Wednesday, June 18, 2008

PETRONAS DAN MINYAK


Malam tadi aku dan isteri berkesempatan menonton rancangan BERSEMUKA BERSAMA MEDIA yang disiarkan di TV3 dengan ihsan RTM. sebenarnya hanya siaran TV3 sahaja yang ditonton di rumah isteri di seremban sebab chanel lain x dapat, jadi tak ada pilihan kena tengok. Walau apa pun rancangan talk show ni cukup bagus. Banyak manfaat dan makluma didapati. keadaan ini menjadikan aku lebih faham akan kedudukan PETRONAS.
Maklumat diperolehi secara first hand di mana tetamu selaku yang menjawab soalan adalah Tan Sri Hassan Merican, pengerusi petronas. Cara beliau menjawab soalan daripada wartawan adalah meyakinkan dan aku tertarik dengan ungkapan akhir beliau di mana pekerja petronas yang berada di lautan menghantar email pada beliau dengan kata2 "kami berada jauh di lautan meninggalkan anak isteri tapi kenapa bila harga minyak naik kami dipukul".
Petronas membina negara, petronas membina kekuatan sendiri, petronas membantu anak bangsa....di Malaysia petronas terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi lain seperti EXXON MOBIL dan sebagainya... apa yang dikatakan petronas hanya mengeluarkan 60-65% daripada keluaran minyak negara. Jadi walaupun harga minyak naik petronas telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. petronas adalah komuniti perdagangan jadi ianya terikat dengan akta tubuh syarikat dan etika perdagangan. Kalau semua duit petronas nak digunakan termasuk keuntungannya, apa lagi yang petronas ada. Wajarkah pembangkang di pulau pinang meminta petronas membuat jambatan kedua pulau pinang hanya kerana keuntungan petronas. Kenapa tidak minta tauke2 besar untuk berkongsi keuntungan bagi membinanya. Mahukah tauke2 besar yang mendapat manfaat daripada kemakmuran ekonomi rugi. Semua orang, semua syarikat dan semua individu mahu untung. Kalau rugi semuanya menyalahkan kerajaan. KAlau rugi semua mahu petronas tanggung....
banyak maklumat yang aku dapat daripada menonton bersemuka bersama media malam tadi. Walaupun aku akui kenaikan harga minyak adalah tinggi namun aku bersyukur menjadi rakyat malaysia. Aku bangga PETRONAS adalah syarikat malaysia yang berjaya dan menjana 300,000 orang anak malaysia bekerja di bawahnya...di dalam hal ini aku tidak berminat untuk mencampur aduk kan dengan cerita politik. selama ini aku mendengar tentang petronas itu dan ini tapi sekarang aku benar2 faham.
TAHNIAH Tan Sri Hassan Merican, Tahniah PETRONAS dan terima kasih kepada isteri aku kerana setia menemani aku menonton TV malam tadi......

1 comment:

Anonymous said...

Nasib Petronas subsidy Rm2 untuk NGV plus electricity kat petrol station yang ditanggung Petronas.
Station lain mana sanggup. So kita kena gunakan kesempatan ini kan?

Petronas le yang banyak memberi project2 pada usahawan bumiputra.
I pernah dengar complaint dari non-bumis yang cakap Petronas discriminate. Tapi kalau x buat, siapa lae yang nak tolong melayu bisnes kan?

So, marile kita menggunakan Petronas station dari station lain.