Monday, August 4, 2008

BROTHER

NAZRI...itulah nama yang diberikan kepada abang aku. sekarang rasanya dia enjoy dengan hidupnya. bekerja sebagai anggota polis dan bertugas di johor bahru. lama jugak dia jadi polis, rasanya semenjak aku di bangku sekolah menengah lagi. aku masih ingat selepas dia tamat latihan di PULAPOL dia ada belikan aku sepasang baju. rasanya aku syka pakai baju tu masa tu...aku pakai sehingga baju tu buruk dan akhirnya aku gunakan buat basahan gi menoreh.

seingat aku setelah tamat latihan dia ditugaskan di kulim, kedah. pernah aku ke sana beberapa kali. semasa aku belajar di kedah dulu, aku ada pinjam motosikalnya(yamaha SS, PCD....dan moto tu dah hilang) dan dialah yang membawakan motosikal aku (yamaha sports) ke utara.....Terima kasih. kemudian dia bertugas di langkawi, kedah. semasa dia di sana aku juga pernah ke bereknya dan semasa itu dia masih bujang.

Selepas di langkawi, dia bertugas di johor bahru.kebetulan sebelum dia ke jb, aku dah sedia mengajar di sana. sebelum dia pindah sempat aku catkan dan repairkan kuartesnya. seingat aku aku dengan dialah yang cat berek tu hingga larut malam. pada ketika aku rasa seronok tolong dia. aku masih ingat masa tu beli barang2 hardware dan cat semua dengan menggunakan motosikal RXZ aku. beposaklah angkat barang2 yg dibeli....tapi itulah kenangan yang terpahat. aku sempat tumpang di berek dia di JB lama jugak...lebih kurang setahun. masa tu jiha dan herman masih kecil.aku masih ingat, setiap kali balik dari kerja aku belikan anak dia jajan dan kadang aku bawa mereka jalan2 dengan nenaiki motosikal. aku juga pernah kena demam campak kat berek tu...., pendeknya banyak cerita kat berek tu. terima kasih juga kat linda kerana jaga makan minum aku waktu tu.

Namun sekarang itu semua telah lebih 5 tahun berlalu. sekembali aku mengajar aku jarang ke jb, akhir sekali aku ke jb adalah semasa kenduri kahwin rumah rahim. aku singgah di berek tu. bila aku ke sana macam2 kenangan lalu yang aku fikirkan...suka, duka, sedih, gembira semua teringat kembali. sekarang herman dan jiha dah besar, mereka mungkin tidak mengingati adanya aku satu masa dahulu. sekarang juga NAZRI dah ada perniagaan kecil2an, hidup mereka sekeluarga dah semakin senang berbanding dulu rasanya. satu perkara aku masih ingat, dulu linda ada jual baju dan sebagainya melalui jualan katalog, lepas aku kenalkan perniagaan tu pada dia,aku tak pasti berapa lama dia meniaga lepas tu...tapi apa pun TAHNIAH kerana atas kecekalan mereka semua aku dapat lihat kejayaan dan kesenangan mereka. sekarang NAZRI dah naik pangkat....semoga rezeki mereka akan bertambah...

waktu kanak2 dan remaja aku bersama NAZRI agak kurang menarik. aku kurang bercakap dengan beliau. banyak masa aku tak habiskan bersama walaupun aku adik beradik. kami sering bercanggah pendapat....mungkin kerana dia rasakan bahawa dia abang, jadi dia malas nak layan aku sangat. rasanya masa kecil aku nak menang dalam banyak perkara.....bertahun2 aku tak bertegur sapa dengan dia walaupun aku duduk serumah. sekarang baru aku rasa betapa ruginya aku kerana keegoan aku.aku masih ingat lagi semasa dia nak tinggalkan kampong untuk ke training polis pun aku tak bersalaman dengannya malah aku tiada di rumah masa tu.....entahlah banyak betul kesilapan dan kesalahan aku dulu....apa pun pada kesempatan ini aku memohon maaf lah pada ko NAZRI. apa kan daya masa tak akan boleh diputar kembali.

apa pun hari ini aku bahagia dengan kehidupan aku dan adik beradik........semoga kebahagiaan ini akan kekal selama2nya....khas kepada NAZRI dan keluarga, semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki dan dilindungi allah.....

......sedih jugak bila ingat kisah lama...percaya atau tidak air mata aku mengalir sambil menulis tulisan ini.......

2 comments:

Anonymous said...

syukur alhamdulilah sekarang ni kita semua dah bersatu... semoga apa yang ada sekarang akan bertambah baik lagi pada masa2 akan datang... sama2 kita buat mak dan abah happy menghadapi hari tu mereka dengan melihat kita berbaik2... amin

Anonymous said...

Air dicincang xkan putus kan. Apa pun i doakan semoga keluarga kita, adik beradik kita hidup dalam kesejahteraan. I masih ingat mee goreng Abg Nazri. I makan abis.