Wednesday, August 27, 2008
Monday, August 25, 2008
TAK DAPAT BAWAK DAPAT DUDUK JADI LE
MERAIKAN
Pada minggu lepas aku telah dikunjungi oleh nazri. kebetulan beliau di dalam tugas di melaka jadi sempat dia singgah ke rumah aku dan kebetulan jugak anak beliau ada di rumah kenol. sempat jugak lah berborak dengan dia dan kebetulan pulak dia datang dengan motosikal polis jadi sempat aku berposing atas moto tu.
menarik bercerita tentang perjalanannya. dengan menunggang motosikal polis beliau dan kumpulannya menjelajah johor, negeri 9 dan melaka.
pada malamnya sempat juga kami beramai2 pergi makan ikan bakar di serkam bersama dengan abang mohdas.
Wednesday, August 6, 2008
KEGUGURAN
aku rasa sedih tambah lagi bila berbual dengan beliau, bergenang airmatanya.sambil menasihatkannya supaya bersabar sebenarnya aku jugak turut bersedih. walau apa pun aku berharap agar beliau dapat bersabar sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala...insyallah semuanya ok.
Mungkin lusa beliau akan keluar dari hospital. aku bercadang untuk terus bawanya balik ke kampung di bukit gambir, muar. mungkin 2 hari selepas itu akan dibawa pula ke kampung beliau di Muar.
kepada semua kawan2, saudara mara, adik beradik dan related yang datang melawat dan memberi sokongan moral aku bagi pihak beliau mengucapkan ribuan terima kasih. semoga doa kalian semua akan menguatkan lagi semangat beliau untuk hari2 yg seterusnya.........sama2 lah kita doakan beliau supaya cepat sembuh....
Monday, August 4, 2008
BROTHER
seingat aku setelah tamat latihan dia ditugaskan di kulim, kedah. pernah aku ke sana beberapa kali. semasa aku belajar di kedah dulu, aku ada pinjam motosikalnya(yamaha SS, PCD....dan moto tu dah hilang) dan dialah yang membawakan motosikal aku (yamaha sports) ke utara.....Terima kasih. kemudian dia bertugas di langkawi, kedah. semasa dia di sana aku juga pernah ke bereknya dan semasa itu dia masih bujang.
Selepas di langkawi, dia bertugas di johor bahru.kebetulan sebelum dia ke jb, aku dah sedia mengajar di sana. sebelum dia pindah sempat aku catkan dan repairkan kuartesnya. seingat aku aku dengan dialah yang cat berek tu hingga larut malam. pada ketika aku rasa seronok tolong dia. aku masih ingat masa tu beli barang2 hardware dan cat semua dengan menggunakan motosikal RXZ aku. beposaklah angkat barang2 yg dibeli....tapi itulah kenangan yang terpahat. aku sempat tumpang di berek dia di JB lama jugak...lebih kurang setahun. masa tu jiha dan herman masih kecil.aku masih ingat, setiap kali balik dari kerja aku belikan anak dia jajan dan kadang aku bawa mereka jalan2 dengan nenaiki motosikal. aku juga pernah kena demam campak kat berek tu...., pendeknya banyak cerita kat berek tu. terima kasih juga kat linda kerana jaga makan minum aku waktu tu.
Namun sekarang itu semua telah lebih 5 tahun berlalu. sekembali aku mengajar aku jarang ke jb, akhir sekali aku ke jb adalah semasa kenduri kahwin rumah rahim. aku singgah di berek tu. bila aku ke sana macam2 kenangan lalu yang aku fikirkan...suka, duka, sedih, gembira semua teringat kembali. sekarang herman dan jiha dah besar, mereka mungkin tidak mengingati adanya aku satu masa dahulu. sekarang juga NAZRI dah ada perniagaan kecil2an, hidup mereka sekeluarga dah semakin senang berbanding dulu rasanya. satu perkara aku masih ingat, dulu linda ada jual baju dan sebagainya melalui jualan katalog, lepas aku kenalkan perniagaan tu pada dia,aku tak pasti berapa lama dia meniaga lepas tu...tapi apa pun TAHNIAH kerana atas kecekalan mereka semua aku dapat lihat kejayaan dan kesenangan mereka. sekarang NAZRI dah naik pangkat....semoga rezeki mereka akan bertambah...
