Thursday, July 24, 2008

KEHIDUPAN, IMPIAN DAN HARAPAN....KU

Alhamdulillah aku bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini. Aku dibesarkan di dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. mak abah aku dari golongan petani. aku tidak ingat sewaktu pembesaran aku. walaubagaimanapun pernah aku bertanya pada org tua tentang kesusahan mereka pada waktu dahulu. pada masa dulu abah bekerja sebagai penoreh getah. bukan menoreh di kebun sendiri sebaliknya menoreh di kebun kepunyaan orang di bawah naungan FELDA. rasanya 20 tahun dia menoreh di situ. menurut ceritanya semasa itu anak ramai, pendapatan pula bukan sekadar cukup makan tapi tidak cukup untuk menyara anak yang semakin membesar. gaji diambil sebulan sekali, sementara menunggu cukup bulan barang keperluan seperti beras dan sebagainya diambil di kedai koperasi secara hutang. cukup bulan ditolak gaji, diceritakan bahawa pada masa itu bila cukup bulan dan tolak hutang hanya berbaki RM5 hingga RM6 shj. pada masa itu abah menyatakan bahawa, nak minum teh di kedai pun kena berkira. Sehinggakan dalam satu bulan hanya 2 atau 3 kali shj minum teh di kedai. apa nak buat kerana nak membesarkan anak2. Dengan menunggang basikal digagahkan jugak menoreh walaupun jaraknya lingkungan 20 KM. seingat aku, pernah aku mengikutnya ke kebun. aku rasa jauh sangat kebun tu. walaupun demikian bila aku mengikut ke kebun aku akan dibelikan oleh abah roti canai dan minum air yang dibawa dari rumah. pada waktu petang abah akan ke kebun untuk menjalankan kerja2 membersihkan kebun sendiri yang ditoreh oleh mak. Dengan menggunakan cangkul abah akan membersihkan pokok keladi gatal yang banyak tumbuh meliar di kebun. begitulah rutin harian abah seingat aku.
mak juga menoreh seperti abah. walaubagaimanapun mak menjalankan kerja mengandam pengantin. kerja ini dilakukan bil kak tompok ada banyak tempahan. jauh mak mengandam, kadangkala sehingga malam baru balik. tapi aku kagum kerana mak cekal. Dengan berbasikal mak dengan sabar ke rumah yang diarahkan. kadangkala pagi mak menoreh dan petang pergi mengandam.....malam baru sampai rumah. kami adik beradik selalu tunggu mak balik sebab ada berkat dan telur pengantin. Berkat adalah istilah bagi makanan yang diberikan oleh tuan rumah. setelah menunaikan fardhu haji mak menghentikan kegiatan mengandamnya.
walau dalam kesusahan itu mak dan abah tidak mengabaikan pelajaran anak2. aku masih ingat mak akan tunggu akak aku azizah(nuk) utk study sampai pagi. abah pulak follow nuk g sekolah pagi2 sampai simpang kampung dan seterusnya naik bas. oleh kerana rumah kami jauh dan nuk bersekolah di muar maka jam 6.30 pagi dah keluar naik basikal ke simpang kampung lebih kurang 2 km jauhnya. abah lah orang yang setia menemankannya dalam kegelapan malam 2.
aku belajar tak berapa pandai pada masa itu. semasa sekolah rendah, darjah 1 aku dihantar oleh abah dengan basikal ke sekolah. setelah itu aku ke sekolah sendiri. aku ingat abah ada satu basikal tua yang dipanggil basikal jaguar, ada batang ditengah basikal tu. org kata basikal yang ada batang adalah basikal jantan. bila sekolah menengah aku bersekolah di sekolah menengah bukit gambir. aku ke sekolah naik basikal dengan kawan2. pagi aku menoreh getah, petang aku ke sekolah. keputusan spm aku tak lah berapa baik. aku hanya mendapat pangkat 2. oleh kerana pengaruh kawan2 masa remaja aku kurang menarik. seawal tingkatan 2 aku dah mula keluar malam. abah marah, tapi oleh kerana kedegilan dan keangkuhan aku aku tak peduli. maklumlah masa tu remaja, sentiasa shj memberontak. kerana kebodohan aku, maka aku tak begitu berjaya. selepas spm aku kerja kebun. selama lebih kurang setahun aku kerja kampung seperti meracun, petik kelapa sawit dan menoreh. maklumlah masa tu lepas spm rasa bebas bila dah tak sekolah...aku tak belajar ke mana2..mak abah pun dah tak boleh buat apa..akhirnya bila aku melihat kejayaan kawan2 aku rasa kecilnya diri ini. aku ambil keputusan untuk mengambil STPM di sekolah swasta iaitu sekolah pendita. 2 tahun aku di sana akhirnya aku berjaya mendapatkan sijil penuh STPM. keputusan aku tak lah baik sangat tapi cukup makan untuk aku masuk maktab perguruan.
Aku menghabiskan masa 2 tahun di maktab perguruan dan kemudian posting di JB. 5 tahun di JB aku balik mengajar di muar, SK Kesang Tasek. ........

