Sunday, February 28, 2010
Friday, February 26, 2010
4 GENARASI
Tuesday, February 23, 2010
POTONG JAMBUL DAN BUDAYA MELAYU
Sunday, February 21, 2010
RUAM PANAS PADA BADAN HANIZ
Tuesday, February 9, 2010
KEPULANGAN YANG MEMILUKAN......
pada minggu lepas ahad 7 feb 2010, aku dan isteri bergerak dari kampung menuju ke rumah kediaman kami di melaka. lebih kurang jam 4 petang, maka kami mula bersiap ingin memulakan perjalanan. setelah seminggu tinggal di kampung aku dan isteri berasa selesa. namun keselesaan itu tersentap dengan perpisahan yang akan berlaku pada petang itu. mana tidaknya bukan saja kami rasa selesa tapi mak dan abah juga mungkin berasa sedemikian dek kerana haniz telah serasi tinggal di kampong.
pada petang itu aku lihat emak dan abah sedih. tak tahulah kenapa aku berfirasat demikian...namun oleh kerana mereka mak dan abah aku, aku faham akan perasaan mereka. cumanya perasaan itu disembunyikan oleh mereka. setelah kereta bergerak agak jauh, aku melihat ke belakang, emak dan abah masih melihat pemergian kami.
walau apa pun inilah gambar yang dapat aku abadikan sebelum berangkat pulang ke melaka. mungkin selepas ini kami akan pulang ke kampung tapi tidak selama ini iaitu mungkin hanya sehari atau dua. apa pun kami akan laluinya sendiri jugak nanti. haniz akan kami besarkan tanpa mereka disisi.
terima kasih mak...
terima kasih abah....
sesungguhnya kami terhutang budi...atas jasa baik dan layanan mereka....walaupun kami selesa tinggal di sisi mereka, namun kami tetap perlu berdikari akhirnya...
Wednesday, February 3, 2010
NUR HANIZ BINTI MOHAMAD HAFIZ
Inilah gambar terbaru haniz setelah dibotakkan kepalanya. oleh kerana aku takut untuk membotakkan kepala budak ni maka kerja ini dilakukan oleh junaidi dan ani semasa kenduri "potong jambul" tempohari. tak pasti samada matanya telah boleh melihat atau tidak, aku bersyukur kerana matanya cantik dan haniz seperti bayi2 lain....alhamdulillah. Potong jambul telah selamat diadakan pada sabtu 31 Jan 2010.
Wednesday, January 27, 2010
MENJANGKAU USIA 12 HARI
alhamdulillah semuanya selamat setakat hari ini. begiilah keadaan haniz bt. hafiz dalam usia 12 hari. banyak cabaran yang dilalui setakat ini, alhamdulillah dengan rahmat allah semuanya dapat diatasi. dengan pengalaman yang sedikit menjaga bayi aku dan isteri harungi semuanya.agak suspend jugak tempohari bila nurse(misi) yang datang kerumah mengarahkan supaya di bawa ke klinik untuk buat ujian sakit kuning. kali pertama pergi ke klinik bacaannya adalah 13.6, nurse yang merawat meminta dibawa semula. 2 hari selepas itu, ujian dilakukan semula namun alhamdulillah bacaan darah turun ke paras 8.
semoga semua dapat mendoakan semoga haniz akan sentiasa sihat walafiat. sekarang tengah berperang dengan ruam di sana sini......




