
mak juga menoreh seperti abah. walaubagaimanapun mak menjalankan kerja mengandam pengantin. kerja ini dilakukan bil kak tompok ada banyak tempahan. jauh mak mengandam, kadangkala sehingga malam baru balik. tapi aku kagum kerana mak cekal. Dengan berbasikal mak dengan sabar ke rumah yang diarahkan. kadangkala pagi mak menoreh dan petang pergi mengandam.....malam baru sampai rumah. kami adik beradik selalu tunggu mak balik sebab ada berkat dan telur pengantin. Berkat adalah istilah bagi makanan yang diberikan oleh tuan rumah. setelah menunaikan fardhu haji mak menghentikan kegiatan mengandamnya.
walau dalam kesusahan itu mak dan abah tidak mengabaikan pelajaran anak2. aku masih ingat mak akan tunggu akak aku azizah(nuk) utk study sampai pagi. abah pulak follow nuk g sekolah pagi2 sampai simpang kampung dan seterusnya naik bas. oleh kerana rumah kami jauh dan nuk bersekolah di muar maka jam 6.30 pagi dah keluar naik basikal ke simpang kampung lebih kurang 2 km jauhnya. abah lah orang yang setia menemankannya dalam kegelapan malam 2.
aku belajar tak berapa pandai pada masa itu. semasa sekolah rendah, darjah 1 aku dihantar oleh abah dengan basikal ke sekolah. setelah itu aku ke sekolah sendiri. aku ingat abah ada satu basikal tua yang dipanggil basikal jaguar, ada batang ditengah basikal tu. org kata basikal yang ada batang adalah basikal jantan. bila sekolah menengah aku bersekolah di sekolah menengah bukit gambir. aku ke sekolah naik basikal dengan kawan2. pagi aku menoreh getah, petang aku ke sekolah. keputusan spm aku tak lah berapa baik. aku hanya mendapat pangkat 2. oleh kerana pengaruh kawan2 masa remaja aku kurang menarik. seawal tingkatan 2 aku dah mula keluar malam. abah marah, tapi oleh kerana kedegilan dan keangkuhan aku aku tak peduli. maklumlah masa tu remaja, sentiasa shj memberontak. kerana kebodohan aku, maka aku tak begitu berjaya. selepas spm aku kerja kebun. selama lebih kurang setahun aku kerja kampung seperti meracun, petik kelapa sawit dan menoreh. maklumlah masa tu lepas spm rasa bebas bila dah tak sekolah...aku tak belajar ke mana2..mak abah pun dah tak boleh buat apa..akhirnya bila aku melihat kejayaan kawan2 aku rasa kecilnya diri ini. aku ambil keputusan untuk mengambil STPM di sekolah swasta iaitu sekolah pendita. 2 tahun aku di sana akhirnya aku berjaya mendapatkan sijil penuh STPM. keputusan aku tak lah baik sangat tapi cukup makan untuk aku masuk maktab perguruan.
Aku menghabiskan masa 2 tahun di maktab perguruan dan kemudian posting di JB. 5 tahun di JB aku balik mengajar di muar, SK Kesang Tasek. ........
.........akan bersambung.