waktu kanak2 dan remaja aku bersama NAZRI agak kurang menarik. aku kurang bercakap dengan beliau. banyak masa aku tak habiskan bersama walaupun aku adik beradik. kami sering bercanggah pendapat....mungkin kerana dia rasakan bahawa dia abang, jadi dia malas nak layan aku sangat. rasanya masa kecil aku nak menang dalam banyak perkara.....bertahun2 aku tak bertegur sapa dengan dia walaupun aku duduk serumah. sekarang baru aku rasa betapa ruginya aku kerana keegoan aku.aku masih ingat lagi semasa dia nak tinggalkan kampong untuk ke training polis pun aku tak bersalaman dengannya malah aku tiada di rumah masa tu.....entahlah banyak betul kesilapan dan kesalahan aku dulu....apa pun pada kesempatan ini aku memohon maaf lah pada ko NAZRI. apa kan daya masa tak akan boleh diputar kembali.
apa pun hari ini aku bahagia dengan kehidupan aku dan adik beradik........semoga kebahagiaan ini akan kekal selama2nya....khas kepada NAZRI dan keluarga, semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki dan dilindungi allah.....
......sedih jugak bila ingat kisah lama...percaya atau tidak air mata aku mengalir sambil menulis tulisan ini.......
Thursday, July 24, 2008
KEHIDUPAN, IMPIAN DAN HARAPAN....KU
Alhamdulillah aku bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini. Aku dibesarkan di dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. mak abah aku dari golongan petani. aku tidak ingat sewaktu pembesaran aku. walaubagaimanapun pernah aku bertanya pada org tua tentang kesusahan mereka pada waktu dahulu. pada masa dulu abah bekerja sebagai penoreh getah. bukan menoreh di kebun sendiri sebaliknya menoreh di kebun kepunyaan orang di bawah naungan FELDA. rasanya 20 tahun dia menoreh di situ. menurut ceritanya semasa itu anak ramai, pendapatan pula bukan sekadar cukup makan tapi tidak cukup untuk menyara anak yang semakin membesar. gaji diambil sebulan sekali, sementara menunggu cukup bulan barang keperluan seperti beras dan sebagainya diambil di kedai koperasi secara hutang. cukup bulan ditolak gaji, diceritakan bahawa pada masa itu bila cukup bulan dan tolak hutang hanya berbaki RM5 hingga RM6 shj. pada masa itu abah menyatakan bahawa, nak minum teh di kedai pun kena berkira. Sehinggakan dalam satu bulan hanya 2 atau 3 kali shj minum teh di kedai. apa nak buat kerana nak membesarkan anak2. Dengan menunggang basikal digagahkan jugak menoreh walaupun jaraknya lingkungan 20 KM. seingat aku, pernah aku mengikutnya ke kebun. aku rasa jauh sangat kebun tu. walaupun demikian bila aku mengikut ke kebun aku akan dibelikan oleh abah roti canai dan minum air yang dibawa dari rumah. pada waktu petang abah akan ke kebun untuk menjalankan kerja2 membersihkan kebun sendiri yang ditoreh oleh mak. Dengan menggunakan cangkul abah akan membersihkan pokok keladi gatal yang banyak tumbuh meliar di kebun. begitulah rutin harian abah seingat aku.mak juga menoreh seperti abah. walaubagaimanapun mak menjalankan kerja mengandam pengantin. kerja ini dilakukan bil kak tompok ada banyak tempahan. jauh mak mengandam, kadangkala sehingga malam baru balik. tapi aku kagum kerana mak cekal. Dengan berbasikal mak dengan sabar ke rumah yang diarahkan. kadangkala pagi mak menoreh dan petang pergi mengandam.....malam baru sampai rumah. kami adik beradik selalu tunggu mak balik sebab ada berkat dan telur pengantin. Berkat adalah istilah bagi makanan yang diberikan oleh tuan rumah. setelah menunaikan fardhu haji mak menghentikan kegiatan mengandamnya.
walau dalam kesusahan itu mak dan abah tidak mengabaikan pelajaran anak2. aku masih ingat mak akan tunggu akak aku azizah(nuk) utk study sampai pagi. abah pulak follow nuk g sekolah pagi2 sampai simpang kampung dan seterusnya naik bas. oleh kerana rumah kami jauh dan nuk bersekolah di muar maka jam 6.30 pagi dah keluar naik basikal ke simpang kampung lebih kurang 2 km jauhnya. abah lah orang yang setia menemankannya dalam kegelapan malam 2.