.........akan bersambung.

5 comments:

Anonymous said...

I ada dengar citer gak dari mak u..Mereka sgt cekal tentang membesarkan anak..sebab tu kita kena appreciate mereka.
satu lae...hehehe u dulu nakal dan degil yea.

Anonymous said...

ko dulu masa kecik,remaja dan dah beso sikit memang jahat.... dulu aku benci sangat dengan ko.... huhuhu... dulu mak kata aku nak pangil ko abang ko x bagi.. sebab tu sampai sekarang aku ber'engko' 'aku' jerrr... ko perasan tak? dulu pon ko pernah lempang aku pasal aku x jaga kambing masuk kawasan rumah... masa tu mak nak pegi mengandam ko kunci aku dalam rumah... mesti ko dah lupakan... sedih tau...

Anonymous said...

Ani wow brutalnya Ipit...garang giler ngan adiknya..hehehehe biasaler adik-beradik. Dulu org pun benci adik lelaki sebab dia suka buli.Dah beso jadi rapat plak

Anonymous said...

aku tak ingat la...tapi apa2 pun ak mintak maaf la kat ko. apa yang aku ingat aku memang banyak menyakitkan engko samada sakitkan hati, fizikal dan sebagainya masa kecik2 dulu. pada masa tu aku rasa semua orang kena dengar cakap aku terutamanya engkau.ko ingat lagi tak kalau aku suruh engkau buat sesuatu aku akan kira sampai 3.aku tahu pada masa itu aku dominan dan ko takut sangat sgt dgn aku.pada masa itu aku rasa aku terror, tapi bila difikirkan betapa bodohnya aku.pada masa tu siapa yang melawan cakap aku aku anggap musuh.sebab tu lah pada masa tu aku tak teguh dan bercakap dengan bangri dan lain2 org.ko tahu tak kalau aku ada peluang putarkan masa....aku nak baiki apa yang tak betul aku lakukan dulu termasuklah baiki perhubungan aku dengan ko....kadang bila aku kenang masa2 lalu, menitik air mata aku...apa pun aku mintak maaf kat ko.....

Anonymous said...

bila mengenangkan kisah lama ni memang sedih,... aku ingat sangat kiraan 1,2 dan3 tu... sebagai adik aku mmg takut..dan x terluah dengan kata2...marah, benci, geram semua ada... sejak kita gaduh besar tu(klau ko ingat la)... aku mmg dah memaafkan segala kesalahan ko... dan hakikat yang aku kena terima ko adalah abang aku... dan sebagai adik pon aku mintak maap klau aku ada melakukan kesalahan.. bak kata pepatah air dicincang x kan putus. (adusss, salam raya pun x sedih macam ni....)