Friday, July 11, 2008

PENYELIAAN DAN SELAMAT TINGGAL



pada minggu ini aku sibuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan untuk kajian tindakan BTPN Melaka. Kajian tindakan ni kira macam kita buat tesis di universiti la. cumanya kajian tindakan ni lebih simple dan ringkas. contohnya macamana nak tingkatkan pengunjung di perpustakaan sekolah. maka buatlah aktiviti. dalam menjalankan aktiviti tu ambil rekod kehadiran sebelum dan selepas. kalau dad penambahan pengunjung tu maknanya program tu berjaya. benda2 ni didokumenkan dan itulah yang dikatakan kajian tindakan secara ringkas dan mudah lah.
minggu lepas aku beri kursus dan bengkel kat cikgu2. so minggu ni buat di teacher centre (PKG) tu yang aku kena selia tu. bukan ape sekadar nak pastikan cikgu2 ni datang dan buat apa yang patut. so masa ucapan akhir tu aku berucap lah...aku ucap lah hape2. aku juga terangkan kat cikgu2 macamana nak layari blog dan sebagainya lah. minggu depan ada satu lagi seliaan dan lepas tu selesai cuma jalankan kerja2 pemantauan je lah. alhamdulillah aku ada 3 org fasi yang sangat berwibawa. fasi ni di kalangan guru2 pakar. mereka lah yang memandu guru pengkaji ni. aku menjalankan kerja2 penyeliaan dan keurusetiaan je. so itulah antara keja aku kat sini
insallah dalam masa terdekat ni kalau tak ada masalah aku akan tinggalkan lah keja2 ni. mungkin aku akan ke sekolah...tak tahu post ape lagi. tadi bos ada jumpa aku. perjumpaan kali ini disertai oleh 3 orang pegawai lain. dia mintak aku cakap so aku pun cakap. antara lain apa yang aku cakap adalah TQ kat bos kerana memberi kepercayaan kat aku untuk menjalankan kerja2 di sini. aku ulang balik apa yang bos cakap kat aku 2 tahun lalu iaitu "kalau dalam kemarahan sorokkan, sembunyikan marah". bila aku cakap gitu bos pun terperanjat sebab aku masih ingat lagi ape yang dia cakap..sebenarnya itulah yang aku amalkan di sini selama ini...kalau nak ikutkan hot tempre memang lah kat sini keja ....menguji kesabaran..so akhir sebelum keluar bilik bos, dia katakan pada aku "secara jujurnya u are the best semasa di PKG waktu itu, and i rasa i buat pilihan yang tepat". aku terharu dengar ucapan bos tu.......tapi kembang jugak aku. aku melalui 2 bos dan secara jujurnya aku katakan bos aku ni lah yang profesional pada pandangan mata aku. dia tahu apa yang dia buat. walaupun pelaksana macam aku ni perit tapi aku bangga mempunyai bos seperti dia...dia adalah tn. hj. mohd nor bin abu, kpp btpn melaka.

5 comments:

Sarah Ameera said...

hehe

*tepuk tangan*

kembang tu!

Anonymous said...

Alhamdulillah. Kita keje ikhlas bos pun tau kan. Moga lepas ni u dapat apa yang u nak. Masuk sekolah pun ok gak.Ada byk masa bleh future study ke belaja bengkel

Anonymous said...

hai dah lain aje kulit blog u...

Anonymous said...

ada masa sikit....ubah paparan...supaya x jemu dipandang....hehe

Anonymous said...

TAHNIAH kami ucapkan buat cik pit dan isteri di atas berita gembira ini. semoga "ANUGERAH" ini akan membuatkan kalian terus bahagia dengan melaksanakan tanggungjawab yang yang diberikan itu.

dari
MEL&LIN