah yang kecil. selain itu, amalan perniagaan kami adalah mudah, dimana tiada amalan penipuan dijalankan dan kami juga sentiasa berhati2 supaya tidak ditipu. kami juga percaya amalan baik yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang baik.

gambar diatas menunjukkan bilik operasi SAKLABAH. ianya amat ringkas. Bagaimana ringkasnya bilik operasi ini, begitulah ringkasnya berurusan dengan kami. kami ingin menjadikan segala urusan itu mudah dan kami juga sentiasa berdoa agar ALLAH sentiasa memudahkan urusan kami....

Thursday, January 13, 2011

MENJANGKAU USIA SETAHUN

pejam celik dah setahun masa berlalu. begitu juga usia haniz kini akan menjangkau usia setahun pada 15 januari 2011 nanti. pelbagai rintangan yang dihadapi, pelbagai ujian yang dihadapi samada haniz mahupun kami. di dalam meniti usi setahun ini rasanya haniz membesar di tengah jalan. dari usia 2 bulan perjalanan rutin mingguan dari seremban ke melaka.

kerana tuntutan kerjaya, kami terpaksa lakukan ini demi membesarkan haniz dengan lebih sempurna....insyallah tiba masanya nanti kami bertiga akan bersatu dalam satu bumbung. yang pasti masa itu akan tiba tapi kepastiannya belum lagi terjawab. apa pun maafkan abah haniz kerana terpaksa melakukan itu demi masa depan bersama......




Sunday, November 7, 2010

KAWASAKI 550 ZEPHYR


inilah keluarga baru kami. seingat aku, keinginan memiliki motosikal seperti ini timbula sejak aku mula2 kerja dulu. apa tidaknya helmet aku dah beli sejak tahun 1997 lagi. alhamdulillah helmet tu masih elok dan masih boleh digunakan lagi.
sebenarnya aku tak tahu pun ada moto kawasaki model ni. asalnay nak beli honda CB400. entah macamana cari punya cari maka terjumpa lah moto ni. oleh kerana bentuknya sikit lebih kurang dengan CB400, maka aku pun belilah...
setelah dikaji, moto kawasaki zephyr 550 ni adalah model tahun 1991, keluarannya adalah sezaman dengan CBX dan juga CB4. walaubagaimanapun motosikal second hand yang aku beli ni didaftarkan tahun 1995..makanya dah 10 tahun lah motor ni.
setelah dicuba ianya memang laju. kelajuannya boleh mencecah sehingga 180-200km/j. oleh kerana takut dan masih belum biasa makanya setakat ini aku hanya berani bawa sehingga kelajuan 150km/j shj...rasanya dah sangat laju dan aku rasa takut pulak. lebuhraya AMJ merupakan tempat pertama aku test powernya, keadaannya kurang menarik kerana banyak lampu isyarat.
motosikal ini aku beli pada 4 november 2010. setelah proses JPJ selesai dan bayaran dibuat aku pun terus ambil moto tu dan bawa balik ke melaka. TQ zaki kerana temankan aku ambil moto tempohari...alhamdulillah setakat ni moto tu tak meragam dan sedia untuk digunakan. biasa la bila beli barang second hand ni, ada la kerosakan2 kecil yang telah aku perbaiki.
aku harap moto ni akan memberikan kemudahan pada aku...insyallah selepas ini aku ke seremban akan jadi lebih kerap dan lancar..., TQ pada my wife noraini kerana banyak memberikan galakan dan bantuan....

Friday, September 24, 2010

OUR SMALL BUSINESS


Alhamdulillah seperti yang dirancang perniagaan kecil kami telah sah didaftarkan pada 9/9/2010. Perniagaan berasaskan barangan bayi dan kanak-kanak serta kelengkapan lain sah beroperasi dengan nama SAKLABAH KIDS. sokongan kawan2 dan semua adalah dipohon...Doakan kejayaan kami...

Thursday, September 23, 2010

HARI RAYA AIDILFITRI 2010/1431H



Hari raya tahun 2010 disambut seperti biasa. walaubagaimanapun ianya berbeza kerana pada tahun ini kami beraya bertiga. Dengan lahirnya Haniz maka tahun ini raya kami agak meriah. alhamdulillah semasa hari raya Haniz berada di dalam keadaan sihat, untuk itu kami dapat beraya dengan selesa. Mbah juga telah menjahitkan baju ibu ngan Haniz sekali.
Terima kasih kepada Sara kerana telah telah dapat ambil gambar kami dan inilah hasilnya. terima kasih juga kepada semua yang telah beri "angpow" pada Haniz. Kalau Haniz dah pandai cakap mungkin dia akan ucap terima kasih tu, tapi oleh kerana dia tak pandai cakap lagi maka akulah wakilnya...heheheh.
Terima kasih juga kepada kedua2 Atok Yacob dan Atok Munah serta Mbah dan Mbah Lanang kerana bagi duit raya...heheheh. insyallah tahun depan raya kami akan lebih meriah.

