Sunday, January 3, 2010

TAHUN BARU 2010 DAN TAHUN 2009 BERLALU


Tahun baru akan tetap datang bila masanya sampai. serentak dengan itu maka bertambahlah usia kita setahun lagi. masih teringat suatu waktu dulu kita berlari, bermain parit, main lastik dan sebagainya. namun semua itu telah kita tinggalkan dengan bertambahnya usia kita. kalau dulu kita tidak segan silu untuk tidak memakai baju dan seluar namun kini tidak lagi, kalau dulu basikal menjadi tunggangan kit namun kini tidak lagi. itulah hakikat yang berlaku....perkara yang satu ketika dulu biasa bagi kita, namun dengan pertambahan usia perkara yang biasa kita lakukan kini tidak lagi.

banyak peristiwa yang aku lalui sehingga umur mencecah 40 tahun ini. suka, duka, gembira, cemas dan sebagainya. kalau nak dicerita satu persatu nescaya tidak tertulis oleh tinta namun diringkaskan, hidup aku semakin terancang dan bahagia....alhamdulillah. aku telah dapat apa yang aku hajati dan aku gambarkan selama ini dalam erti yang lebih luas. kerjaya, cita2 dan harapan rasanya dapat dikecapi dengan suasana gembira....tq allah, tq handai dan taulan.

Harapan semoga tahun 2010 akan membawa lebih sinar kebahgiaan dan kegembiraankepada aku dan keluarga. kalau tidak keterlaluan jika dikatakan azam seterusnya adalah menjauhkan diri dari sifat hipokrit. sesungguhnya sifat inilah yang menjadikan manusia sentiasa hanyut dalam dunianya sendiri. kualiti hidup haruslah seiring dengan kualiti ilmu yang diperolehi hari ke hari kerana sesungguhnya ilmu itu luas dan semestinya diperolehi dari hari ke hari melalui apa yang kita hadapi. Semoga 2010 akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments: