Sunday, January 3, 2010

URAP YANG AMAT MENYELERAKAN...





Masakan jawa memang diketahui mempunyai khasiat dan menu yang pelbagai. bertitik tolah dari situ aku telah menghasilkan satu masakan tradisional jawa untuk makan tengahari. inilah masakan tradisional yang dipanggil URAP telah berjaya aku hasilkan berdasarkan resepi yang diperolehi dari mak aku. penyediaannya amat mudah dan tidak perlu digoreng, rebus atau sebagainya. ianya hanya dihasilkan dari pucuk tumbuhan dan sedikit garam, lada, bilis dan sebagainya. bila dimakan rasanya amat sedap dan sebagai pembuka selera. baunya yang harum menjadikan sesiapa yang memakannya pasti nak lagi.

dulu aku hanya makan sahaja, tak pernah terfikir nak buat sendiri. tapi entah macamana masa balik kampung tergerak pulak nak buat sebab bahan2nya tersedia di kampung. untuk makluman, bahan2 yang berupa pucuk tumbuhan ini mak aku jual di pasar tani bukit gambir, jadi aku ambil kesempatan ambil sikit dan cuba buat dan alhamdulillah hasilnya seperti di dalam gambar. kepada sesiapa yang cuba nak buat tiada bahan bolehlak ke kampung den dan boleh dapat dari mak den di kampung.

berikut adalah resepi yang diturunkan oleh mak den, kalau ada yang berhajat nak cuba boleh la cuba yeeee

rempah : garam, lada cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, kunyit dan biji kencur...ditumbuk

bahan2 : pucuk ubi, daun kencur, daun tengek burung dan kelapa....dihiris dan digaul dengan rempah.

cuba la ye....untuk makluman mak den kato urap ni adalah makanan orang2 jawa......

akan datang.....cara2 buat KETEWOL....

1 comment:

Noni said...

Hasil air tangan husben yang menyelerakan...nanti rajin wat lae yea...hehehe