Monday, July 5, 2010

RUTIN MINGGUAN...seawal subuh


Dalam kegelapan subuh aku bergerak ke melaka dari seremban saban minggu. bertolak dari seremban seawal 5.30 pagi. biasanya akan sampai di tol sekitar 6.30 pagi. sesampai ke ayer keroh aku akan berhenti di kawasan rehat pintu gerbang berhampiran seri malaysia untuk menunaikan solat subuh. walaupun berat untuk meninggalkan anak dan isteri di seremban, namun terpaksa melangkah pergi atas tuntutan kerja. alhamdulillah setakat ini semuanya selamat. aku berdoa semoga hari2 seterusnya akan terus selamat...insyallah.

Sunday, June 6, 2010

BALIK KAMPONG


Setelah lebih sebulan tidak balik ke kampong, maka pada minggu ini aku, wife dan haniz berkesempatan untuk balik kampung. sebenarnya sepatutnya ia berlaku pada minggu lepas, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka minggu ini, 5 jun 2010 baru terlaksana.

sepanjang berada di kampung haniz tidak banyak meragam. ragamnya cuma merengek bila nak tido....alhamdulillah. inilah gambar yang dapat dirakamkan sebelum kami berangkat pulang ke melaka pada jam 2 petang, 6 jun 2010.

terima kasih kepada atok mbah kerana telah menjamu ikan mayong kegemaran kami...dan terima kasih juga pada atok mbah kerana memberi haniz duit, pisang, air tapisan dan sebagainya.......

Sunday, May 9, 2010

PENGAALAMAN PERTAMA KE PUSAT MEMBELI BELAH




Pada Ahad 9 Mei 2010, Haniz melalui pengalaman pertama ke JUSCO Seremban. tidak dapat lama disana kerana tiba2 dia menyanyi...so terpaksalah bergegas keluar. oleh kerana perut dah lapar terus ke kedai mamak dan makan nasi ayam d sana. mungkin dia melalak sebab suhu yang sejuk di dalam bangunan tersebut. apa pun inilah gambar yang dapat dirakam oleh kamera telefon sony ericson model s500i....






Friday, April 23, 2010

PERJALANAN PULANG YANG SAYU...



setelah seminggu berada di kampong (17 hingga 22 april 2010), maka hari ini haniz akan kembali ke melaka. sebelum bertolak balik jam 6 petang, atok abah sempat mendokong haniz. oleh kerana keadaan di luar hujan renyai maka atok abah mendokong haniz sekitar dalam rumah sahaja. inilah gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan sepanjang hayat. TERIMA KASIH ATOK ABAH....

Sunday, April 18, 2010

DUGAAN DAN RINTANGAN

suka, duka, gembira, tawa, sihat dan sakit merupakan lumrah hidup manusia. setiap manusia akan menerima cabaran pelbagai. ironinya kadangkala bila kita buat baik pada orang sebaliknya yang kita dapat. bila buat tak baik pula jaug sebaliknya kita dapat. bila berlebih kurang orang berkira...namun itu semua adalah lumrah. tuhan menciptakan dan membina sesuatu adalah berdasarkan ungkapan "TUHAN ITU MAHA ADIL"..apa2 pun itulah hidup dan manusia tidak puas dengan apa yang ada.

menyentuh tentang sihat dan sakit, pada minggu ini agak sibuk denagn urusan keluarga aku. Sekarang Haniz berada di kampung bersama embahnya. alhamdulillah embah sanggup jaga haniz sepanjang minggu ini. aku menghantar haniz ke kampung pada 16 aaptil 2010 (jumaat). sehingga tulisan ini ditulis 18 april dia masih lagi di kampung. aku berulang alik dari kampung ke melaka saban hari.


IBUnya sekarang terpaksa dikurantin kerana terkena jangkitan yang dikenali sebagai chicken pox. oleh kerana takut jangkitan tu berjangkit pada Haniz itulah sebabnya aku tinggalkannya di kampung. alhamdulillah mak aku jaganya dengan amat baik sekali...TQ mak. dengan ragam haniz yang tak menentu embahnya tetap sabar menjaganya. difahamkan atok abah bawa jalan2 sekitar rumah setiap petang lepas haniz mandi, sekurang2nya haniz dapat mendengar bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dengan lebih jelas. apa pun terima kasih yang tidak terhingga buat mak dan abah.

Beginilah keadaan chicken pox yang telah keluar dari badan noni. keluarnya agak banyak dan merata satu badan. di dalam mulut pula ulser memedihkan sehingga sukar untuk makan dan menelan. harap sakit ini cepat sembuh....doktor beri cuti sehingga rabu dan kalau masih belum baik akan sambung lagi seminggu.....semoga beliau cepat sembuh dan akan kembali menjalani hidup normal. sesungguhnya sakit adalah pemberian tuhan dan tuhan juga yang berhak menyembuhkan. kita manusia sesungguhnya diminta supaya banyak berdoa dan bersabar. penyakit juga sesungguhnya mencuci dosa diri kita...bersabarlah menghadapi ujian ini...........

Sunday, April 11, 2010

USIA SEMAKIN MENINGKAT

Inilah gambar terbaru nur haniz bt. mohamad hafiz. 2 bulan 3 minggu dan 4 hari itulah usianya pada 11 april 2010. dengan usia semuda ini, haniz kini telah menyiarap walaupun mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian.
Oleh kerana buaian tidak dibawa semasa balik ke melaka, maka haniz agak sukar untuk tidur tanpa buaian. namun terpaksa ditidurkan dalam keadaan meniarap. menariknya, sebelum tidur haniz`akan menangis dan meronta2 setelah mungkin entah bagaimana tiba2 terus tidur. begitulah keadaannya sekarang ini. aku dan isteri pening memikirkannya.
walau apa pun aku rasa teruja dan bersyukur kepada allah kerana mengurniakan bayi yang sihat dan comel ini......alhamdulillah

Saturday, March 27, 2010

KEMBALI BRTUGAS DI SMK BUKIT BARU


Mulai 16 Mac 2010, aku kembali bertugas di sekolah. selama 16 bulan di btpn melaka, pelbagai pengalaman ditimba di sana. aku bersyukur kerana selama 16 bulan berlalu tiada apa yang berlaku dan kerja2 dapat dibereskan....alhamdulillah.

mula bertigas di btpn melaka pada 16 september 2008 sebagai penolong pengarah unit pengurusan sumber pendidikan mengajar aku akan banyak perkara dan mematangkan aku di dalam membuat sebarang tindakan. dengan usia muda yang terpaksa memimpin pegawai yang lebih tua dan jauh berpengalaman sesungguhnya bukan tugas mudah. dengan karenah yang pelbagai menjadikan aku lebih sabar dan cekal.

kelahiran haniz membuatkan aku perlu sedikit ruang dan masa. dengan isteri yang tinggal bersama anak di seremban maka aku memutuskan untuk tinggalkan btpn melaka. jarak yang jauh menuntut aku perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk keadaan2 kecemasan atau sebagainya. dengan berjumpa mereka seminggu sekali aku perlu ruang.

bila aku tinggalkan btpn melaka, banyak persoalan yang timbul di kalangan rakan2 termasuklah andaian negatif. sesungguhnya jika sesuatu kerja dilakukan dengan ikhlas tiada apa yang perlu dirisaukan. kepada rakan2 yang mendoakan kesejahteraan, terima kasih aku ucapkan. sesungguhnya kata2 semangat kalian dijadikan azimat untuk terus berjaya di tempat baru.

kini aku berada di tempat baru yang bernama smk bukit baru. harapan aku pada diri sendiri, semoga dapat berkhidmat dengan baik. dengan rakan2 baru aku mengharapkan mereka akan memberikan tunjuk ajar yangsepatutnya di dalam menjalankan kerja2 harian......

apa pun terima kasih kepada semua..........

Friday, February 26, 2010

4 GENARASI

Inilah GENERASIKU
.DAHLAN BIN SURADIWONGSO
.PAIJO BIN DAHLAN
.MOHAMAD HAFIZ BIN PAIJO + NORAINI BT. YACOB
.NUR HANIZ BT. MOHAMAD HAFIZ

















Tuesday, February 23, 2010

POTONG JAMBUL DAN BUDAYA MELAYU


Dalam budaya melayu kita sering disogokkan dengan pelbagai adat dan istiadat. sesetengahnya bila difikirkan sesuatu upacara budaya itu dilakukan itu ada baiknya. salah satunya adalah apa yang dikatakan "potong jambul"
dalam istiadat potong jambul ini pelbagai bahan digunakan, antaranya adalah seperti pada gambar. buah kelapa, bedak yang dicampur dengan air, bunga rampai, bunga-bungaan dan daun2 yang aku kurang pasti namanya.... ringkasnya bahan yang digunakan banyak untuk tujuan wangi2an. sesungguhnya itu baik untuk bau2an bagi bayi dan juga tetamu yang hadir dan sebab itulah dikatakan bahawa bau bayi ni wangi....betul lah. tapi cuba bayangkan jika tidak disokong dengan bau2an ini tentunya bayi ni berbau hapak kot.
.
.
.
majlis potong jambul ini juga bertujuan untuk memberitahu seluruh kejiranan bahawa seorang bayi telah lahir di kalangan kejiranan itu. sesungguhnya semasa upacara potong jambul dijalankan ianya diiringi dengan marhaban. bayi diarak ke segenap hadirin yang hadir pada kenduri pada malam/siang berkenaan. ini memberi peluang kepada hadirin melihat bayi tersebut. maka tahulah semua bahawa sipolan telah ada anak.
.
.
.
apa pun potong jambul ni memang bagus diadakan....jadi yang belum potong jambul tu cepat2lah potong jambul yang ada...kalau dah x ada jambul potonglah apa yg ada.....hahaha

Sunday, February 21, 2010

RUAM PANAS PADA BADAN HANIZ


Agak takut jugak bila tiba2 ruam panas tumbuh di sekitar badan haniz. pada selasa lepas 15 feb 2010 semasa berada di kampong haniz telah diserang dengan ruam ini. terkejut sebab semasa mandikan pada petang tiada apa2 tanda...namun setelah bangun pagi badannya dipenuhi dengan ruam.
kebetulan pada pagi rabu esoknya sampai masa untuk disuntik. haniz dibawa ke klinik buit gambir. ambil peluang dari pemeriksaan berkala aku tanya nurse yang bertugas sbb dr. tiada. mcm2 nurse tu cakap dari salah susu katanya hinggalah kepada minta bayi ni ditukar lampin dengan jenama lain. tidak puas hati dengan jawapan itu aku dan isteri terus jumpa doktor di kelinik keluarga bukit gambir. doktor kata tak ada kena mengena pun dengna susu dan lampin. menurut doktor keadaan ini adalah perkara biasa yang dialami oleh bayi yang diakibatkan oleh cuaca yang panas sekarang. teringat aku, pada malam sebelum kena aku selubungkan haniz dengan 2 lapis selimut. haniz diberikan ubat minum, lotion dan syampoo.
alhamdulillah pada hari ini 21 jan 2010 ruam pada badan telah hilang dan keadaannya telah kembali normal.

Tuesday, February 9, 2010

KEPULANGAN YANG MEMILUKAN......





pada minggu lepas ahad 7 feb 2010, aku dan isteri bergerak dari kampung menuju ke rumah kediaman kami di melaka. lebih kurang jam 4 petang, maka kami mula bersiap ingin memulakan perjalanan. setelah seminggu tinggal di kampung aku dan isteri berasa selesa. namun keselesaan itu tersentap dengan perpisahan yang akan berlaku pada petang itu. mana tidaknya bukan saja kami rasa selesa tapi mak dan abah juga mungkin berasa sedemikian dek kerana haniz telah serasi tinggal di kampong.

pada petang itu aku lihat emak dan abah sedih. tak tahulah kenapa aku berfirasat demikian...namun oleh kerana mereka mak dan abah aku, aku faham akan perasaan mereka. cumanya perasaan itu disembunyikan oleh mereka. setelah kereta bergerak agak jauh, aku melihat ke belakang, emak dan abah masih melihat pemergian kami.

walau apa pun inilah gambar yang dapat aku abadikan sebelum berangkat pulang ke melaka. mungkin selepas ini kami akan pulang ke kampung tapi tidak selama ini iaitu mungkin hanya sehari atau dua. apa pun kami akan laluinya sendiri jugak nanti. haniz akan kami besarkan tanpa mereka disisi.

terima kasih mak...

terima kasih abah....

sesungguhnya kami terhutang budi...atas jasa baik dan layanan mereka....walaupun kami selesa tinggal di sisi mereka, namun kami tetap perlu berdikari akhirnya...

Wednesday, February 3, 2010

NUR HANIZ BINTI MOHAMAD HAFIZ

Inilah gambar terbaru haniz setelah dibotakkan kepalanya. oleh kerana aku takut untuk membotakkan kepala budak ni maka kerja ini dilakukan oleh junaidi dan ani semasa kenduri "potong jambul" tempohari. tak pasti samada matanya telah boleh melihat atau tidak, aku bersyukur kerana matanya cantik dan haniz seperti bayi2 lain....alhamdulillah. Potong jambul telah selamat diadakan pada sabtu 31 Jan 2010.