aku belajar tak berapa pandai pada masa itu. semasa sekolah rendah, darjah 1 aku dihantar oleh abah dengan basikal ke sekolah. setelah itu aku ke sekolah sendiri. aku ingat abah ada satu basikal tua yang dipanggil basikal jaguar, ada batang ditengah basikal tu. org kata basikal yang ada batang adalah basikal jantan. bila sekolah menengah aku bersekolah di sekolah menengah bukit gambir. aku ke sekolah naik basikal dengan kawan2. pagi aku menoreh getah, petang aku ke sekolah. keputusan spm aku tak lah berapa baik. aku hanya mendapat pangkat 2. oleh kerana pengaruh kawan2 masa remaja aku kurang menarik. seawal tingkatan 2 aku dah mula keluar malam. abah marah, tapi oleh kerana kedegilan dan keangkuhan aku aku tak peduli. maklumlah masa tu remaja, sentiasa shj memberontak. kerana kebodohan aku, maka aku tak begitu berjaya. selepas spm aku kerja kebun. selama lebih kurang setahun aku kerja kampung seperti meracun, petik kelapa sawit dan menoreh. maklumlah masa tu lepas spm rasa bebas bila dah tak sekolah...aku tak belajar ke mana2..mak abah pun dah tak boleh buat apa..akhirnya bila aku melihat kejayaan kawan2 aku rasa kecilnya diri ini. aku ambil keputusan untuk mengambil STPM di sekolah swasta iaitu sekolah pendita. 2 tahun aku di sana akhirnya aku berjaya mendapatkan sijil penuh STPM. keputusan aku tak lah baik sangat tapi cukup makan untuk aku masuk maktab perguruan.
Aku menghabiskan masa 2 tahun di maktab perguruan dan kemudian posting di JB. 5 tahun di JB aku balik mengajar di muar, SK Kesang Tasek. ........
.........akan bersambung.
Wednesday, July 23, 2008
SCHEDULE, KEBIASAAN DAN BUDAYA
Dalam minggu ini juga aku dah selesaikan renew cukai jalan keta walaupun banyak masalah. keta aku telah disenarai hitam oleh jpj. bila aku dapatkan maklumat rupanya aku pernah kena saman di bustand muar pada disember lepas. terpaksalah aku bayar sama rm80.00 utk realese black list tu. apa nak kata...tapi x pe aku dapat rm650..enjoyyyyy. Tahniah juga kepada wife aku kerana telah selesai melangsaikan hutang keretanya walaupun berhadapan dengan kesukaran dengan bank yang banyak ragamnye. bank ni pun satu hal, sana polisi lain sini polisi lain. tahu la pinjam duit dia, tapi cubalah jangan menyusahkan orang...anyway sabarlah wahai isteriku...
minggu lepas balik kampong, harapan nak makan durian tercapai. dapatlah bawa balik dalam 10 biji. oleh kerana tiada siapa nak makan durian tu maka aku pun belah semuanya dan buat gula durian. jenuh juga mengodak durian yang dicampurkan dengan gula perang di dalam kuali. tapi hasilnya aku pun suka, dimakan dengan roti sangat sedap.
aku mempunyai hobi tengok rancangan yang bermaklumat terutamanya berita. makin aku tengok hari demi hari banyak benda yang tak kena dalam dunia ini. dalam negar, luar negara semuanya sama shj. kesimpulan yang aku dapat buat, orang yang pandai kelentong dan manipulasi sesuatu masalah orang lain akan jadi senang. tapi tak fikirkah mereka ini dosa dan pahala bagi yang islam tu. kalau kafir tu sementah lah mereka tu kafir memang nak menipu je...aku makin takut dengan dunia sekarang. entahlah....apakah kita perlu jadi org yang hanya bercakap tentang kesalahan orang lain untuk membetulkan diri kita walaupun kita ni tak betul???. masalahnya orang lain tahu yang kita bercakap tentang benda tak betul...tapi ada satu sindrom angguk.....hentahlah...harap tuhan dapat cekalkan hati terutamanya aku dan isteri serta keluarga dan orang2 yang hampir dengan aku.
....sekian lah ye...harap faham ape yg aku tulis..kalau x faham buat2 faham je dah le......kan kita ada budaya hangguk.....he3
Subscribe to:
Posts (Atom)
