Wednesday, July 9, 2008

TERIMA KASIH





terima kasih kepada wife kerana ikut sekali ke penang

terima kasih kepada mak dan abah kerana turut serta ke penang
terima kasih kepada azizah paijo kerana melayan kami dengan baik sekali

terima kasih kepada ina dan tika kerana ikut kami makan laksa
terima kasih kepada kakitangan pkg sungai limau khasnya dan btpn kedah amnya

dan terima kasih kepada semua...

Pada hujung minggu yang lepas aku ke pulau pinang. bertolak dari kampong jam 4 peteng dan sampai di seremban jam 5.00 petang. bertolak dari seremban jam 6.45 petang dan sampai di penang sekitar jam 12.30 pagi setelah 3 kali berhenti untuk minum di r&r.

Seronok ke penang dengan but kereta penuh dengan durian, nenas, pisang dan macam2 lagi. itulah adat orang tua bila berkunjung ke rumah anak2. sesampai di sana tuan rumah dah tido kerana menjangkakan aku akan sampai sekitar jam 3.

macam biasa bila tiba waktu pagi aku dan abah g ngeteh kat kedai mamak belakang rumah keesokkan harinya dengan noni pun ikut sekali. pagi 2 kami g mengeteh walaupun dekat dengan berkereta mini cooper. seronok jugak jugak perasan macam orang pandang je. dengan wang parking 30 sen kami enjoy minum teh.

petang kami jalan2 di sekitar pantai yang menghadap pulau jerjak. lama tak g penang rasanya seronok tengok orang ramai di situ. sempat lah bergambar dan ambil angin sikit. lepas tu makan laksa. dengan harga entah berapa ringgit aku pun tak tahu, laksanya emmm sangat sedap sehinggakan noni ajak makan lagi keesokannya. petang tu kami gasak kereta sara, kelisa.

hari ahad, abah g periksa mata. aku pun cadang mula2 tu nak jalan2 d penang je. bila dah bawak perdana V6 rasa tak best pulak dekat2. aku dan noni pun seberang jambatan terus menghala ke kedah. sampai di kedah tengok ada budak sekolah, barulah aku perasan bahawa ahad kedah x cuti. so telefon kawan btpn kedah..nak dijadikan cerita mereka berada di pkg sungai limau, ya. aku terus ke pkg tersebut. sesampai disana aku dismabut meriah oleh kawan2 yang sedang berkursus kajian tindakan. Azhari kenalkan aku pada pegawai2 di sana....kami sembang dan akhirnya mereka paksa aku makan tengahari...nak tak nak terpaksalah makan...kenyang, alhamdulillah...anyway TQ azhari dan rakan2 di sana...sesungguhnya sikap baik anda akan aku kenang sampai bila2.

Pagi kami nak balik 2 aku rasa sayu jugak. mak ngan abah terlihat jugak kesedihannya. apa pun kami terpaksa balik, dengan hati yang berat kami bersalaman dan terus meninggalkan penang dengan seribu cerita dan kenangan. 5 minit perjalanan mak teringat begnya tertinggal, patah balik ambil beg mak sempat suruh nuk keratkan pokok selasih, untuk d tanam katanya. selepas itu jam 6.45 aku terus tinggalkan penang. dalam perjalanan abah banyak diam dan mak aku lihat dari cermin termenung pandang pemandangan luar. Agaknya sedih atau mengenangkan kisah masa kami semua adik beradik kecil dulu....sayu aku melihatnya....yang pasti masa tetap berlalu dan kenangan itu tetap akan wujud dari hari ke hari dan semalam tak akan kembali. kami sampai di rumah bukit gambir jam 2.00 petang.....

balik cari durian dapat satu kereta sorong..kira tak habis makan lah...jam 6.00 petang balik melaka untuk kemas2 kan apa yang patut dan bertolak ke seremban jam 10.00 malam.

Apa pun terima kasih pada semua terutama mak ngan abah.....
aku bangga telah melaksanakan niat untuk bawa mak dan abah ke penang....insyallah bulan 12 akan singgah di penang untuk ke langkawi...

7 comments:

Anonymous said...

Well, all I can say is. Im hungry.

Anonymous said...

Kita gi Langkawi le reramai.
Yelah mak ngan abah sgt suka gi sana tapi apa pun mereka tetap x sabar nak balik umah sendiri. Abah ada cakap " Nak balik la".

Anonymous said...

bestnya jalan2... weh aku pon x naik lagi keta mini idaman aku tu... x kira nanti aku datang umah kak nuk aku nak bawak gak....hahahha.... ok la nanti set eh pegi langkawi... klau jun sibuk sangat aku tumpang ko je la ekk... klau nak tunggu dia tu free nampak gayanya asyik tangguh jer la aku ni.... aku nak ikut gak...

Anonymous said...

ape kata kita naik air asia..bang ri naik dari johor kita naik dari LCCT...hotel suh kak nuk booking. kita bank in duit kat dia je le

Anonymous said...

sara....sori acik lenjan keta kelisa ko.....

Anonymous said...

ok gak tu... nanti balik raya kita plan betul2 ekk.... buat meeting tergempar..

Sarah Ameera said...

oho!

ini rupanya korang bikin kat penang yeah?

dh la x ajak balik!

majok ahh~