Monday, June 16, 2008

SUBSIDI CUKAI JALAN



Subsidi minyak yang diberi oleh kerajaan memanglah baik.Aku setuju sangat...tapi sampai bila ianya akan diberikan demi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah macam bapak aku. Lantaran itu pada sabtu lepas aku dan isteri menemani bapa aku untuk mengambil wang tersebut.
dua kali aku ke pejabat pos, waktu pagi aku pergi dengan abah tapi oleh kerana ramai orang aku pun balik. petang abah ajak pergi lagi, aku pun pergi lah. Sesampai di pejabat pos orang dah lengang tapi malangnya abah tak bawa kad pengenalan. Kerani pos tu pun bangang sikit....semua dokumen dibawa termasuk geran dan insuran tapi dia nakkkk jugak kad pengenalan. tiada pilihan aku pun balik untuk ambil kad pengenalan abah. Akhirnya aku dan isteri serta abah gembira sebab abah dapat keluarkan duit RM150.00 untuk motosikalnya. rnetetan daripada itu abah pun ajak kami mengeteh kat warong...setelah selesai minum rupanya abah nak belanja...maka dia pun bayar dan dia bagi aku RM10.00, belen ambik katanya....
aku rasa kerajaan harus meneruskan bayaran subsidi secara direct kerana orang kampong dan berpendapatan rendah macam abah gembira dengan keadaan itu....walaupun pada dasarnya harga minyak tetap mahal, tapi sekurang2nya terhibur hati orang kampung....
Apa pun harga minyak tetap mahalllllllllll......
aku nak tukar LNG GAS pada Julai nanti......
TQ kepada isteri aku kerana setia menemani aku sepanjang berada di kg hujung minggu lepas.....
BRAVO......

9 comments:

Anonymous said...

Sakit rasa bila isi minyak...dulu penuh x sampai RM60 skang lebih. Nasib pakai kete kecik kan.

Rasa seronok balik kg-dapat makan kari ayam kg...sedap.Dahle tu bekalkan air mineral...rasa terima kasih kat mak mertua.

Balik dari kg, rasa letih sgt sebab cuaca panas membahang. Tapi u x kisah pun tolong i buat keje umah...hehehe bagusler u ni.
B tima kasih pagi ni u bangun tolong i siapkan barang dalam kete.

Anonymous said...

suami isteri ape nak kira...hahaha

Anonymous said...

bestnya balik kg... klau lah umah dekat boleh balik tiap2 minggu.... sekarang ni lg la susah nak balik sbb minyak dah naik.... adusss....wawawawawaa

Anonymous said...

alamak.....duit banyak tu....pakai le gas LNG da..

Anonymous said...

aduh... klau duit banyak x yah tukar LNG, tiap2 bulan aku balik.. hehehhehehe

Anonymous said...

tapi aku balik aritu ada satu benda yang abah cakap...dan buat pertama kalinya aku dengar dia cakap dan aku tak pernah dengar....aku sedih sangat bila dengar... dia kata "abah dah tak larat nak meracun".terdetik dalam kepala aku abah ni dah uzur sangat dan aku gamam sebab dia x pernah mengalah selama ini dalam apa pun keadaan.cuma aku cakap pada dia, kalau kerja2 yang berat abah x payah buat...insyallah aku akan tolong dalam apa jua keadaanjadi sebolehnya segala permintaan abah 2kita adik beradik seboleh2nya tunaikanlah...

Anonymous said...

tu la... aku pon tgk abah tu dah semakin uzur... aku ada pesan kat mak ari tu jangan la bg abah angkat beku lagi... aku pon dah cakap ngan abah dah... x sangup aku nak tgk abah bersusah2 pi angkat tong to semata2 nak dapatkan beza harga yang x seberapa tu... ko tgk2 kan la abah tu... sedih la aku.... tu pon ari tu jun pi tgk abah angkat beku, dia kata abah nak kena langgar keta sbb keluar jalan x pandang belakang.. nasib baik keta tu x laju... klau ada apa2 kat kg tu bg la tau eh... aku ni kadang2 klau dia org sakit x de sapa bg tau.. tau2 dah senang jer...

Anonymous said...

Yelah. Sebagai anak kenale tolong mereka selagi mereka idup.
Kesian nampak mereka masih keje berat tapi orang dah biasa bekerja x senang duk umah aje. Abah memang x patut buat keje berat sebab dah deman batuk. Jari bengkak pun masih x ilang. I rasa better bawa check ngan doktor hospital tapi kenale temankan dia. Kena sama-sam tau apa cakap doktor. Bawa le ke hospital Melaka.I bleh amik cuti

Anonymous said...

bagus la u ni.....