Thursday, June 26, 2008

AKU PERNAH GAGAL


Pada minggu ini banyak perkara menarik dan tidak menarik yang dilalui. daripada kenaikan harga minyak hinggalah ke cerita2 remeh seperti cerita rakan2 tentang awek mawek ni. Sekarang ni rata-rata minum di kedai kopi semua orang bercerita pasal harga minyak dan kenaikan harga barang. Tidak kurang juga yang bercerita tentang politik...dan inilah yang dikatakan politik kedai kopi. Mereka ini bercerita mengalahkan ahli politik, Semuanya dikatakan tidak betul....Walau apa pun aku mengambil sikap berdiam diri tanpa sebarang komen, tapi kadang2 menarik juga mendengar celotah mereka ini.


Kesimpulannya harga barang terus naik dan begitu juga petrol terus melambung dengan tingginya. Masih aku ingat lagi satu ketika dulu harga petrol dunia cuma USD58.00 setong, masa tu orang kata harga barang mahal juga. Relatifnya jika dibandingkan dahulu dengan sekarang ceritanya sama sahaja. Oleh itu kita buatlah kerja kita, kalau rasa kurang duit buatlah kerja yang menambahkan pendapatan. Tentang politik....semua politik sama sahaja...so ayuh kita maju dan tingkatkan pencapaian terhadap apa yang kita lakukan.


Aku sekarang ini sedang belajar membuat perabot. Alhamdullilah satu ketika aku tanamkan niat untuk belajar benda2 begini kerana sesuai dengan minat aku bertukang so rasanya tuhan tunjukkan jalan dengan aku apabila aku kenal dengan pembuat kabinet. Jadi sekarang ni aku adakan masa untuk belajar (biasanya waktu malam) dengan tukang kabinet ni dan kebetulan pula tukang kabinet yang aku kenal ni tak lokek ilmu. Semua yang aku tanya dia dengan ikhlas menjawab dan secara tak langsung mengajar aku. biasanya aku tengok dia kerja dan tolong dia pada waktu malam. Daripada aku melepak di kedai kopi lebih baik aku buat kerja2 begini. Insyallah aku nak belajar hingga pandai dan satu hari aku akan buat perusuhaan sendiri.....


Semalam aku terbaca di akhbar tentang meninggalnya seorang manusia bernama Eric Chia. Semua orang kata dia ni jahat, penyeleweng dan sebagainya. Tapi pernahkan orang tahu akan kesusahan yang pernah dilaluinya. bagaimana dia boleh menjadi berjaya, bagaimana dia jatuh setelah keluar dari sistem keluarga dari singapura dengan sehelai sepinggang berjalan kaki ke JB. Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kesusahannya bangun dan seterusnya berjaya menjadi manusia yang hebat. So bacalah biografi beliau kita akan dapat pengajaran dari sana. Kesalahan beliau tetap diingati dan tercatat tapi belajarlah sesuatu tentang perkara yang baik dari beliau. aku masih belum mampu bangun seperti beliau.....


Akhirnya usahalah untuk berjaya kerana bukan senang nak senang tapi senang nak susah. Aku sentiasa berusaha dan berdoa kehadrat ilahi untuk berjaya dengan cara aku sendiri.......AMIN.

5 comments:

Anonymous said...

congratulation sbb naik pangkat.... one more things, bagus jugak klau hang dah pandai buat cabinet nanti... so kalau aku ada projek boleh sub kat ko jer.... and boleh bukak kilang perabut pee... nanti aku boleh kenalkan kat member2 aku...

Anonymous said...

satu response yang baik dan kita dah boleh fikirkan sebahagian dari masa depan sebenarnya....

TQ atas sokongan dan dorongan...."ini yang kita mahu"

Anonymous said...

Nak ilmu ni bukan suma orang especially Melayu nak sungguh-sungguh belaja. Bagusler at least activity malam ada, x le boring.
Kalau dah ada modal dan kemahiran kita bukak le kedai.

Anonymous said...

menarik bunyi nye tu..... kalau masih kat mlk sure bleh ikut menyibuk kan diri.... huhuhu... teringat plak mase tolong cik pit bertukang siapkan umah..... memang sempoi.... teruskan usaha anda "USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Anonymous said...

banyak jugak kenangan kita ye long.aku bangga jadi anak tn.hj. paijo....