.DAHLAN BIN SURADIWONGSO
.PAIJO BIN DAHLAN
.MOHAMAD HAFIZ BIN PAIJO + NORAINI BT. YACOB
.NUR HANIZ BT. MOHAMAD HAFIZ

pada minggu lepas ahad 7 feb 2010, aku dan isteri bergerak dari kampung menuju ke rumah kediaman kami di melaka. lebih kurang jam 4 petang, maka kami mula bersiap ingin memulakan perjalanan. setelah seminggu tinggal di kampung aku dan isteri berasa selesa. namun keselesaan itu tersentap dengan perpisahan yang akan berlaku pada petang itu. mana tidaknya bukan saja kami rasa selesa tapi mak dan abah juga mungkin berasa sedemikian dek kerana haniz telah serasi tinggal di kampong.
pada petang itu aku lihat emak dan abah sedih. tak tahulah kenapa aku berfirasat demikian...namun oleh kerana mereka mak dan abah aku, aku faham akan perasaan mereka. cumanya perasaan itu disembunyikan oleh mereka. setelah kereta bergerak agak jauh, aku melihat ke belakang, emak dan abah masih melihat pemergian kami.
walau apa pun inilah gambar yang dapat aku abadikan sebelum berangkat pulang ke melaka. mungkin selepas ini kami akan pulang ke kampung tapi tidak selama ini iaitu mungkin hanya sehari atau dua. apa pun kami akan laluinya sendiri jugak nanti. haniz akan kami besarkan tanpa mereka disisi.
terima kasih mak...
terima kasih abah....
sesungguhnya kami terhutang budi...atas jasa baik dan layanan mereka....walaupun kami selesa tinggal di sisi mereka, namun kami tetap perlu berdikari akhirnya...
Inilah gambar terbaru haniz setelah dibotakkan kepalanya. oleh kerana aku takut untuk membotakkan kepala budak ni maka kerja ini dilakukan oleh junaidi dan ani semasa kenduri "potong jambul" tempohari. tak pasti samada matanya telah boleh melihat atau tidak, aku bersyukur kerana matanya cantik dan haniz seperti bayi2 lain....alhamdulillah. Potong jambul telah selamat diadakan pada sabtu 31 Jan 2010.
alhamdulillah semuanya selamat setakat hari ini. begiilah keadaan haniz bt. hafiz dalam usia 12 hari. banyak cabaran yang dilalui setakat ini, alhamdulillah dengan rahmat allah semuanya dapat diatasi. dengan pengalaman yang sedikit menjaga bayi aku dan isteri harungi semuanya.Setelah proses berjalan selama 9 bulan dan lebih kurang 40 minggu akhirnya kandungan yang dikandung oleh wife Noraini Yacob selamat dilahirkan pada 15 jan 2010 jam 11 pagi.
Dimasukkan ke wad 14, hospital pakar sultanah fatimah muar, johor pada 13 januari 10, jam 11 pagi. pada 15 jan 10, lebih kurang jam 7.20 pagi beliau dimasukkan ke dewan bersalin untuk proses seterusnya. pangilan telefon terakhir aku terima dari beliau pada jam 7 pagi dan aku sampai di hospital, muar dari melaka jam 7.30 pagi dengan purata kelajuan kelsa 140km/h.
setelah menunggu selama 4-5 jam akhirnya aku dipanggil oleh nurse yang bertugas untuk mengazankan bayi. pertama kali melihat bayi sendiri dan berseorangan aku gementar dan terpaku. aku seolah2 tak tahu nak buat apa...alhamdulillah seketika aku kembali normal dan dapat mengazan dan ikamah dengan lancar. alhamdulillah semuanya selamat dan sewaktu mengazankan mata aku bertentangan dengan matanya sambil tangisannya terhenti seketika. tangisan bayi bergema semula setelah laungan azan dan ikamah ditamatkan.....huh..
tiada kata yang dapat digambarkan cuma apa yang aku boleh katakan ...GEMBIRA.. terima kasih kepada taulan,handai dan semuayang telah mendoakan dari sebelum mengandung hingga bayi selamat dilahirkan....insyallah doa semua hanya tuhan yang mampu membalas. ucap selamat dan tahniah dari saudara mara dan kawan2 aku amat hargai dan terharu...apa pun sehingga kini semuanya selamat dan berjalanlancar..terima kasih kepada my isteri NORAINI YACOB yang tabah dan cekal di dalam menjalani proses mengandung, bersalin dan insyallah berpantang.
apa pun setelah bergelar bapa aku tetap memerlukan nasihat dari rakan2 dan taulan, bapa, metua dan sebagainya untuk memberi tunjuk ajar dalam bab2 bapa lek ekkkkk........