Sunday, October 19, 2008

KEMBAKI BERTUGAS DI BAH. TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA


SALAM.....

pada tanggal 18 sept 2008 yang lalu, aku memulakan tugas di smk bukit baru sebagai guru akedemik. perpindahan aku adalah kerana kenaikan pangkat. jujur kata, pada awal menjejakkan kaki ke sekolah semula agak kekok dek kerana dah kurang lebih 4 tahun meninggalkan sekolah. namun aku tiada pilihan maka teruskan mengajar. aku ditugaskan untuk mengajar di tingkatan 1,2 dan 3. matapelajaran yang diajar adalah bahasa melayu, moral dan seni. selama beberapa minggu aku di sana aku rasa selesa dengan suasana di sekolah. ramai kawan-kawan yang membantu antaranya cikgu herman, cikgu aslah dan ramai lagi. yang paling menarik adalah cikgu jamal yang mempunyai hobi baru iaitu memancing....pernah aku mengikutnya memancing pada bulan ramadhan lalu. cikgu herman pulak baik hati dan peramah orangnya, dia selalu sibuk dengan up trend high carge. cikgu aslah pulak adalah tempat aku membuat rujukan. cikgu mustafa pulak adalah juru foto profesional. cikgu rashid pula sentiasa dengan sikapnya yang solo dan bravo....

sempena ramadhan kami guru2 dari smk bukit baru mengadakan kunjungan pada waktu malam. seronok sangat aku sempat join ke rumah cikgu samsul dan cikgu kalis. yang menariknya mereka menyediakan makanan yang memang sedap2. contohnya rumah cikgu samsul makan asam pedas dan rumah cikgu kalis makan otak2....terima kasih cikgu.......

sehinggalah pada 17 Okt yang lalu aku dikejutkan dengan makluman daripada PAR bahawa jam 2.30 diminta hadir ke jabatan kerana pengarah ingin berjumpa. bila dengar tu dalam hati berdetik, aku ada buat salah ke?.namun seperti yang dijanjikan aku berjumpa pengarah pada masa yang diarahkan. sesampai aku di dalam bilik pengarah, ramai telah ada di sana (8 orang)semuanya) sedang mendengar brefing pengarah. aku pun duduk bersebelahan salah seorang daripada tetamu yang hadir.

alangkah terkejutnya aku bila dimaklumkan bahawa aku diarahkan kembali bertugas di BTPN Melaka berkuatkuasa pada 16 Okt 2008 sebagai penolong pengarah. Aku tak terkata dan hampir tidak percaya....walau apa pun aku redha. bila terpandang surat arahan dan jawatan aku berdetik di dalam hati,"apakah terpikul dengan tugas yang berat ini". apa pun aku kena teruskan perjuangan dan pula pengarah pelajaran melaka berpesan, "saya tidak mahu dengar arahan ini ditolak".

setelah selesai jamuan dan sebagainya aku pun terus ke BTPN Melaka untuk melapor diri. berjumpa pula dengan KPP BTPN (b0s). di sana aku dibrief lagi, antara yang disebutkan adalah tahniah dan sebagainya. satu perkara yang menarik KPP menyatakan,"mulai hari ini, hujung minggu pegawai telah ditarik balik". bermakna dengan status yang ada pegawai boleh dipanggil pada bila2 masa termasuk cuti hari minggu....sekali lagi aku tersentak....

aku harap allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. untuk itu pada rabu 22 okt 2008, aku akan mula bertugas di BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

6 comments:

Anonymous said...

Waaa banyak ler history dalam resume u. Jadi start ler u kena outstation selalu....:<


Apapun, i rasa u prefer keje ni dari cikgu kan? alhamdulillah tahniah sgt. Sure bleh u pikul responsibility ni.

Anonymous said...

Waaa banyak ler history dalam resume u. Jadi start ler u kena outstation selalu....:<


Apapun, i rasa u prefer keje ni dari cikgu kan? alhamdulillah tahniah sgt. Sure bleh u pikul responsibility ni.

Anonymous said...

CONGRATULATION... hidup akan lebih bermakna.... amin

Anonymous said...

Aku sekeluarga di JB ucapkan tahniah diatas jawatan baru yg ko sandang,moga kehidupan ko dan Noni akan lebih bermakna lagi.Syukur Alhamdulilah......Amin

Anonymous said...

assalamualikum,
pertama sekali "selamat hari raya", mohon ampun dan maaf, tak dapat berjumpe di hari raya, maaf gak tak sempat datang ke rumah hari raya, walaupun rumah dekat, hehehe

kedua, tahniah di atas kenaikan pangkat, tingkatkan usahauntuk terus berjaya.

haruslah di ingat bahawa ini adalah satu ujian dari Allah SWT untuk umatnya sentiasa bersyukur akan nikmat yang di kurniakan.....

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA
-BRAVO-

Anonymous said...

terima kasih atas kata2 nasihat dan semangat.doakan semoga allah swt. memberikan kekuatan untuk mengalas tugas berat ini.....

tq