Thursday, January 14, 2010

FASA AKHIR KANDUNGAN DAN PROSES KELAHIRAN


Pada hari ini 13 Januari , Noraini(noni) telah mendaftar masuk ke wad bersalin hospital muar untuk proses seterusnya iaitu bersalin. pendaftaran masuk berlaku pada jam 11 pagi dan terus dimasukkan ke wad menunggu. Keadaan ini berlaku kerana tanda2 kelahiran telah terdapat.

pendaftaran masuk telah dilakukan oleh bapa beliau kerana aku bekerja dan hanya dapat melawat pada jam 3 petang di wad 14. keadaannya normal seperti orang lain yang nak bersalin. sehingga jam 8 malam difahamkan bahawa darah yang keluar semakin bertambah. harap proses kelahiran berjalan lancar dan tiada komplikasi berlaku.

bila ditanya perasaannya bagaimana, dia berkata agak gementar bila masanya hampir tiba. walau apa pun semoga segalanya akan selamat dan kembali normal. bila ditanya bagaimana perasaan aku, aku hanya mampu berkata gembira dan sedikit gementar untuk bergelar BAPA.

No comments: